CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Berat badan sudah tahap obesiti... Noraniza Idris ‘buang’ 2 perkara ini dalam diet, banyak minum air putih setiap hari

30-9-2025 07:45 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1745| Komen: 16

 


BIMBANG dengan masalah kesihatan akibat berat badan berlebihan, penyanyi terkenal Noraniza Idris nekad mengubah gaya hidupnya.

Demi menjaga kesihatan, penyanyi yang sinonim dengan lagu Dikir Puteri itu mula mengamalkan pemakanan seimbang sejak beberapa bulan lalu.

Noraniza atau Kak Ani berkata, dia mula tersedar selepas menyedari berat badannya sudah berada pada tahap obesiti.

Disebabkan itu dia perlu bertindak segera sebelum keadaan menjadi lebih serius.

"Saya dah sampai tahap obesiti yang agak ‘meriah’. Jadi sekarang saya mula kurangkan pengambilan karbohidrat dan gula dalam pemakanan harian," jelasnya.

Penyanyi berusia 57 tahun itu turut berkongsi, dia mengambil langkah ini sebagai usaha mencegah risiko masalah kesihatan seperti kolesterol dan urik asid.

"Saya tak mahu nanti berdepan masalah kesihatan yang lebih teruk sebab itu saya mula kawal pemakanan, terutama sekali karbohidrat dan gula," ujar Ratu Irama Malaysia itu.


Selain menjaga pemakanan, Kak Ani juga menitikberatkan pengambilan air putih setiap hari.

Katanya, dia memastikan sekurang-kurangnya dua liter air diminum setiap hari untuk kekal cergas dan sihat.

"Kalau kurang minum air, saya cepat rasa sakit tekak dan badan pun rasa tak sedap. Itu tanda badan saya perlukan lebih air," katanya yang juga penggemar hidangan soto.

Langkah Kak Ani ini sememangnya menjadi inspirasi kepada ramai, khususnya mereka yang ingin mengamalkan gaya hidup lebih sihat.


Sumber:- mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 1-10-2025 08:13 AM
ehhhh haritu bukan kemain shades Tokti cucuk ozempic ke? Tokti pun tak sebut amik ozempic, dia yang petik.... walhal orang tu gigih bersukan siang malam.. tiberrrr makanan sihat jadi inspirasi.. hahaha..

https://gempak.com/berita-terkini/terinspirasi-dari-siti-nurhaliza-noraniza-idris-usaha-turunkan-berat-badan-saya-pun-nak-99552

https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2025/07/1415163/kak-ani-turun-berat-badan-melalui-kaedah-suntikan
Quote kaseh80 1-10-2025 08:42 AM
Nek Ani tetap Debabbbbbb
Quote tokchik 1-10-2025 08:57 AM
jadi lepas ni kalau slim orng tak leh ckp dia potong ?
Quote tokchik 1-10-2025 08:57 AM
jadi lepas ni kalau slim orng tak leh ckp dia potong ?
Quote dubuk 1-10-2025 09:31 AM
body macam ni sesuai jadi nombor 2.. tengok yang setiap bulan minta cerai tu
Quote af_mania 1-10-2025 10:39 AM
Nak panggil nek ani tapi sbb muka dia maintain baby face terus panggil kak ani.

Khabarnya kak ani dah comolot dgn tokti masa aim lepas. Semoga ada la hati kama 2.0 nanti.
Quote sleepandream 1-10-2025 01:13 PM
dia punya gebang nak diet tu dari zaman sebelum konsert miming dia lagi... tengok tergedik2 bergambar dengan tokti dekat AIM haritu pun masih obese tahap 2 lagi penyakit dah start datang la tu sampai cucuk ozempic bagai... yihhhhh
Quote cm_vungtau 1-10-2025 01:48 PM
Obesity dengan overweight beza ke?
Quote Cpkay 1-10-2025 02:07 PM
tapi betul ke tok ti cucuk ozempic.. sbb drastik sgt turunnya tu. setakat exercise tak dapat selim melim sekejapan
Quote mizzmimi 1-10-2025 02:13 PM
Tokti dah slim nek ani pun nak jugak..

Ada cikpor kata toktik cucuk mounjaro camne nak eja ntah, bukan ozempic
Quote BoongaKertas 1-10-2025 04:09 PM
af_mania replied at 1-10-2025 02:39 AM
Nak panggil nek ani tapi sbb muka dia maintain baby face terus panggil kak ani.

Khabarnya kak ani d ...

wehh, iols ingtkan tu gmbr AI wehhhh. gmbr betul rupanya...
Quote Dejakerr 1-10-2025 10:03 PM
"Kalau kurang minum air, saya cepat rasa sakit tekak dan badan pun rasa tak sedap. Itu tanda badan saya perlukan lebih air," katanya yang juga penggemar hidangan soto. - petikan dr artikel

Tiber² plak smpt lg reporter tulis dia penggemar soto diujung² ayat minum air putih.. dekah i baca.. hahaha
Quote Mimicomel 2-10-2025 11:28 AM
af_mania: Nak panggil nek ani tapi sbb m ...


Wow hati kama bestnya...lama tak dengar
Quote BungaKencana 2-10-2025 11:31 AM
af_mania replied at 1-10-2025 10:39 AM
Nak panggil nek ani tapi sbb muka dia maintain baby face terus panggil kak ani.

Khabarnya kak ani d ...

sgt berharap ada hati kama 2.0 tu..
Quote BungaKencana 2-10-2025 11:32 AM
Dejakerr replied at 1-10-2025 10:03 PM
"Kalau kurang minum air, saya cepat rasa sakit tekak dan badan pun rasa tak sedap. Itu tanda badan s ...

komen sbb baca ada soto tu... terliur pulak, sedap mkn time sejuk2 ni..
Quote LembingDayanti 2-10-2025 12:02 PM
kak ani ni apalah nak susah2 minum air... cucuk je la Mounjaro yg Biduwanitaaa buat.. tu yg dia kurus semuler......

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-4-2026 06:12 AM GMT+8 , Processed in 0.077323 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top