CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

30 kapal GSF lolos kepungan tentera pendatang Israel, teruskan pelayaran ke Gaza

2-10-2025 03:28 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1884| Komen: 5

 


TUNIS – Konvoi bantuan kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) menyatakan bahawa berpuluh-puluh kapalnya masih belayar menuju Semenanjung Gaza walaupun dipintas oleh pasukan tentera laut Israel.

GSF yang disertai kira-kira 45 kapal yang membawa ahli politik dan aktivis termasuk pempengaruh iklim Sweden, Greta Thunberg belayar dari Sepanyol bulan lalu, bertujuan untuk memecahkan sekatan Israel ke atas wilayah Palestin, di mana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengisytiharkan kebuluran berlaku.

Tentera laut Israel memintas flotila itu semalam setelah memberi amaran agar tidak memasuki perairan yang dikatakan berada di bawah sekatannya dengan kapal membawa Thunberg antara ditahan.

Bagaimanapun GSF berkata, kebanyakan kapalnya masih meneruskan perjalanan setakat awal pagi, menghampiri pantai Semenanjung Gaza walaupun terdapat gangguan.

“30 kapal belayar  dalam perjalanan mereka ke Gaza, hanya 85 kilometer jauhnya, walaupun pencerobohan berterusan daripada tentera laut pendudukan Israel,” kata GSF di laman  X. – AFP 


Sumber:– KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SWORKS27 2-10-2025 03:32 PM
semoga dipermudahkan urusan mereka sampai ke bumi gaza
Quote TeropongThaico 2-10-2025 03:44 PM
Harap selamat sampai & dipermudahkan segala urusan di sana
Yg kena tahan tu harap dilepaskan segera le hendaknya
Quote CikNano 2-10-2025 04:13 PM
Semoga dipermudahkan segala urusan mereka sampai ke bumi gaza dalam keadaan selamat
Quote edayildiz 2-10-2025 04:59 PM
semoga slmt sampai dan balik
Quote naina 2-10-2025 07:36 PM
Ni yang gelombang kedua kan selepas influencer..semoga cepat sampai dgn selamat.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-3-2026 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.078002 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top