CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hafiz Suip dan Adira kembali bersatu atas pentas

1-10-2025 11:19 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2840| Komen: 27

 


TEKA-TEKI jualan tiket konsert Di Sebalik Aku: Hafiz Suip yang dihentikan sejak tiga minggu lalu akhirnya terjawab apabila harga tiket diturunkan selepas menerima tajaan tiga syarikat.

Pengarah Urusan SAH Entertainment, Muhammad Sufi Rashid, 34, berkata keputusan itu dibuat bagi memenuhi permintaan Hafiz sendiri yang mahu lebih ramai peminat berpeluang hadir.

“Ramai yang tertanya-tanya kenapa tiga minggu jualan tiket dihentikan. Ada juga yang membuat spekulasi konsert dibatalkan.

“Sejujurnya konsert tetap diteruskan, cuma Hafiz sendiri minta harga tiket diturunkan. Selepas kami mendapat tajaan daripada Bienz, Solustra Perfum dan Finura, barulah hasrat itu dapat direalisasikan,” katanya ketika ditemui pada sidang media tergempar di St. Giles Boulevard Hotel, Kuala Lumpur, malam Selasa.

Menurut Sufi, peminat yang sudah membeli tiket awal akan menerima pemulangan sebahagian bayaran (partial refund) sebagai tanda keprihatinan pihak penganjur.


 

Konsert Di Sebalik Aku: Hafiz Suip yang bakal berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 1 November ini dijual dengan harga baharu bermula Bahagiamu Deritaku (RM588), Awan Nano (RM358), Takdir Tercipta (RM288), Ombak Rindu (RM228), Ku Akui (RM188) dan Matahari (RM148).

Lebih istimewa, konsert itu akan menampilkan dua artis undangan iaitu Adira dan Umai, manakala komposer Aubrey Suwito pula bertindak sebagai pengarah muzik.

Sebelum ini, timbul persoalan dalam kalangan netizen apabila tiket tidak boleh dibeli selama tiga minggu hingga mencetuskan spekulasi konsert dibatalkan.

Sumber:- mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukacactus 1-10-2025 11:21 AM
Wahhh kawan lama bertemu setelah masing2 solo kembali
Quote kaseh80 1-10-2025 11:40 AM

Good work Hafiz
Quote BoongaKertas 1-10-2025 12:15 PM
iols pernah suka diorang masa couple dulu. moga kebaboom konsert ni.
Quote areyam 1-10-2025 02:35 PM
BoongaKertas replied at 1-10-2025 12:15 PM
iols pernah suka diorang masa couple dulu. moga kebaboom konsert ni.

diorang pernah bercinta ke dulu?
Quote BoongaKertas 1-10-2025 03:57 PM
areyam replied at 1-10-2025 06:35 AM
diorang pernah bercinta ke dulu?

bukan mmg pernah ke? ke tu gosip dan iols g bantai percaya? hahaha! tak sure lah chuols.
Quote KamikuP 1-10-2025 04:11 PM
areyam: diorang pernah bercinta ke dulu?


Penah cuolls.. sebelum kawen ngan Dato red, hapis penah bergaduh ngan pengkid yg cuba nak tekel Adira.. ekekekek

Quote mrsLucky 1-10-2025 06:24 PM
Best gandingan Hafiz dan Adira....
Quote zuriey 2-10-2025 08:40 AM
Gelenyar nya dok bergesel2 pulek
Quote Purplehaz 2-10-2025 10:59 AM
Keep caiyookk Hafiz.

Adira pulak jgn ko jemput datoRed tu pulak masa atas stage nnti.
Quote MissDiane 2-10-2025 11:02 AM
Dua2 dah kembali solo, manalah tahu kasih lama boleh bertaut kembali. Suka tengok gandingan dorang. Nice couple. Dua2 pun suara sedap ada chemistry penghayatan jiwa.

Jaranglah lagu dorang tak hit. Mostly lagu duet dorang berdua mantap so far
Quote sukanyanyi 3-10-2025 12:05 PM
suka gilak lagu Untuk Cinta. tp tak minat them as a couple. as frens comel la.
Quote Diplomat 3-10-2025 12:07 PM
Bagus nya siap ada partial refund. Rare betul.
Quote zehra2 3-10-2025 01:31 PM
wahhh suara dua² dh mmg mantap
Quote ekselen 4-10-2025 11:37 PM
MissDiane replied at 2-10-2025 11:02 AM
Dua2 dah kembali solo, manalah tahu kasih lama boleh bertaut kembali. Suka tengok gandingan dorang.  ...

kannn...untuk cinta.. ombak rindu.. deols mmg sesuai jadik psgn duet
Quote supernaturalee 1-11-2025 02:49 PM
credit: bhonline

Sufi memaklumkan, seramai 1,462 pembeli tiket awal sudah menerima pulangan separuh bayaran selepas harga baharu diumumkan.

artikel bth 30.09.2025

menerusi pengumuman terbaharu, harga tiket rasmi diturunkan kepada RM588 (asal RM788), RM358 (RM588), RM288 (RM488), RM228 (RM388), RM188 (RM288) dan RM148 (RM188).
Quote supernaturalee 1-11-2025 02:52 PM
ape cerita

on jgk ke mlm ni

tak kat ticketmelon, hny tiket 148 je yg sold out

according to bh, setakat 30.09, baru seribu lebih yg terjual

max kapasiti mega star 5,000 seat
Quote miszclassique 2-11-2025 12:28 AM
supernaturalee replied at 1-11-2025 02:52 PM
ape cerita

on jgk ke mlm ni

On je i baru je balik dari konsert tu.. seat vip banyak jugak yg kosong2… makpak hafiz suip pun ada datang naik pentas
Quote nicolebaby 3-11-2025 09:44 AM
Turn out to be one of the best concert this year

Nak lagi please
Quote kaseh80 3-11-2025 10:13 AM
Yeah Hafiz
Hope to see more of you performing

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2026 10:46 PM GMT+8 , Processed in 0.104289 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top