CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Minum air paip tandas, mereka buat tak tahu kami dehidrasi’ - Heliza Helmi

7-10-2025 03:37 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2057| Komen: 36

 


Selama tiga hari dua malam malam dalam tahanan dan kali terakhir diberi makan minum pada 1 Oktober, penyanyi Heliza Helmi terpaksa meneguk air paip di dalam tandas selepas permintaan mendapatkan minuman tidak dipedulikan tentera Israel.

Heliza atau Nur Heliza Helmi, 39, berkata, tanpa sumber air mengakibatkannya terdetik bakal menemui ajal akibat dehidrasi ketika berada dalam tahanan tentera Zionis dalam Penjara Ktzi’ot di Israel.

“Keadaan di laut dan darat sangat berbeza. Tentera mereka memang sangat jahat. Kami diikat tangan bukan di depan, tapi di belakang entah berapa jam.

“Kali terakhir kami diberi makan dan minum adalah pada 1 Oktober. Dalam penjara ada terfikir mungkin kami ini akan mati disebabkan tiada air.

“Bila kami minta (dan), cakap kami semua dehidrasi, mereka buat tak tahu saja. Akhirnya kami terpaksa minum air dari paip tandas,” katanya dalam satu wawancara media.


Pada masa sama, Heliza mendedahkan tentera Zionis yang mengawal sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) turut memperlekehkan misi mereka menghantar bekalan makanan dan perubatan kepada rakyat Palestin.

“Sebelum dimasukkan ke penjara ada beberapa fasa, ada satu ketika dia (tentera) tanya saya, ‘Kenapa kamu nak pergi Gaza?’

“Saya jawab sebab nak beri bantuan makanan dan membuka mata dunia. Bila dengar perkataan itu dia pandang saya dengan sinis dan cakap ‘selamat datang ke penjara’

“Waktu itu saya sedar, hanya kerana kami mahu membantu orang yang lapar dan tidak berdosa, kami diperlakukan sebegini. Dunia perlu tahu hakikat ini,” ujarnya.

Terdahulu, 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla ditahan tentera Zionis ketika dalam perjalanan menghantar bantuan makanan dan ubat-ubatan.

Namun, mereka kini sudah dibebaskan dan diterbangkan ke Istanbul, Turkiye menggunakan pesawat khas.

Kesemua aktivis kemanusiaan itu sudah menjalani pemeriksaan kesihatan di Istanbul termasuk penyanyi Ardell Aryana yang dilaporkan mengalami kecederaan pada tisu bahagian bahu.

Heliza dan adiknya, Hazwani yang mengikuti misi terbabit bersama 22 sukarelawan dari Malaysia dijadualkan tiba di tanah air malam ini. 

Sumber:– KOSMO! ONLINE
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 7-10-2025 03:40 PM
Malas aku nk komen.
Quote habisnamadahni 7-10-2025 04:18 PM
kenapa dia cakap macam control ek..menekan² suara dia..adik dia rilex je
Quote L.U.S.M 7-10-2025 04:59 PM
habisnamadahni: kenapa dia cakap macam control ...


Adik dia fluent English

Dia ni...hahahaha maleh nk ckp
Quote kucingitam 7-10-2025 05:06 PM
bersyukurlah masih boleh minum, tu rakyat di Gaza tu tah air pun tak dapat..lagi teruk dehidrasi.. kau minum air paip, bukan dr mangkuk tandas.. dah2 la mencapub..
Quote MatDeghem 7-10-2025 05:19 PM
Nak bukak mata dunia? Cakap aje lah kami nak bantu children.
Masih riak!


