CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Netizen Persoal Harga Kelas Ilmu Neelofa & Suami RM850

3-10-2025 10:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7138| Komen: 112

 


Pasangan selebriti Neelofa dan PU Riz menjadi perhatian ramai apabila tular poster mengenai kelas agama yang dianjurkan oleh mereka pada 30 Ogos lalu.

Menerusi perkongsian di Threads, seorang individu meluahkan rasa terkejut mengenai yuran yang dikenakan didakwa mencecah sehingga rm850 untuk seorang.

Menurutnya, kebiasaannya kuliah agama yang diadakan secara percuma atau sekadar menerima sumbangan seikhlas hati.

 

“Dulu kalau kuliah majlis agama, tak ada bayaran. Memang percuma atau bagi sedekah. Ada juga penganjur yang kenakan bayaran yang sewajarnya. Tapi ini tapau RM850.


“Kau rasa ilmu apalah sangat dia ajar. Memang tak boleh dengan dia ni. Memang aku boikot. Ini kawan aku hantar sekadar buat lawak. Jom belajar ilmu termahal,” katanya.

Perkongsian individu itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut berkongsikan pengalaman mereka menghadiri program pasangan berkenaan.

Bagaimanapun, ada yang beranggapan bayaran yang dikenakan agak mahal melihatkan pada kos sewa tempat, kos makan serta pelbagai lagi kos diambil kira. 

 

Dalam poster berkenaan, kelas ilmu yang dikenakan bayaran RM850 itu hanya terhadap kepada 45 orang dan diadakan secara tertutup.

Sumber: – Rotikaya
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SisLena 3-10-2025 11:03 PM
Ade cult ke pasangan ni. Kalau takde demand takkan berani buka slot ye dak
Quote epuepy 3-10-2025 11:18 PM
Apa kelayakn diorg ni nk bgy talk psl agama?
Sbb dh kelubung, so layak bgy ceramah agama
Quote ayahibu85 4-10-2025 01:01 AM
Ni la golongan yang menjual agama dengan harga yang 'murah'
Ramaikan masjid, ajommmm
Quote slyfynx 4-10-2025 01:01 AM
Yang enabler adalah punca
Quote Rogue98 4-10-2025 01:20 AM
Buat free pun tak kuasa nak pergi. Tak suka cara si PU tu bercakap...seolah2 ilmu penuh didada...feeling2 ulamak ..
Adik kakak ipar pun flip hair jer.
Quote sharlenetexas 4-10-2025 01:25 AM
Ini bukan derma tin milo


Quote sharlenetexas 4-10-2025 01:26 AM
Suruh je lemak masuk kelas tu bayar full 850. Ajak sekali jefri nicol bayar full jugak. Takkan hanya reti makan babi je.

Quote kitaserupaaa 4-10-2025 01:29 AM
Aku rasa ok je bayar untuk program ilmu agama ni tapi kena tengok la siapa speaker nye. Bertauliah, credible. Program yg berbaloi bayar macam  straight path convention. Bayar RM150 untuk 2 hari event pun berbaloi dengan speaker2 yg dijemput
Quote Piramida 4-10-2025 03:57 AM
Dah tu???
Beras nak kena beli..... Kena lah jual mahal2...
Korang jugak sanggup bayar. So oklaaa hehehe
Quote Dodod 4-10-2025 06:33 AM
Err kalau ilmu fardhu ain dan disampaikan org yg bertauliah berbaloi la pegi. Paham kos utk buat program ni besar tp kalau takat 2 org ni nk bagi talk jeee xyah lah. Baik dgr ustaz2 atau ustazah lain. Yg free pun ada siap pengajian berkitab lagi kt masjid atau surau. Kalau byr pun xsemahal ini.
Quote piro77 4-10-2025 07:07 AM
Yang join ni memang berbatakkan artis, apa kelayakan mereka berdua utk bagi talk agama selain berpakaian atau life berupa agama?! Sekalipun ada permintaan dorang patut sedar diri. Nak kata belajar formal pun tak ada, yg tak formal (cth tauliah dari guru, pondok dll) apatah lagi. I kenal haris n family, ya dorang mengamalkan life macam orang beragama dari segi pakaian, mengadakan kelas, derma dll tp dorang belum layak utk talk atau mengajar agama. Tak tau macam mana Haris atau lofa ni layak dapat tauliah kalau pun ada.

