CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Komen netizen bantu saya ingat Tuhan’ - Ina Naim

8-9-2025 01:59 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1170| Komen: 8



Peserta program Talk To My Manager (TTMM), Ina Naim berlapang dada menerima segala komen dan kritikan netizen yang mendakwa sikapnya keterlaluan sebagai pengurus anaknya, Hadie.

Menurut Ina atau nama sebenarnya Nordiana Mohd Naim, 41, dia mengambil positif segala komen yang dilontarkan netizen terhadapnya.

“Saya akui memang salah saya dan keluar daripada mulut saya sendiri.

“Sebenarnya netizen membantu saya supaya saya ingat tuhan. Maksudnya supaya tidak berlebihan,” katanya ketika ditemui selepas tamat konsert minggu ketiga, di sini, semalam.

Ina juga menafikan dakwaan netizen sikapnya berubah selepas kematian suaminya, Allahyarham Suhaimi Saad.

“Tiada apa yang berubah. Cuma sejak arwah meninggal, saya perlu ambil alih peranan arwah sebelum ini. Saya perlu tegas dalam membesarkan anak-anak.

“Sebenarnya dulu arwah tak benarkan saya pukul anak, menjerit atau bercakap kasar dengan mereka. Tapi bila arwah tak ada, sayalah yang kena main peranan,” jelasnya.


Tambah Ina lagi, dia sentiasa berpesan kepada Hadie supaya ingat Allah lebih-lebih lagi apabila anaknya itu diulit populariti sejak menyertai TTMM.

“Saya ingatkan dia perkara pertama mesti jaga hubungan dengan Allah. Jaga solat. Jika kita jaga hubungan dengan Allah, Allah akan jaga kita.

“Soal kecaman netizen dia sudah biasa membesar melihat ibu dan bapanya dikecam, dipulau dan sebagainya.

“Jadi apabila sekarang dia pula yang melalui situasi ini, InsyaAllah dia boleh menghadapinya,” ujar Ina.

Terdahulu Ina dikecam netizen pada konsert minggu kedua TTMM apabila dia dilihat sering memotong cakap barisan juri sehingga dilabel sebagai pengurus yang tidak rilaks.   

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Akalditipumata 10-9-2025 08:25 AM
She ngn laki baru yg dh plan education ank2 ape citer? Xnmpk dh laki she mgekor..
Quote asfaz 10-9-2025 08:30 AM
Tak percaya la ,walhal sb kau anak kau nyaris nak kena lempang ngan bapak dia. Tu kat luar tau bukan dalam rumah.
Sembang lebattt
Quote Perawankota 10-9-2025 01:20 PM
Na, aku nak ckp ni.. Kalau ko rasa ko n anak ko nak kekal smpi final week (klu mmg ada penyingkiran lah lepas ni, harap tak jadi mcm kes KAKA masa dia masuk pertandingan apa aku lupa, yang ujung2 rupa2nya dia sorg je tersingkir. Yang Epul Rosa menang tu), kurang2lah melawan/ potong ckp juri. Klu nk menjawab pon, lepas juri Abis ckp and bagi jawapan yg bijak.

Cukup2lah bagi alasan anak ko sebelum ni dok nyanyi lagi nasyid je.. Dah nama masuk pertandingan, kena lah cuba semua genre lagu, n klu blh tak yah lah nk nyanyi2 lagi lagu yg ex ko pernah nyanyi kt AF dulu. Ko kena ingat AF dulu x der manager, artis semata2. Kali ni manager dgn artis yg masuk bertanding, Jgn sebab sikap degil ko, si Hadie tu yg jadi mangsa. Anyway, korang pon dapat payment selagi mana dpt pi ke Minggu seterusnya kan… So, dengarlah ckp netizen
Quote BlackpingU 10-9-2025 02:08 PM
Maknya dulu kempunan nak glemer...skrg push anak jd retis...sanggup anak tak sekolah demi kepuasan mak nak glemer
Quote bpbbppbp 10-9-2025 02:20 PM
Bguslh klau dia trima nasihat net. Look at bright side
Quote exclusive_vvip 10-9-2025 02:49 PM
Anak dia ni umo berapa? Muka mcm budak bijak..agaknya kalau bagi proper education, dah masuk SBP @ MRSM..arwah bapak pun budak bijak.
Quote awenda507 10-9-2025 05:15 PM
Perangai sendiri yg ntah ape2 lps tu nk acah2 islamik pulak eh
Quote pakletop 10-9-2025 05:21 PM
Jangan la ko terusan musnahkan ahli keluarga sorang2. Mulut jaga. Dengar kata orang sekeliling. Jgn kepala batu

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2025 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.030334 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top