|
Namanya terkena tempias susulan tular foto ‘comolot’ pasangan selebriti yang ditemui di photoboot di pusat beli belah, pelakon Dayang Areeda berkata dirinya sedikit sebanyak terganggu. Memetik mStar Online, pelakon berusia 31 tahun itu bagaimanapun enggan memangjangkan isu berkenaan serta tidak mahu memberi komen lebih lanjut. “Emosi saya memang terganggu sebab benda itu, Sudah tentu rasa sedikit down sebab saya rasa benda-benda macam itu tak patut. Tapi benda dah berlaku, jadi biarlah. Saya tak nak komen lanjut tentang perkara itu,” katanya. Tambah Dayang lagi, dia tidak tahu tentang foto berkenaan namun terkejut apabila mendapat tahu daripada peminat di media sosial. “Tak tahu pun sebenarnya gambar tu pasal saya. Memang tak tahu langsung sampai ada orang tag. Saya rasa ternampak dekat TikTok. Mula-mula memang terkejut bila tengok,” katanya. Bagaimanapun, Dayang berkata dia memilih untuk tidak terlalu memikirkan berkenaan isu tersebut dan mahu fokus kepada kehidupan serta kerjaya.
“Saya okey. Saya teruskan hidup. Sekarang saya sibuk dengan kerja, cuti dan juga uruskan kafe serta perniagaan,” katanya. Sumber:- mStar Online, Rotikaya |



..Tambah Dayang lagi, dia tidak tahu tentang foto berkenaan namun terkejut apabila mendapat tahu daripada peminat di media sosial.
“Tak tahu pun sebenarnya gambar tu pasal saya. Memang tak tahu langsung sampai ada orang tag. Saya rasa ternampak dekat TikTok. Mula-mula memang terkejut bila tengok,” katanya....
Joysparta replied at 29-9-2025 04:39 PM
Sape ni. Kalau tak buat gini tak viral la org tak kenal la dia sape eh.
Seriusly tak kenai pun sap ...
prince_marhaen replied at 29-9-2025 04:00 PM
Tak tahu apa nok? tak tahu tengah bercium bf amik gambar ke tak tahu gambar tu tersebar? Kalau sen ...

timah03 replied at 29-9-2025 06:19 PM
Orang perempuan ni... Close friend pun berpuluh... Acaner...

prince_marhaen replied at 29-9-2025 04:00 PM
Tak tahu apa nok? tak tahu tengah bercium bf amik gambar ke tak tahu gambar tu tersebar? Kalau sen ...
pocongkiutss replied at 30-9-2025 07:45 AM
Dia bergambor tu dalam photobooth uols..maksudnya utk personal ja lah kan
Tetibah org photobooth ...
Kancilkering replied at 29-9-2025 03:12 PM
dia ke? oooo orang sabah memang lawa lawa
ADVERTISEMENT