CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Perkahwinan Itu Matlamatnya Ingin Ke Syurga” – Amira Othman Mohon Doa Orang Ramai

10-9-2025 02:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4038| Komen: 27

 



Semalam teka teki akhirnya terjawab apabila penyanyi Amira Othman dan pelakon Fattah Amin bakal mendirikan rumah tangga pada Ahad ini.

Dalam satu temu bual, Amira berkata persiapan majlis pernikahan mereka masih sedang berjalan serta memohon orang ramai mendoakan yang baik-baik.

“Alhamdulillah ketika ini saya masih melakukan persiapan, hopefully semua berjalan lancar.

“Mohon doa daripada kalian agar semua baik-baik. Ini juga mungkin asbab daripada doa-doa kalian, saya harap semuanya berjalan dengan lancar. Doakan yang terbaik untuk kami,” katanya.


Bakal bergelar isteri tidak lama lagi, Amira berkata berkata dia mahu menjadi versi terbaik dirinya serta percaya dalam rumah tangga akan ada ujian namun baginya matlamat utama perkahwinan untuk bersama-sama menuju ke syurga.

“Kita perlu percaya kepada takdir kerana Allah adalah sebaik-baik perancang. Urusan ‘timing’ pun DIA yang susun. Untuk melangkah ke fasa seterusnya saya perlu bertawakal dan sudah tentu saya perlu menjadi yang terbaik.

“Saya ingin menjadi versi terbaik diri saya supaya semuanya baik-baik sahaja. Saya percaya pasti akan ada ujian, turun dan naik tetapi perkahwinan itu matlamatnya ingin ke syurga,” katanya.

Sumber - Era Instagram, Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bungalisa 10-9-2025 02:07 PM
amira da kurus.....
Quote sukanyanyi 10-9-2025 02:24 PM
bungalisa replied at 10-9-2025 02:07 PM
amira da kurus.....

Oo patut la npk zexy skit pkai bj yg sedikit ikot shape ni. Sb dh selim
Quote bungalisa 10-9-2025 02:26 PM
sukanyanyi replied at 10-9-2025 02:24 PM
Oo patut la npk zexy skit pkai bj yg sedikit ikot shape ni. Sb dh selim

dah selim bontot pun da tak kembang...
Quote sukanyanyi 10-9-2025 02:42 PM
bungalisa replied at 10-9-2025 02:26 PM
dah selim bontot pun da tak kembang...

Oh hahah.. yela malu la kalu org kate sblm kawin pun da npk mcm anak brape kn. Meols dulu 3 mggu sblm kawin, member laki selamba tanya "apsal gemuk?" Terus stop mkn nasik sampai hari kawin
Quote shalalat 10-9-2025 02:51 PM
Tak perasan pulak dah kurus sbb pakai dress kembang. Masa klfw hari tu nampak mcm preggy 6 bulan dah. Salah baju, amirah tak salah
Quote cantthinkofany 10-9-2025 02:52 PM
johor tak isytihar cuti umum ke?.....aku lak yg bercinta nak meredah jammm balik kampung cuti panjang ni dan balik semula ke tempat kerja.....
Quote sarah_ary2 10-9-2025 02:54 PM
cantthinkofany replied at 10-9-2025 02:52 PM
johor tak isytihar cuti umum ke?.....aku lak yg bercinta nak meredah jammm balik kampung cuti panjan ...

cuti umum bila chuols ? mmg ada dah kan cuti umum senin ni?
Quote cantthinkofany 10-9-2025 03:26 PM
sarah_ary2 replied at 10-9-2025 02:54 PM
cuti umum bila chuols ? mmg ada dah kan cuti umum senin ni?

saturday....sbb aku kerja buruh....sabtu pun kerja....
Quote sejukbeku 10-9-2025 03:27 PM
fattah look messy
Quote brunesss 10-9-2025 05:06 PM

kan aku pun rasa dia semakin kepams
Quote Lampuled 10-9-2025 05:37 PM
sukanyanyi replied at 10-9-2025 02:42 PM
Oh hahah.. yela malu la kalu org kate sblm kawin pun da npk mcm anak brape kn. Meols dulu 3 mggu s ...

Sempat menjadi nmpak slip ke 3 mggu tak mkn nasi tu?
Quote sukanyanyi 10-9-2025 05:50 PM
Lampuled replied at 10-9-2025 05:37 PM
Sempat menjadi nmpak slip ke 3 mggu tak mkn nasi tu?

Jd juga, chuholz.. meols mkn lauk ajer.. dulu boley la buat. Skrg kalo buat, ya ampun, lembik takde tenaga meols, kena jgk mam nasik at least skali sehari. Mungkin sbb dh tak sekecil dulu
Quote Akalditipumata 10-9-2025 10:18 PM
Dia kalau cut nasi mmg senang turun.. tp kena istiqomahhhh..
Quote cm_vungtau 10-9-2025 10:26 PM
Pebenda ada reben purple kat baju fefeeling fifty shades ke haper
Quote makadek 10-9-2025 10:26 PM
mek dn ss mesti d jemputkan yih
Quote DeLuna85 11-9-2025 01:14 AM
Apa kombinasi warna baju jadi macam tu.
Quote dolemitecarey 11-9-2025 01:24 AM
Fattah dah nampak agak tua sikit dan tak terurus sejak cerai.
Quote Kacangmanis 11-9-2025 05:37 AM
Makin lawa Mira.
Quote Gianna111 11-9-2025 12:54 PM
bagaimana perasaan cherry yer bila dengar pengumuman begini?penat acik cerry bersolidariri utk atah..

tanya dengan nada lembut lagi sopan. sebab kita nyo fikir pasal mental health orang.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2026 01:11 PM GMT+8 , Processed in 0.058817 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top