CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Semakin menjadi-jadi, lagi kes warga Singapura curi RON95 - "Dah boleh ban kereta ini daripada masuk Malaysia”

7-10-2025 03:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1783| Komen: 17

 


JOHOR BAHRU – Seorang lelaki yang menggunakan kenderaan bernombor pendaftaran Singapura dikesan mengisi minyak petrol bersubsidi RON95 ke dalam kereta Toyota Yaris Cross dipandunya.

Menerusi satu gambar yang tular di laman sosial menunjukkan lelaki dewasa dengan muka tidak bersalah mengisi minyak RON95 dipercayai berlaku di sebuah stesen minyak di Jalan Storey di sini, kira-kira pukul 4.37 petang, semalam.

Rata-rata pengguna laman sosial rakyat Malaysia dan Singapura mengecam tindakan lelaki berkenaan yang dilihat seolah-olah memperlekehkan undang-undang negara ini yang menetapkan warga asing yang menggunakan kenderaan asing perlu mengisi RON97.

Seorang pengguna Jack Boh berkata, penguatkuasa di pintu sempadan harus melakukan tindakan menghalang kenderaan tersebut daripada memasuki negara ini.

“Nombor plat dah ada, dekat ‘checkpoint’ dah boleh ban kereta ini daripada masuk Malaysia,”tulisnya.


Seorang lagi pengguna Lee Zi Kang berkata, warga Singapura yang dikesan mengisi RON95 tidak pernah dikenakan penalti atau denda terhadap kesalahan itu.

“Atas sebab itulah mereka tetap isi dan tak takut dengan undang-undang sini,”katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna, Awang Chik berkata, kalau rakyat Malaysia nak isi RON95, juruwang di kaunter akan bertanya sama ada pelanggan mahu isi minyak guna inisiatif Budi Madani RON95 (Budi95) atau sebaliknya.

“Dekat situ sepatutnya petugas di stesen minyak dah boleh kesan pelanggan itu rakyat Malaysia atau rakyat negara sebarang.

“Satu lagi, petugas stesen minyak juga seperti buat tak kisah, sebab itu mereka selamba isi minyak bersubsidi yang dikhaskan untuk rakyat Malaysia,”katanya.

Sementara itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, pasukan siasatan KPDN sedang melakukan siasatan berhubung kejadian tular berkenaan.

“Sekiranya didapati siasatan menjurus kepada sebarang pelanggaran arahan Pengawal Bekalan berkenaan larangan menjual RON95 kepada kenderaan pendaftaran asing, tindakan lanjut akan diambil.

“Pengusaha stesen minyak boleh dikenakan tindakan di bawah Peraturan 12A Peraturan-Peraturab Kawalan Bekalan 1974,”katanya

Sumber:– KOSMO! ONLINE
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 7-10-2025 03:30 PM
Dah nama pung 'undang2 Msia'.... makanya terpakai tuk warganegara Msia sahaja la abang- Bangla
Quote Decaffeinated 7-10-2025 04:49 PM
Kasi je lah dorang tuang. Dah harga pasaran kan? Ka tak?
Quote ninja boy 7-10-2025 04:56 PM
penampakkan keta singopere tonggak petrol dari tong itu biasa dilihat
Quote L.U.S.M 7-10-2025 04:59 PM
Dh murah nk murah lagiii

Pdhl duit ko 3kali ganda sini kot
Quote cmf_almondpecan 7-10-2025 07:57 PM
Decaffeinated replied at 7-10-2025 04:49 PM
Kasi je lah dorang tuang. Dah harga pasaran kan? Ka tak?

Katanya harga pasaran dalam 3.30?
Quote B40tastePosh 7-10-2025 08:03 PM
Biarlah, Rakyat Malaysia Berhemah Tinggi. Ramah dan mesra elok pekerti. Yang tiada dibantu, yang lemah dilindungi. Bertimbang rasa hormat menghormati
Quote aaz 7-10-2025 09:30 PM
Sikit2 denda kat pengusaha. Cuba lah buat satu penguatkuasaan menyeluruh mcm Singapore buat hingga kita org Malaysia ada kerisauan kalau bawa kenderaan sendiri masuk/keluar Singapura takut lekat saman.  Depa isi minyak yg tak sepatut mereka isi, depa pecut selaju2 tidak di hiway, polis saman. Lepas dpt saman terus pecut lagi laju. Maknanya apa? Undang2 yang tak memberi kesan sikit pun pada mereka, sbb mereka yakin Malaysia tak betul2 kuatkuasa undang2. Kalau kumpul semua saman yg diberi kat Singaporean yg buat kesalahan di Malaysia, agaknya boleh buat byr sebahagian hutang Malaysia
Quote maharani_gebu 8-10-2025 09:47 AM
Petrol stesen lar yg salah.. nak untung aje..... patut dah ban keta tu denda sekali petrol pump tu... baru diorang serik..
Quote FOTHER-MUCKER 8-10-2025 10:19 AM
Jadi Malaysia jual Ron95 pada harga 2.60 masih ada untung ataupun rugi?
Quote Decaffeinated 8-10-2025 10:27 AM
maharani_gebu replied at 8-10-2025 09:47 AM
Petrol stesen lar yg salah.. nak untung aje..... patut dah ban keta tu denda sekali petrol pump tu.. ...

Apasal pulak petrol stesen yang salah. Mereka berniaga dan margin bisnes minyak ni very small, retailer survive on volume. Mekanisma gomen lah yang tak betul. Nak jual tapi tak nak jual.

Quote Pumpkinhead 8-10-2025 10:29 AM
ban je daripada masuk Malaysia
Quote johan-adx 8-10-2025 10:31 AM
undang2 ada..tp penguatkuasaan sgt lemah..
klu nk amik tindakan saman je owner stesen minyak
dan denda lg kenderaan tu
Quote copy_paste 8-10-2025 10:51 AM
kawan aku pakai axia relek je isi ron97,ni keta canggih xkan la berkira
Quote TeropongThaico 8-10-2025 11:00 AM
Denda owner oil station dgn staff yg bertugas supaya diarg lbh berhati2 lps ni... Sambil2 tu pihak berkuasa pun laksanakan penguatkuasaan yg sewajarnya. Masukkan plate number keta tu dlm system. Kalau dia nak msk dulu suruh dia bayar segala hutang yg ada. Kot tak sila pusing balik ke tempat asal
Quote Samerosie 8-10-2025 12:18 PM
I rasa should be ok now that the price they will have to pay is the non subsidized RM2. 60/l.

Dulu mmg la tak kasi sbb dulu rega subsidy RM2. 05 tu x yah guna ic kalau nak beli mcm sekarang.
Quote Itzy 8-10-2025 02:12 PM
copy_paste: kawan aku pakai axia relek je  ...

Geng2 cina singapore ni memang kaki jimat sebab tu boleh kaya. Mereka kalau boleh nak free semua.
Quote matseh 8-10-2025 02:26 PM
RON 95 hanya boleh diisi oleh kenderaan plet malaysia shj. (ada ic ke x der ic ke ada lesen ke x dak lesen ka. Janji Plet Malaysia boleh isi)
Kalau KENDERAAN plate luar negeri kena isi RON 97 shj. RON 95 tak boleh.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2025 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.044151 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top