|
Buat baik berpada-pada, penyanyi Shila Amzah mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dalam memberi sokongan kepada rakan kerana bimbang memakan diri sendiri. Ujar Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Amzah, 34, pada usia 30-an, seseorang pasti berdepan dengan pelbagai ragam kawan yang sering dibelenggu masalah hubungan seperti kecurangan, keganasan rumah tangga bahkan hutang. “Apabila masuk umur 30-an, kita akan jumpa kawan yang tidak pernah lepas daripada masalah cinta. Ada curang, ada kena pukul, ada pula terbeban hutang. Akhirnya mereka datang menangis minta nasihat. “Namun selepas puas kita menasihatkan, mereka kembali berbaik dan kita pula jadi salah. “Kadang-kadang, sayang kawan pun perlu ada hadnya,” tulisnya dalam Thread. Tambah pelantun lagu Masih Aku Cinta itu, tidak semua rakan berbaloi untuk disimpan dalam kehidupan apatah lagi apabila seseorang itu berperangai toksik.
Disebabkan itu, dia memilih untuk mengecilkan lingkaran sosialnya untuk menjaga kesihatan mental dan ketenangan jiwa. “Hujung-hujung mereka kata, ‘awak tahu tak si A suruh saya berpisah dengan awak.’ Hakikatnya memang ada kawan yang tidak berbaloi langsung untuk kita kekalkan dalam hidup. “Lebih baik kita jaga diri sendiri daripada membuang masa dengan orang yang asyik berdrama putus dan bersambung cinta tanpa kesudahan. “Sebab itu bila usia meningkat, lebih baik kita kekalkan lingkaran kawan sekecil mungkin. Lingkungan kecil itu jauh lebih menenangkan fikiran,” ujarnya. Rata-rata netizen menyokong pandangan Shila dan mengakui mereka turut pernah melalui pengalaman sama, selain memuji keterbukaan penyanyi itu berkongsi kisah kehidupan peribadi sebagai pengajaran. Sumber – KOSMO! ONLINE |
jula7 replied at 8-9-2025 02:36 PM
la..marah sapa?
anggeriklatifah replied at 8-9-2025 03:36 PM
Dia bg nasihatt kan adik nyaa syada amzah tulaa..
Kan ke syada dituduh masuk campur urusan perkahw ...
Shayang replied at 8-9-2025 05:00 PM
Ya aku pun paham gitu
Sbb kalau aku pun akan elakkan bagi sepatah dua kata nasihat
Pada org yg gad ...
anggeriklatifah replied at 8-9-2025 03:36 PM
Dia bg nasihatt kan adik nyaa syada amzah tulaa..
Kan ke syada dituduh masuk campur urusan perkahw ...
anggeriklatifah replied at 8-9-2025 05:59 PM
Kalau kau baca kat group2 fb byk betina2 gila suka luahkannn perasan tentang laki masing2...diorng ...

ADVERTISEMENT