CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tiada sebarang perasaan istimewa, Hafiz Suip dan Adira kekal berkawan

3-10-2025 11:09 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 768| Komen: 6

 


PENYANYI Hafiz Suip menjelaskan dia dan rakan artis Adira Suhaimi masih kekal bersahabat meskipun pernah mempunyai hubungan istimewa sebelum ini. 

Meskipun begitu jelas Hafiz atau Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 35, jalinan antara mereka tidak pernah melibatkan perasaan cinta seperti pasangan kekasih. 

"Saya dengan Adira kami masih berkawan dan tidak lebih daripada itu, tiada perasaan antara satu sama lain. 

"Masing-masing pun sudah ada hidup sendiri, apa saya boleh katakan doakan yang baik-baik sahaja," katanya kepada mStar.

Ditanya mengenai peminat yang berharap agar mereka berdua berjodoh selepas kedua-duanya kembali solo, Hafiz memberitahu dia tidak dapat menghalang mulut orang dan tanggapan mereka. 

Baginya biarpun peminat mahu melihat mereka bersama, dia berharap agar perkara itu tidak menimbulkan tanggapan isu negatif terhadap kedua-dua pihak. 


"Kalau peminat cuba kenenkan tu saya nak buat macam mana? Mulut orang dan tanggapan mereka kita tak boleh nak halang. '

"Tapi kalau boleh tak naklah sehingga timbul isu negatif memandangkan masing-masing dah ada hidup sendiri," jelasnya.

Dalam pada itu, Hafiz juga berkongsi rasa rindun untuk merakamkan lagu duet bersama Adira selepas enam tahun. 

Namun, buat masa sekarang, dia mahu fokus kepada persiapan konsertnya yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

"Rindu juga nak buat lagu duet dengan Adira, selalunya tiga tahun sekali akan ada lagu bersama. 

Saya dengan Adira kami masih berkawan dan tidak lebih daripada itu.

"Teringin, tapi mungkin selepas tamat konsert saya nanti," jelasnya.

Hafiz dan Adira sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta sekitar tahun 2011 namun berakhir setahun kemudian. 

 

Untuk rekod Hafiz pernah mendirikan rumah tangga dengan Nureffy Jasreel Abdullah pada 14 Mei 2016, namun bercerai pada 29 Mei lalu.

Manakala Adira pula sah bercerai talak satu dengan Datuk Seri Adnan Abu selepas sembilan tahun berkahwin. 

Berkongsi perkembangan terkini, Hafiz bakal mengadakan konsert solo di Mega Star Arena, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 1 November depan. 

Lebih istimewa, Adira turut sama menjayakan konsert tersebut sebagai artis undangan bersama penyanyi Umairah.

Sumber: – mStar
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukanyanyi 3-10-2025 11:34 AM
Koser la kn, apiz leh dpt yg lg elok tanpa anak berderet.

Plus kalo sheols aim yg kaya2 minta maap la apiz yg tgh build career blk tu
Quote sukanyanyi 3-10-2025 11:35 AM
Tp kebetolan exes yg dua2 dh menyingle blk. Mcm irma n parid.
Quote prince_marhaen 3-10-2025 02:49 PM
takyah lah... tok buRED pun jenis gila talak sejak2 miskin ni hari2 bertunggu bertangga komen kat semua post pompuan ni... hahahaha.. jap lagi bergasak pulak apis ngan tok buRED..dah lah anak merenyut ramai, tak pasal kena tanggung anak2 diorg pulak...si apis nak tanggung anak sendiri pun susah nok.. sampai kurus kering kecut kepam dah... hihi
Quote kaedahnya 7-10-2025 10:57 PM
Sampai today aku tampaham cemanala adira buleh mau kat tok red tuh
Quote mrseller 7-10-2025 11:19 PM
Kah kah adira pun tanak kot dkt org salit otak nih kah
Quote bpbbppbp 7-10-2025 11:19 PM
Moga yg trbaik buat Hafiz

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-1-2026 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.050005 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top