|
KEMELUT rumah tangga pelawak Along Cham dan isteri akhirnya menemui titik noktah apabila pasangan itu disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Sepang pada Selasa. Ketika prosiding dijalankan, Hakim Syarie, Muhammad Nazri Basrawi mengesahkan telah berlaku lafaz talak dalam perkahwinan Along bersama Afreena Suhaimi pada Jun tahun lalu. Menerusi laporan OhBulan!, Along atau Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, diwakili peguam Muhammad Akmal Amzan, manakala Afreena diwakili Mohamad Iezwan Ielias. Pada 1 Julai lalu, Along tampil di Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengemukakan tiga sebab utama yang menyebabkan lafaz taklik terhadap isterinya jatuh pada Julai 2024 di kediaman mereka di Cyberjaya. Dakwanya, Afreena sudah melanggar tiga syarat yang diberikan sejak awal perkahwinan seperti menghubungi bekas isterinya, berlaku curang serta membelakangkannya dalam segala urusan rumah tangga.
Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 April tahun lalu. Ini adalah perkahwinan kedua buat Along selepas berpisah dengan bekas isteri, Zila Saeron, pada 2016. Hasil perkahwinan pertama, Along dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Daniel, kini berusia 14 tahun. Sumber:- mStar |
jargon replied at 2-10-2025 06:40 PM
Kwn aku ckp gn tok hakim mhkamah pon heols brtekak melawan
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
5-3-2026 10:35 PM GMT+8 , Processed in 0.097259 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.