CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Saya Tengok Seolah Tiada Harapan, Kami Buat Solat Hajat” - Ameng Spring

30-9-2025 10:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2573| Komen: 11

 


Bekas suami kepada penerbit Datuk A Aida iaitu Ameng Spring berkata dia menerima pangila daripada anaknya berkenaan bekas isterinya itu yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Memetik Astro Gempak, Ameng berkata anak sulungnya turut memaklumkan jatung A Aida terhenti 8 kali dan diberikan defibrilasi.

Menurut Ameng lagi, anaknya berkata doktor turut memaklumkan meminta untuk membacakan surah Yasin. 

“Saya mendapat panggilan daripada anak sulung saya, dia menangis teresak esak, saya ingatkan kucingnya mati.

“Sebab sebelum itu dia ada muat baik gambar kucing dia sakit, rupa-rupanya sebab mama dia. Mama dia pula tiga hari sebelum itu, saya tengok dekat IG dia pergi klinik nak buat lutut.

“Jadi saya terus terfikir ini mesti kesan daripada pembedahan itu. Anak saya kata mamanya di ICU dan maklumkan bahawa doktor sudah suruh baca surah Yasin.

“Anak saya kata jantung mamanya sudah berhenti sebanyak lapan kali, jadi saya terus bergegas dengan isteri saya ke hospital,” katanya. 


Sementara itu, Ameng memamklumkan dia ada melawat Aida dan keadaan bekas isterinya itu penuh dengan wayar serta seolah sudah tiada harapan.

“Saya sempat melawat A.Aida. Saya lihat wayar sudah berselirat di badannya ketika tu. Waktu itu saya sedar ini bukan sakit biasa-biasa. Tetapi sakit kronik. 

“Pada mulanya saya syak dia terkena serangan jantung disebabkan faktor umur. Tetapi rupanya dia mengalami komplikasi. Saya tengok seolah-olah dia sudah tiada harapan. Jadi kami telah lakukan solat hajat,” katanya.

Dalam pada itu, Ameng meluahkan rasa syukur Aida sudah pun sedar dan mengenali anak mereka. Tambahnya lagi, Aida kini dalam proses pemulihan dan akan dipindahkan ke wad biasa tidak lama lagi.

“Alhamdulillah saya dapat khabar daripada anak saya memaklumkan ibunya sudah sedar. Paling penting bila dia sedar, dia kenal anak dia. Maknanya otak dia masih berfungsi. Kita yang paling takut adalah bila sedar daripada koma mereka tidak kenal orang.

“Buat masa ini dia masih belum boleh bercakap kerana ada tiup di dalam mulut. Cuma bila anak saya tanya kenal atau tidak, dia angguk,” katanya.

Sumber:- Astro Gempak, Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote emera 30-9-2025 12:52 PM
Laaahhhhhh…. Tajuk kemain mengundang!!!!!

Semoga cepat sembuh A. Aida!
Quote gangerina 30-9-2025 04:20 PM
'tiup'?? halah wartawan pun....
Quote noor2 30-9-2025 05:09 PM
Allah bg peluang lagi ..pakai la tudung semula
Quote telracs 30-9-2025 05:18 PM
emera replied at 30-9-2025 12:52 PM
Laaahhhhhh…. Tajuk kemain mengundang!!!!!

Semoga cepat sembuh A. Aida!

Saya serius membaca...
Tiber baca komen uols, terus tergelak....
Adehhhhhsssssss.

Ampun...

Semoga puan Zaidah Awang diberikan kesembuhan dan dapat menjalani semula kehidupan dengan lebih baik... Amein.
Quote Goodluckdontcry 30-9-2025 05:54 PM
Mungkin juga ada doa2 org luar yg diangkat..klu tgk channel Salam HD, mmg kebanyakkan program2 berciri Islamik, produksi acik aida ni la buat..tmskla drama2 melayu..dan juga selalu yg jadi pengacara program2 ni, kawannya yg Prof tu la..jd mgkin betul mereka berkawan baik..den pun xnafi, den pun dpt ilmu juga dari program2 tu..jd adalah kebaikkan acik aida ni utk den juga dan org2 luar sana juga...so ye begitulah...bila ditimpa musibah, at least kita salur yg kita mampu je la..itulah ia, nampak remeh tp terbukti..DOA..maka kome pun, jgnlah berhenti berdoa walau terasa diri sudah cukup serba serbi..sbb doa itulah senjata plg ampuh utk setiap jiwa...

Semoga dipermudahkan segala urusannya lagi, begitu juga utk diri den dan keluarga den.. dan muslimin muslimat dimana shj mereka berada..amin ya rabbal a'lamin...( Muslimin muslimat tu tmsk kome2 la selagi kome diats agama yg lurus)
Quote Dejakerr 30-9-2025 10:14 PM
Moga cepat2 kembali pulih.. dn dia pn nasib baik sbb kejadian tu ms dia masih kt hospital.. jd, treatment history pn dh ada smua, so, cepat² dpt buat intervention dn bg rawatan apa.. alhamdulillah..
Quote Login_ID 1-10-2025 07:37 AM
berapa BM SPM reporter ni dapat?
Quote sudirmanistas 1-10-2025 11:40 AM
Goodluckdontcry replied at 30-9-2025 05:54 PM
Mungkin juga ada doa2 org luar yg diangkat..klu tgk channel Salam HD, mmg kebanyakkan program2 berci ...

Dia pun suka tolong org kan. Yg Darma tu xda job sakit pun, dia tolong bagi job.
Quote wikedsaikel 2-10-2025 08:10 PM
Org sakit yg x sedar pastu tiba tiba macam normal ni ada terms dia utk personnel ICU. Aku ada tengok kat tik tok omputeh.
Quote elia201 3-10-2025 03:27 PM
terminal lucidity?
Quote wikedsaikel 4-10-2025 12:47 AM
elia201 replied at 3-10-2025 03:27 PM
terminal lucidity?

Yes. Ni word yg aku cari. Tenkiu

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2025 09:00 PM GMT+8 , Processed in 0.051044 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top