CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Lagu dimainkan sokong Zionis, sebab saya tinggalkan dunia radio’ - Keanu Azman

3-10-2025 10:43 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1198| Komen: 2

 


Bekas penyampai radio, Keanu Azman mendedahkan antara sebab dia meninggalkan perkhidmatan di sebuah stesen radio berbahasa Inggeris tanah air atas alasan enggan memainkan lagu-lagu penyanyi yang menyokong Zionis.

Keanu atau nama sebenarnya Mohamad Keanudin Mohamad Azman, 28, mendedahkan perkara tersebut dalam satu hantaran yang dimuat naik dalam akaun Threads.

“Saya takkan tipu. Salah satu sebab saya tinggalkan radio berkenaan adalah kerana kebanyakan penyanyi yang lagunya dimainkan dan dipromosikan ialah penyokong Zionis.

“Saya tidak mahu menjadi hipokrit. Memboikot jenama dan makanan segera, tetapi masih ‘menjual’ muzik penyokong Zionis,” tulisnya.

Tambahnya lagi, dia kini gembira melihat semakin ramai artis Barat yang mula menunjukkan sokongan mereka terhadap Palestin.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang memuji tindakan pengacara itu meninggalkan kerjaya yang dicintainya demi bersolidariti bersama Palestin.


“Tindakan yang bagus Keanu. Tetapi sedih bila mengetahui saya tidak akan mendengar suara kamu di radio lagi,” komen netizen.

Ditanya adakah dia ada menerima tawaran daripada stesen radio yang lain, kata Keanu, dia tidak lagi berminat untuk bertugas di radio buat masa sekarang.

Untuk rekod, Keanu pernah berkhidmat sebagai penyampai radio di stesen terbabit selama enam tahun mengendalikan segmen malam, namun membuat keputusan untuk berhenti pada Mei 2024.

Kini Keanu lebih selesa bertugas sebagai pengacara program bual bicara Borak Seeni yang disiarkan di saluran Astro Prima. Dia juga mula melibatkan diri dalam bidang lakonan dan pernah membintangi drama Mandul Bukan Pilihan. 

Sumber: – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 3-10-2025 12:56 PM
Adik kelly azman kah?


Quote ohsoyaya 5-10-2025 04:20 AM
Junior i kt skolah ni

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-4-2026 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.027552 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top