Tak sgt pun pasal charge tu sbb memang ada yg wajar berbayar, wlpun yg free berlambak je caranya. Tapi i pertikaikan tak kompetennya dorang utk nak berceramah agama
Quote KBW2 4-10-2025 07:17 AM
Penonggang agama strikes again. Ketahuilah bahawasanya nak jadi kayo mudah-mudah kat Malaysia ni tunggang jelah agama sbb terlalu ramai manusia bodoh kuat pajakkan otak kat mereka-mereka ini. Tak kira yang cakap tuh pun ilmu paras tumit kaki jah pon. Tambah plak ada minik retis poplar, ngammmm.
Quote Peachlilac 4-10-2025 07:49 AM
850 untuk kelas laki bini yg takde kelayakan, takde tauliah that is stupid. baiklah g kelas ustaz muzuza, ustaz yazid, ustaz fahmi or ustz nasrullah even ustazah asma sekali pon drp diorang ni. at least ustaz ustazah tu legit berkelayakan, bertauliah untuk bagi talk agama. memang boleh yakin yg aoa diorang sampaikan tu based on dalil. ini si lakinya dulu pernah main taram je jawapan tentang hukum agama ikut sedap mulut dia. tanpa dalil yg sah. gapodio sek ni.
Quote Peachlilac 4-10-2025 07:51 AM
kitaserupaaa replied at 4-10-2025 01:29 AM
Aku rasa ok je bayar untuk program ilmu agama ni tapi kena tengok la siapa speaker nye. Bertauliah,  ...

betul. i rasa langsung takde masalah nak bayar untuk program ilmu selagi mana speakernya bertauliah, mmg ada kelayakan. ini entah sape2 buat kelas ilmu kononnya pastu charge harga gitu. alright tak alright diorang ni.
Quote NuansaBiru 4-10-2025 07:53 AM
Tak ada masalah caj utk bagi kuliah agama
Mereka2 yg menyampaikan pengajian agama ini pun ada kos hidup utk ditanggung, anak bini utk dikasi makan
Yg jadi masalah ialah, dengan kenakan caj yg sebanyak itu, selayak mana kita ni nak mengajar orang, apa kelayakan kita, berapa banyak kitab kita dah baca, berapa ramai ulamak yg kita dah berguru
Quote makadek 4-10-2025 08:02 AM
dekni kalau keluar je ade je kontolvesi
Quote burberry99 4-10-2025 08:08 AM
yg sorang lepasan spm yg sorang katanya tesl. so kat mana tauliah bahagian agama untuk dapat lesen mengajar agama. keji nya. adik sendiri separa bogel
Quote SisLena 4-10-2025 08:51 AM
Aku pergi yg Yasmin Mogahed pun tak semahal yinni. Siap ada dinner lg. Jah2.. Tak baik tau.
Quote Shuji_Okishima 4-10-2025 09:01 AM
sharlenetexas replied at 4-10-2025 01:26 AM
Suruh je lemak masuk kelas tu bayar full 850. Ajak sekali jefri nicol bayar full jugak. Takkan hanya ...

Aduhai, tersedak kahak sendiri. Pedih bukan potong bawang, luka bukan dihiris pisau, menusuk seperti jarum sepital dan tepat seperti panah asmara. Sembah ratu tahap tinggi la. Slaaayyyyyy

Lihat semua komen(112)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2025 08:33 PM GMT+8 , Processed in 0.065213 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top