|
Pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha berkata dia tidak terburu-buru dalam soal cinta dan fokusnya kini adalah untuk kerjaya seninya. Memetik mStar Online, penyanyi berusia 32 tahun itu berkata ramai yang mahu berkenalan dengannnya namun dia bimbang jika pasangannya rasa tersisih kerana kesibukan kerja. “Ramai je yang cuba nak berkenalan dengan saya, semua mesej dekat media sosial ajak keluar pun ada tapi saya selesa untuk berkawan dengan semua orang terutama sekali peminat. “Tapi saya rasa tak perlu la cuba mendekati saya sebab buat masa ini fokus saya kepada karier saja… jadi risau kalau bertepuk sebelah tangan macam tak seronok pula. “Sakit nanti, jadi lebih baik kawan saja, bermesra di media sosial saja itu lebih baik untuk semua kerana saya sibuk dengan pelbagai perancangan soal kerjaya,” katanya. Sementara itu apabila ditanya mengenai kriteria lelaki piliha, Daiyan berkata dia tidak memilih usia bakal suami namun mengakui sukakan lelaki yang kelakar.
“Berumur ke atau lagi muda ke Daiyan okay, saya tak memilih sangat dari segi itu. Daiyan suka orang yang kelakar,” katanya. Sumber:- mStar Online, Rotikaya |

elok2 rupa asal dah unik, jd mcm org lain plak
ADVERTISEMENT