CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Erra Fazira kata kalau ada pelamin terus naik dah

8-9-2025 03:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1448| Komen: 13

 


“Erra Fazira kata kalau ada pelamin terus naik dah.”

Demikian perkongsian jururias terkenal, Datuk Alha Alfa mengenai maklum balas spontan penyanyi dan pelakon, Erra Fazira berkenaan solekannya pada program Kilauan Emas yang dibanjiri pujian netizen di laman sosial.

Persis bidadari, Alha atau nama lengkapnya Abdul Al Halim Mohd. Al Fadzil berkata, solekan bagi kemunculan Primadona Filem Melayu Alaf Baru itu dalam program Kilauan Emas semalam adalah berkonsepkan raja sehari.

“Tema pada minggu ini kita bagi aura majlis perkahwinan sedikit untuk Kilauan Emas,” katanya menerusi ruangan kapsyen dalam hantaran tersebut.

Gurauan Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 51, yang mengakui sedia naik pelamin itu menggandakan lagi keterujaan ramai ketika spekulasi berkenaan pernikahannya hangat diperkatakan.

Malah, selain dikatakan mempunyai kejelitaan luar biasa walaupun sudah mencecah usia 50-an, ada dalam kalangan peminat mengusiknya berkenaan hal kahwin.


“Terpaling cantik sangat ni. Majlis kahwin nanti nak ‘look’ macam ni tau,” tulis netizen.

“Cantik. Eh! Kalau ada pelamin ke atau kalau ada pengantin lelaki,” ujar pengikut Instagram lain.

Terdahulu, heboh desas-desus mengenai tarikh pernikahan Primadona Filem Melayu Alaf Baru itu dengan usahawan, Ezwan Zain atau Mr. E yang didakwa semakin hampir iaitu pada Oktober ini.

Ketika diwawancara Kosmo! Online, Erra mengakui meninjau beberapa dewan acara atas pelawaan rakan namun menafikan membuat sebarang tempahan mahupun mengesahkan khabar angin tersebut.

Sebelum ini Erra memaklumkan persahabatan dengan Mr. E yang semakin akrab sekitar awal tahun ini sudah ke peringkat pengetahuan keluarga apabila ibunya bertemu lelaki terbabit.

Mr. E pula mengakui mula menjalinkan hubungan serius dengan ratu cantik berkenaan selepas berkenalan pada Ogos 2024.

Erra pernah berkahwin dengan Engku Emran pada 25 Oktober 2007 sebelum berpisah tujuh tahun kemudian dan dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya, kini berusia 16 tahun.

Sebelum itu, dia juga pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 namun berakhir dengan perceraian tiga tahun kemudian tanpa cahaya mata. 

Sumber -KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JahLupa 8-9-2025 05:48 PM
Canteknye ratu
Quote katak hijau 8-9-2025 08:11 PM
Cantik dia ni mcm cik puan sarimah jugak
Mmg tak lepas mata memandang
Quote likilu 8-9-2025 08:52 PM
Abang kueh jgn hampakan kakak ratu

Musim musim kawen ni ambik mood sekali propose terus laju laju hehe
Quote LaskarHijayu 8-9-2025 09:13 PM
Ketepi dulu kakak. Bg laluan pasangan 14 september setel dulu haha
Quote naina 8-9-2025 09:16 PM
Cantiknyaaaa
Yg ni nak claim masih cantik walaupun berusia aku setuju
Ni tak..umur baru 30 baru beranak 2 dah claim terpaling slim bagai.
Quote apedehal 8-9-2025 09:56 PM
Igtkn dpt tgk ratu naik pelamin dulu..huhuhu
Quote noor2 8-9-2025 10:05 PM
Tepung gomaknya muka....tebal sungguh bedak
Quote Purplehaz 9-9-2025 01:35 AM
Erra ni kalau dia nk kawin..dah lama dulu dia kawin balik. Ni sampai skg menjand mcm tak tau nk cari ciri laki yg sesuai yg boleh get along.
Quote DARSITA 9-9-2025 06:07 AM

Cantik dimake-up sebegini tapi era mmg azali cantik pun.
Quote Misslalala167 9-9-2025 10:36 PM
Aduhhhhh tittew yg gegel ni pun cair. Semoga cpt la kakak ratu naik pelamiiin.

Quote Akalditipumata 10-9-2025 02:06 AM
Kakak queen ni just cari spouse utk buat berATVT je.. utk share hidup rasanya kakak queen ni dh terbiasa sendiri tanpa dikontrol..

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2025 04:24 PM GMT+8 , Processed in 0.047262 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top