CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Saya Sanggup Bayar RM1 Juta Untuk Ubah Kisah Silam Saya” – Aliff Syukri Kongsi Perit Membesar Dalam ‘Broken Family’

3-10-2025 11:48 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4230| Komen: 72

 


Usahawab sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi tentang kehidupannya sewaktu kecil di mana dia membesar dalam sebuah keluarga yang berantakan dan akuinya perkara itu sangat mencabar.

Menerusi audio siar baru-baru ini, Aliff berkata tentang kehidupan sukar menjadi anak daripada sebuah ‘broken family’.

Tambah usahawan berusia 38 tahun itu lagi, ramai melihat hidupnya penuh dengan kesenangan kini namun hakikatnya orang tidak tahu tentang perjalanan sukar di masa silam yang dilaluinya.

"Jika diberi pilihan, saya sanggup bayar RM1 juta untuk mengubah semula kisah silam hidup saya. Sebab kisah silam saya penuh tragedi dan dugaan. Saya mempunyai ibu dan ayah tiri, perkara itu sangat tidak menyeronokkan untuk saya. Tidak semua yang mempunyai ibu dan ayah tiri akan hidup gembira."


Kongsi Aliff lagi, ketika zaman sekolah juga kehidupannnya tidak seindah kanak-kanak lain kerana dia sering diejek dengan pelbagai panggilan disebabkan pekerjaan ibu dan bapanya.

Ketika usianya masih kecil, ibu Aliff iaitu Bonda Rozita mencari rezeki dengan menjual ikan manakala bapanya pula bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Disebabkan peristiwa dan pengalaman itu, Aliff menginjak dewasa dengan rasa nekad untuk rajin berniaga kerana enggan miskin buat kali kedua.

 

"Di sekolah dahulu, macam-macam panggilan diberikan kepada saya. Ada panggil saya kangkung, ikan dan sotong. Saya sangat malu ketika itu. Sebab itu apabila sudah dewasa, saya sangat rajin berniaga kerana saya tidak mahu miskin untuk kali kedua."

Sumber: – beautifulnara
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Daftpunk_shine 4-10-2025 12:32 AM
Selamba je londeh  family. Mak dia satu malaysia org kenal haha. Tunggu apa respond bonda hutan.
Quote ninja boy 4-10-2025 12:41 AM
Usaha tangga kejayaan
Quote noor2 4-10-2025 06:41 AM
Edited by noor2 at 4-10-2025 06:43 AM

Ambil dari sudut positif...ada hikmah semua ujian masa lalu...berkat usaha dia berjaya. Jgn menyesal apa terjadi masa lalu...sebab kejadian masa lalu, dan dirinya yg positif dgn ujian dia bangkit berjaya...bersyukur lah..

Ramai manusia bangkit positif akibat ujian masa lalu yg Allah bg...yg buruk tu lah sebenarnya yg memberi kebaikan pada kita..
Quote pocongkiutss 4-10-2025 08:05 AM
Daftpunk_shine replied at 4-10-2025 12:32 AM
Selamba je londeh  family. Mak dia satu malaysia org kenal haha. Tunggu apa respond bonda hutan.

Bior je londeh bonda hutan tu..menyampah iols mak diorg ni..ewww sgt..mak dia punya perangai 50 kali ganda lg hauk..masa kawin baru hr tu kemain dia punya ayat tu mcm anak2 dia tak hargai dia..dia punya drama..eh meluat aku..padahal mcm2 si alip ni buat nk amik hati dia selama ni
Quote ekselen 4-10-2025 09:23 AM
kalo ko tak melalui hidup susah dr broken family tu mungkin ko takkan kaya mcm skrg.. sbb ko pun ckp bekerja keras sbb hidup susah dan dr broken family.. sbb dr situlah sbnrnya dtgnya kejayaan ko skrg ni.. so bersukur la toklip...
Quote red_velvet 4-10-2025 09:32 AM
Childhood trauma bukan senang nak hilang.. Dah tua macam Tok lip n yatie pun luka tu still ada dalam sudut hati paling dalam..
Quote sfrnna 4-10-2025 11:27 AM
Mak asal berlaki. Ko rasa??? Dia tak boleh hidup tanpa laki laa. Anak letak no 2. Selalu org ada anak ni husband turun takhta dah. Boleh tgk la single mum maca Rita tu
Quote brainbiru 4-10-2025 12:26 PM
Kenapa malu dgn cara mak pak cari rezeki?
Quote naina 4-10-2025 12:29 PM
Sebab Tula dia bersungguh2 kerja dan memberi kehidupan baik UTK anak2 heols. Jadi anak2 heols sgt beruntung ya terlepas trauma kehidupan bapak dia. Serba serbi cukup terjaga sekolah siap driver semua.. anak2 heols ke mana2 ada body guard ya sebagai peneman. Semua2 anak2 bonda setakat ni masih bersama bahagia berumahtangga takda bercerai2. Si emak yg masih bertukar ganti. Sejenis tak leh lelaki xikut cakap dia..terus let go.
Quote zuriey 4-10-2025 12:43 PM
Daftpunk_shine replied at 4-10-2025 12:32 AM
Selamba je londeh  family. Mak dia satu malaysia org kenal haha. Tunggu apa respond bonda hutan.

