CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

DBKL nafi Datuk Bandar keluar kenyataan Bazar Deepavali Brickfields

2-10-2025 03:30 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1322| Komen: 0

 


KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak dakwaan sebuah portal berita yang memetik kenyataan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr. Maimunah Mohd. Sharif berhubung penganjuran Bazar Deepavali di Brickfields, semalam.

DBKL dalam kenyataan berkata, pihaknya menegaskan bahawa Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak pernah memberikan sebarang kenyataan atau mengadakan komunikasi dengan portal berkenaan berkaitan isu yang dilaporkan.

“Sebarang kenyataan yang mengaitkan Datuk Bandar Kuala Lumpur dalam artikel tersebut adalah tidak benar dan tidak mewakili pendirian rasmi DBKL,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, DBKL menasihati mana-mana pihak media agar mendapatkan pengesahan rasmi daripada Jabatan Perancangan Korporat DBKL sebelum menyiarkan sebarang maklumat yang melibatkan Datuk Bandar Kuala Lumpur bagi mengelakkan kekeliruan kepada orang awam.


Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan bahawa DBKL sedang mempertimbangkan untuk memindahkan lokasi khemah peniaga di Bazar Deepavali Little India, Brickfields.

Langkah itu kononnya diambil susulan insiden beberapa khemah yang baru dipasang tumbang pagi semalam akibat hujan lebat dan tiupan angin kencang.

Portal berkenaan juga menyebut Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr. Maimunah Mohd Sharif dipetik berkata, satu perbincangan bersama semua pihak terlibat akan diadakan dalam masa terdekat bagi menentukan lokasi baharu bazar, yang dijangka sedikit jauh dari kawasan asal.  

Sumber:– KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2026 11:34 PM GMT+8 , Processed in 0.042432 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top