|
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah membuat kejutan untuk kedua-dua anaknya Ayden dan Ara dengan membawa mereka ke Perancis bagi menyaksikan Kejohanan Dunia Ironman 2025 pada 14 September ini. Menerusi perkongsian di Instagram Primavalet, pada awalnya Ayden dilihat menangis kerana disangka akan ditinggalkan. Bella bagaimanapun membuat kejutan dengan memberikan tiket penerbangan dan passport buat kedua-dua anaknya. “Kejutan buat Ara dan Ayden, kasih ibu tiada tandingan. Semoga bahagia milik mereka, Amin Ya Rabb,” kongsi primavalet. Turut menjadi perhatian apabila Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dilihat cuba memujuk Ayden dan Ara sebelum kejutan berkenaan. Dalam video tersebut dapat dilihat Bella dan Syed Saddiq membawa keluarga mereka untuk memberikan sokongan buat ahli parlimen itu. Diruangan komen, rata-rata netizen terharu melihat pengorbanan Bella yang turut membawa sama anak-anak serta keluarga dan mendoakan agar pelakon itu dimurahkan rezeki.
Sumber - Rotikaya |
putribonda replied at 10-9-2025 02:58 PM
komen fantaik tu macam nak ludah sorang2.
poyo nak mampos nak nangis lah apa.
adik beradik,mak ayah ...

manehnya replied at 10-9-2025 03:06 PM
enkau.. pedas suguh komen, tak filter dah haaha
Unagi replied at 10-9-2025 02:05 PM
seronok nye satu family kena sponsor gi France..
alesandra replied at 10-9-2025 04:37 PM
Kenapa beriya sgt pakaian ss tu?
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
12-3-2026 03:59 AM GMT+8 , Processed in 3.557390 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.