Yati londeh lagi mendalam tau
Mcm mana mak dia dera diorng mental fizikal dari kecik
Kena maki kena ganyang hari2
Mujur aje yati tu dpt laki semenggah boleh protect dia..
Quote sharlenetexas 4-10-2025 12:45 PM
Dlm gambr tu nmpk muka tua mcm xde gigi.


Quote makadek 4-10-2025 01:07 PM
Daftpunk_shine replied at 4-10-2025 12:32 AM
Selamba je londeh  family. Mak dia satu malaysia org kenal haha. Tunggu apa respond bonda hutan.

tp mmg betul pn mak dia pn ckp diorg miskin
dia ni mcm tk happy ng mak dia mak dia garang mulut pn puaka
Quote pinggan 4-10-2025 01:13 PM
Trauma masa kecik sampai tua, dah time nazak pun tak hilang. Nenek sedara aku hidup zaman tentera jepun jahat bunuh orang, time hujung2 nak habis usia, masih duk bercakap pasal tentera jepun walaupun mulut zikir2
Quote pinggan 4-10-2025 01:21 PM
Mesti beza mcm langit dgn bumi, pengalaman dia & kak yatie dia dgn adik2 seibu lain bapak yg lahir kemudiannya. Adik2 yg lahir kemudian, mak diorang dh kaya raya dah time tu. Mak pun dh kurang bersinga2.
Quote Piramida 4-10-2025 01:21 PM
Trauma broken family.... Confuse berbapak ramai ke?

Tp sbb from ur broken family lah nampak tok lip ni jaga family isteri dan anak betul2...
Sure dia x nak anak2 rasa apa dia rasa.
Quote stania83 4-10-2025 01:40 PM
Baru ni toklip cakap bonda ludah diaa.tapi bonda cakap itu hanya imaginasi toklip.

Bonda sampai sekarang menyinga it's her DNA.
Quote kerani_je 4-10-2025 01:44 PM
naina replied at 4-10-2025 12:29 PM
Sebab Tula dia bersungguh2 kerja dan memberi kehidupan baik UTK anak2 heols. Jadi anak2 heols sgt be ...

Dia klau x bersungguh kerje pun mmg dah anak orka time besar ni..Time kecik je susah..Modal semua terhidang nk start biz..Usaha keje keras je utk tmbahkn lagi level kekayaan je lah..Tp i puji la tok lip ni punye semangat n usaha..Buat live non stop bina legacy dia ajar anak2 cari duit jgk buat live..Bagus la die x manjakan anak2 sgt..Die bwk anak2 ke dunia hiburan n perniagaan dari kecik..Sauk je ape job n offer yg ada..Jd duta n model biz n brand org lain pun die sauk..
Quote kerani_je 4-10-2025 01:46 PM
stania83 replied at 4-10-2025 01:40 PM
Baru ni toklip cakap bonda ludah diaa.tapi bonda cakap itu hanya imaginasi toklip.

Bonda sampai sek ...

time on camera je bonda ni kemain tnjuk lovey dovey sayangkn anak cucu n staff..Bila off camera, true colour sifat semulajadi die kluar..Sama la time dgn laki baru tu pun..Mula2 baru dpt ni je romantika semesta alam dpn camera n public..Lama2 nnti die boring die start la menyinga mcm dgn ex, abg aji dulu..
Quote Rogue98 4-10-2025 01:52 PM
Xdelah susah mana pun...makan minum cukup...dapat pergi sekolah..kalau susah takde lah kau jadi bingit terjerit2 maki orang...aku masih tak lupa kau cubit Amina nak suruh menangis utk content dulu...

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2025 12:04 PM GMT+8 , Processed in 0.040983 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top