|
Bapa kepada penyanyi Heliza dan Hazwani Helmi iaitu Helmi Hasbi berkata dia sudah menjangkakan anak-anaknya akan ditahan tentera Israel apabila menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF). Memetik Harian Metro, Helmi berkata mereka sekeluarga sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan serta menyedari risiko yang dilalui oleh anak-anaknya. “Saya sudah jangka awal (anak-anak akan ditahan), (namun) harap tidak berlakulah, tapi, bagi saya, kalau tidak (berlaku seperti itu, pasti) Gaza sudah lama aman,” katanya. Sementara itu, Helmi berkata kali terakhir mereka berhubung adalah malam tadi dan kedua-dua anaknya sempat memohon doa serta restu sebelum kapal mereka menghampiri zon berbahaya “Dia sempat pesan supaya kami mendoakan perjalanan mereka dipermudahkan, serta minta kami menghalalkan makan minum mereka. Semangat mereka memang kuat, kami sebagai ibu dan ayah hanya mampu tambahkan keyakinan mereka dengan doa dan motivasi,” katanya.
Dalam pada itu, Helmi berkata anak-anaknya tidak sanggup melihat rakyat Gaza menderita dan mengikuti misi kemanusiaan itu adalah kerana Allah. “Kalau bukan anak-anak saya yang pergi, siapa lagi? Mereka (Heliza dan Hazwani) tidak sanggup melihat orang lain menderita. Lagipun mereka buat kerana Allah, biarlah mereka teruskan,” katanya. Sumber: – Rotikaya, Harian Metro |
doubleA replied at 3-10-2025 11:40 PM
Berapa adik beradik dorang ni? Bagus la pergi berjihad bukan senang berkorban tinggal family dan kes ...
sharlenetexas replied at 3-10-2025 11:42 PM
Siapa yg jadi stewardess aa tu?
alesandra replied at 4-10-2025 11:35 AM
Amboi pakcik..jgn riak.ada ramai je nak pegi...tapi tulaaa
naina replied at 4-10-2025 11:49 AM
Tu laaa. Benda ni ramai tahu lambat
KLU open awal2 mesti LG ramai join
Skrg dh open awal2..baru n ...

alesandra replied at 4-10-2025 12:00 PM
Ha 'ah tau2 je diorg dah nak belayar.lagipun diorg pun mmg selected sapa yg pegi.kena training sem ...
naina replied at 4-10-2025 11:49 AM
Tu laaa. Benda ni ramai tahu lambat
KLU open awal2 mesti LG ramai join
Skrg dh open awal2..baru n ...
ADVERTISEMENT