CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Doktor Dah Cabut Wayar Dimulutnya” – A Aida Sudah Sedarkan Diri

29-9-2025 01:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1514| Komen: 9



Penerbit Datuk A Aida dilapor sudah sedarkan diri serta berada dalam keaadaan baik selepas tiga hari ditidurkan berikutan rebah ketika menjalani fisioterapi.

Memetik mStar Online, rakan baiknya yang juga pendakwah terkenal, Profesor Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata Aida tidak lagi memerlukan bantuan alat oksigen serta sudah mula bercakap.

“Alhamdulillah Aida menunjukkan perkembangan yang positif tengahari semalam. Tahap kesihatannya bertambah baik.

“Doktor sudah mencabut wayar-wayar di mulutnya dan dia tidak perlu lagi berngatung bantuan oksigen. Aidah sudah mula bercakap hari ini,” katanya.

Sementara itu, Izhar turut meluahkan rasa syukur kerana orang ramai tidak berhenti mendoakan buat Aida ketika dia berada dalam keadaan kritikal.

“Alhamdululillah berkat doa orang ramai yang tak putus mendoakannya dia sudah kembali normal. Aida orang yang baik, pasti ramai yang mendoakan kesejahteraannya,” katanya.


Aida dilaporkan rebah selepas menjalani rawatan fisioterapi. Izhar berkata Aida menjalani pembedahan lutut pada Selasa lalu dan berada dalam keadaan normal.

Sumber:- mStar Online, Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote afie_m 29-9-2025 02:20 PM
Edited by afie_m at 29-9-2025 03:49 PM

Alhamdulillah, semoga cepat sembuh
Quote imransulaiman 30-9-2025 07:51 AM
Hari tu masa ditidurkan, gambar bertudung litup yang wartawan upload. Bila dah sedar ni, upload pula gambar nampak jambul. Nanti dah sihat walafiat semula, upload gambar apa pula?
Quote lasagna 30-9-2025 08:44 AM
smlm trtgk ex husband Ameng Spring menceritakan detik2 cemas masa before sheol masuk ICU fuhhh saspen sungguh wehh. moga2 sheol sihat.. syafakallah to A.Aida.
Quote ardent91 30-9-2025 07:31 PM
gambar die mirip zila bakarin
Quote DeLuna85 30-9-2025 10:14 PM
Alhamdulillah di beri kesempatan hidup. Masih sempat bertaubat. Ingatan untuk diri sendiri.
Quote missnina 30-9-2025 11:14 PM
Moga cepat sihat
Quote dubuk 1-10-2025 08:58 AM
Moga sihat cepat
Quote Lampuled 1-10-2025 09:22 AM
Iolss ada ternampk TT kak km visit dato A di hospital. Nmpak dh semakin ok. Tp kalau tak baca caption tak perasan tu dia. Muka lain, nmpak mcm budak muda remaja.
Quote sudirmanistas 1-10-2025 11:15 AM
Baca berita "rebah setelah melakukan rawatan fisioterapi" tiba2 auto teringat dkt chiropractic pulak yg patah2 kan tulang tu. Semoga beliau cepat sembuh.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2025 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.048611 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top