|
Pelakon Nadzmi Adhwa meluahkan rasa kecewa apabila melihat masih ada segelintir selebriti yang memilih untuk mempromosikan jenama yang dikaitkan dengan Zionis. Nadzmi atau nama lengkapnya Nadzmi Adhwa Nor Adzmi, 33, berkongsi kekecewaannya dalam hantaran yang dimuatnaik dalam akaun Threads. “Masih juga tak nak boikot. Tak mati kot kalau tak makan duit haram ‘isswell’ tu. Berapa sangat tawaran untuk produk mereka yang kawan-kawan tak boleh sangat nak tolak tu? “Sedarkah produk-produk tersebut menyumbang kepada pembunuhan saudara kita di sana? “Sedihlah tengok kawan-kawan sendiri dalam industri pun tak cakna,” tulisnya. Isteri Nadzmi iaitu Ardell Aryana yang menyertai misi kemanusiaan Sumud Flotilla ke Gaza kini berada dalam tahanan tentera Zionis selepas kapal mereka ditawan semalam. Ketika ini, netizen sedang giat menyenaraikan nama-nama selebriti tempatan yang dilihat masih galak mempromosikan jenama yang dikaitkan dengan Zionis.
Sumber: – KOSMO! ONLINE |
dua_chzy replied at 3-10-2025 12:23 PM
Nak kena buang Ifon tu suma ka Nadzmi?

NuansaBiru replied at 3-10-2025 09:16 AM
Caner nak selfie2 kat insta milik zuckerberg nanti?






dua_chzy replied at 3-10-2025 12:23 PM
Nak kena buang Ifon tu suma ka Nadzmi?
dua_chzy replied at 3-10-2025 12:23 PM
Nak kena buang Ifon tu suma ka Nadzmi?


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-3-2026 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.080060 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.