CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

59 orang masih tertimbus bawah runtuhan sekolah pondok di Sidoarjo

2-10-2025 11:17 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1711| Komen: 14

 


JAKARTA – Anggota-anggota penyelamat bertungkus lumus mencari pelajar yang masih terperangkap selama dua hari selepas bangunan sekolah pondok runtuh di Sidoarjo, wilayah Jawa Timur, lapor laman berita CNN. 

Lebih 100 pelajar berkumpul untuk menunaikan solat asar apabila bangunan bertingkat Pondok Pesantren Al Khoziny itu tiba-tiba runtuh pada Isnin lalu.

Dalam perkembangan sama, pihak berkuasa berjaya mengesan enam kanak-kanak yang masih hidup di bawah runtuhan dan menyalurkan makanan, air serta oksigen kepada mereka. 

Sekurang-kurangnya enam orang maut, manakala 59 orang masih terperangkap di bawah runtuhan, demikian menurut Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) kelmarin. 

“Data dikemas kini setakat pukul 11 malam semalam (waktu tempatan) menunjukkan 59 orang masih berada di bawah runtuhan,” kata jurucakap Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), Abdul Muhari dalam satu kenyataan.


Pasukan penyelamat memberi amaran bahawa masa semakin suntuk untuk mencari dan mengeluarkan mereka yang masih hidup ketika operasi menyelamat memasuki hari ketiga semalam. 

Ketua BNPB, Leftenan Jeneral TNI Suharyanto dikerahkan oleh Presiden Indonesia, Prabowo Subianto ke tempat kejadian untuk meninjau kerosakan dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa. 

“Semoga mereka terus kuat dan diberikan kesabaran,” Suharyanto. 

Tambah beliau, misi menyelamat akan mengutamakan pelajar yang dipercayai masih hidup dengan mayat mangsa akan dibawa keluar dalam masa yang ditetapkan. 

“(Pemindahan) mangsa yang disahkan meninggal dunia akan dilakukan selepas mereka yang masih hidup dapat diselamatkan,” tambah Suharyanto.

Usaha menyelamat bertambah sukar selepas gempa bumi bermagnitud 6.5 menggegarkan Sumenep, wilayah Jawa Timur iaitu kira-kira 199.55 kilometer dari tapak runtuhan. – AGENSI/AFP
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zuuu 2-10-2025 12:14 PM
Oh Indonesia pon ada gempa bumi jugak,ingatkan kat filipin je makin banyak pulak gempa bumi skrg ni,moga dipermudahkan urusan  untuk bawak keluar mangsa
Quote B40tastePosh 2-10-2025 01:27 PM
@nusaraya bangunan ini dibina secara gotong royong oleh anak Santri yang kurang gizi kah?
Quote Buritan 2-10-2025 01:30 PM
B40tastePosh replied at 2-10-2025 01:27 PM
@nusaraya bangunan ini dibina secara gotong royong oleh anak Santri yang kurang gizi kah?

Depa nak buat 4 tingkat dr 3 tingkat..
Quote B40tastePosh 2-10-2025 01:32 PM
Buritan replied at 2-10-2025 01:30 PM
Depa nak buat 4 tingkat dr 3 tingkat..


Pernah tengok di Instagram mereka bina sekolah pondok bertingkek tingkek secara gotong royong guna buruh dari anak-anak Santri.

Kasihan budak budak pondok situ, tubuh kecil tapi jadi buruh bangunan, atas alasan demi Islam.

Quote Skuau 2-10-2025 03:16 PM
TAMPAKNYA...negara negara tertangga pasti iri-Nusaraya
Quote TeropongThaico 2-10-2025 04:10 PM
Innalillahiwainnaillahirojiun
Quote IzzahF 2-10-2025 04:30 PM
si nusaraya dgn friska tgh sibuk carik berita kat malaysia ni, tak sempat nak tgk negara sndiri....carik side income agaknya
Quote B40tastePosh 2-10-2025 09:25 PM
@nusaraya sedang sibuk berforum, sementara anak-anak Santri kurang gizi disuruh bina bangunan Pesantren.
Quote B40tastePosh 2-10-2025 09:28 PM
100 anak anak Santri kurang gizi dengan purata berat 50kg

Cuma 5000kg atau 5 tan...lebih kokoh lori sawit berbanding Pesantren kurang gizi.
Quote B40tastePosh 2-10-2025 09:32 PM
Screenshot_2025-10-02-21-30-08-83_40deb401b9ffe8e1df2f1cc5ba480b12.jpg Screenshot_2025-10-02-21-30-28-86_40deb401b9ffe8e1df2f1cc5ba480b12.jpg
Quote zamnie 2-10-2025 09:34 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun Ya Allah kesiannya..
Quote Tinot7 2-10-2025 09:49 PM
Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun.. semoga yg masih tertimbus dapat dijumpai semuanya..
Quote liyamariska 3-10-2025 02:06 AM
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Quote awanearisu 3-10-2025 06:48 AM
Innalillahi wa inna ilaihi ro'jiun.
Takziah buat keluarga anak-anak ini.
Harap adalah yang kaya-kaya taja peralatan dan bantuan kesihatan yang bersesuaian.
Agar segera diselamatkan mana-mana anak yang masih terperangkap.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-4-2026 05:37 PM GMT+8 , Processed in 0.195935 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top