CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Israel sekali lagi tunjuk wajah sebenar, tindas misi bantuan kemanusiaan - Zahid Hamidi

2-10-2025 11:19 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1279| Komen: 1

 


PETALING JAYA – Dunia sekali lagi menyaksikan wajah sebenar Israel, sebuah rejim penjajah yang mengingkari undang-undang, tidak menghargai nyawa manusia dan sanggup menindas misi bantuan Global Sumud Flotilla ke Gaza.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kapal-kapal tersebut membawa sukarelawan dan bekalan penting untuk rakyat Palestin yang menderita akibat sekatan zalim.

Namun, katanya mereka berdepan intimidasi, kekerasan dan paksaan dan beliau mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak berperikemanusiaan itu.

“Misi ini adalah simbol solidariti, kasih sayang dan harapan dunia terhadap Palestin. Tindakan Israel bukan sahaja satu bentuk kezaliman terhadap rakyat Gaza, tetapi juga penghinaan terhadap suara kemanusiaan sejagat.

Seperti yang ditegaskan oleh Perdana Menteri, Malaysia akan menggunakan segala saluran sah bagi memastikan Israel dipertanggungjawabkan, khususnya berkaitan keselamatan warganegara kita. Keselamatan mereka adalah keutamaan dan dalam hal ini, kita tidak akan berkompromi,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.


Ahmad Zahid berkata, beliau sendiri mengikuti rapat perkembangan misi itu sejak awal, malah turut berhubung dengan wira-wira kemanusiaan Malaysia.

“Saya tahu dugaan mereka amat besar, cabaran yang dihadapi tidak mudah. Namun doa seluruh rakyat Malaysia sentiasa bersama mereka. Semoga Allah SWT melindungi dan mengurniakan kekuatan untuk mereka meneruskan misi mulia ini,” katanya.

Tambahnya lagi, Malaysia akan terus berdiri teguh bersama Palestin sehingga keadilan dan kebebasan menjadi milik mereka. 


Sumber:– KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zuuu 2-10-2025 12:12 PM
Tunjuk wajah sebenar apanya,dyorg mmg dh level setan kut,mmg kalo boleh dyorg nk bunuh seramai mungkin nyawa yg masih bernafas di bumi gaza tu...sebarang jenis bantuan untuk rakyat sana kalo boleh dyorg nk musnahkan biar yg masih hidup mati kebuluran gitu...dyorg pon dh bagi warning jadi leh jangka la tindakan dyorg...yg jadi persoalannya apa yg dyorg nk buat ngan ahli sukarelawan yg ditangkap tu,sama ada akan dikurung dlam penjara ke atau dyorg akan hantar pulang ke negara masing2,maaf cakap aq x rasa dyorg akan rasa tertekan ngan bantahan dari negara2 luar,berapa ramai yg kecam isreal sebab serang palestin,hasgtag free palestin sume ada isreal kisah...

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-4-2026 09:39 AM GMT+8 , Processed in 0.032168 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top