Quote miss_white 7-10-2025 05:28 PM

Greta tu elok je ckp pasal palestine .. dia pun kena seksa jugak kan. Tapi tak menceceh pasal diri dia..ni dah jd cerita pasal diri dia pulak..bukan pasal palestine.
Quote edayildiz 7-10-2025 05:29 PM
paling i xmnt..over ok
Quote NuansaBiru 7-10-2025 05:42 PM
Menda2 gini lah yg buat sesetengah golongan panggil mereka2 ini "pelancong perang"
Asal ada tempat bergolak saja mereka la yg paling terkedepan nak jejakkan kaki ke sana, utk mengalami sendiri penderitaan rakyat di situ
Bila balik, bercerita lah mereka tanpa henti tentang kesengsaraan DIRI SENDIRI tika di sana
Dan cycle itu akan terus berulang ulang ulang

Ni iols tulis secara umum je lah, tak spesifik tuju kat si polan mahu pun si polan, dan juga tak terpakai buat team profesional, yg khidmat mereka betul2 diperlukan di lapangan
Quote 800214 7-10-2025 05:58 PM
habisnamadahni replied at 7-10-2025 04:18 PM
kenapa dia cakap macam control ek..menekan² suara dia..adik dia rilex je

Video sos pun org lain rilex je. Dia menekan2. Tanjat titew
Quote Samerosie 7-10-2025 06:05 PM
miss_white replied at 7-10-2025 05:28 PM
Greta tu elok je ckp pasal palestine .. dia pun kena seksa jugak kan. Tapi tak menceceh pasal diri ...

Betul kan since dia balik tak de sebut pun pasal pals.   Kita dah sedia maklum perangai serail tu camne, pergi zon darurat as seen as the enemy, takan la dia nak bg layanan hilton platinum club member pula.
Quote ___ 7-10-2025 06:22 PM
Edited by ___ at 7-10-2025 06:31 PM
“Bila kami minta (dan), cakap kami semua dehidrasi, mereka buat tak tahu saja. Akhirnya kami terpaksa minum air dari paip tandas,”



aku ingatkan dia sengsara sbb kena minum air yg dalam toilet bowl tu.

rupanya minum air dari paip tandas.Kiranya selama dlm tu, ada je air kan. cuma tak nak minum. tu yg sebut akhirnya terpaksa minum.


Quote emilyrose 7-10-2025 06:39 PM
hek elehhhhhh mata buntang ooiiii..
ko expect zion tu layan korang taraf 5 bintang ker..?
dungu betul la bini janggut rebonding ni..
Quote cabai7 7-10-2025 06:43 PM
Palinggg x leh blah tgk dia ni… terjegil2 biji mata smbil suara ditekan2
Quote lovelytouch 7-10-2025 06:46 PM
Mashyuukk job lps ni yacch masing2.. kihh
Quote nutcrack8 7-10-2025 07:02 PM
Dah penjara, bukan hospital
Quote cmf_jeangrey 7-10-2025 07:21 PM
Edited by cmf_jeangrey at 7-10-2025 07:22 PM
“Waktu itu saya sedar, hanya kerana kami mahu membantu orang yang lapar dan tidak berdosa, kami diperlakukan sebegini. Dunia perlu tahu hakikat ini,” ujarnya.

Dunia dah lama sedar dekk..tu yg byk bantuan ada masuk dr darat, udara..ada yg sampai pd penduduk, ada yg rejim sengaja musnahkan...ramai dah humanitarian,aktivis, reporters mati kena seksa, kena tembak..flotilla ni nak make a point pada pemimpin dunia spy paksa rejim buka kepungan seluruhnya

Masjid2 sekitar rumah ahkak ni pun byk kali dah buat fundraising utk htr bantuan makanan..maksudnya ada cara utk redah masuk ke Palestine la kann


Quote Akalditipumata 7-10-2025 07:22 PM
NuansaBiru: Menda2 gini lah yg buat sesete ...


Agreed. Blh nampak mana yg betul2 pergi utk Gaza.. mn yg pergi utk bwk balik cerita
Quote jambatannetizen 7-10-2025 07:48 PM
___ replied at 7-10-2025 06:22 PM
aku ingatkan dia sengsara sbb kena minum air yg dalam toilet bowl tu.

rupanya minum air dari pa ...

Kat switzerland orang minum paip tandas sebab sedap haha
Quote penmerah 7-10-2025 07:53 PM
Puihhh puihhh puihhhhhh
Hurmmmmm malas nak tulis lebih2
Kang dikatanya Kita tentera balaci serahell

Tunggu lah Lepas ni si gigil Tu pulak mencapup

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2025 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.069560 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top