CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Gempar! Black, Eddie umum keluar daripada Wings

9-10-2025 08:07 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2474| Komen: 18

 


Tidak angin, tiada ribut, dua anggota Wings, Black dan Eddie mengumumkan keluar daripada kumpulan rock itu secara rasmi bermula hari ini.

Begitupun, Black selaku pemain dram dan Eddie di posisi gitar bes band terbabit tidak memaklumkan punca pengunduran.

“Kami, Azmi Hashim atau dikenali sebagai Black dan Samsaidi Long Idris atau Eddie mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari kumpulan Wings berkuatkuasa serta-merta hari ini, Rabu bertarikh 8.10.2025,” kata mereka menerusi kenyataan media.

Dengan pengunduran itu, mereka juga menyatakan tidak akan terbabit dalam konsert Wings 40 Years Celebration yang dijadualkan berlangsung pada 28 November depan di Kuala Lumpur dan 24 Disember di Singapura.

Ini bukan kali pertama Black keluar Wings kerana sebelum ini dia pernah meninggalkan kumpulan rock legenda itu pada 1990 iaitu selepas album Teori Domino diterbitkan.


Namun pemain dram berusia 59 tahun itu menyertai Wings kembali pada tahun 1995 bagi pembikinan album Orang Asing.

Sementara itu, Eddie, 57, pula belum pernah meninggalkan band berkenaan sejak menyertai Wings pada 1985.

Selepas pengunduran Black dan Eddie, kumpulan itu kini hanya dibarisi Datuk Awie selaku vokalis selain Syam (gitar utama) dan Edrie (gitar irama).

Sementara itu, usaha Kosmo! Online untuk mendapatkan penjelasan Black dan Eddie belum berhasil apabila panggilan tidak dijawab.  


Sumber -KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 9-10-2025 09:09 AM
Hoh.. tak lama lagi nak konsert.. ni konten ke cobaan?
Quote jelitayu 9-10-2025 09:36 AM
siapakah yg bermasalah atau apakah masalahnya sampai ada yg mengundurkan diri dekat2 nak konsert ni....ahli otai pulak tu..moskel...
Quote ezacbee 9-10-2025 09:39 AM
Konsert bulan depan. Tunggu lepas konsert. Nasib aku xbeli tiket
Quote shida81 9-10-2025 09:46 AM
Mcm2 la klu org tua merajuk bergado
Quote helicornia 9-10-2025 09:52 AM
Aduh sayangnya. Dua2 ahli plg lama dlm wings tu
Quote kucingitam 9-10-2025 10:27 AM
mana nak beli tiket? apsal takde dgr2 nak buat konsert? KRu pun senyap2 je nak buat konsert bulan depan kan.. mcm underground je takde riuh pon.. cuba tiru kak ani tu nak buat konsert ha..semua org tau..
Quote alesandra 9-10-2025 10:52 AM
Pasal awie keww?
Quote blakcswan 9-10-2025 11:33 AM
betul lah aku dengar ura2 tu psl black nk undur..xtau lak edi pun sama..dah berpatah arang berkerat rotan nampaknya depa ni..

nyanyi sorang2 lah ko awie..tulah ko sombong..ko pandang dorang ni sebelah mata je.kan dorang dah majuk..hahahahaha
Quote dubuk 9-10-2025 11:38 AM
bawa masuk Eddie Hamid
Quote me12345 9-10-2025 12:02 PM
Lorrr nape ..berpecah pulak dah
Quote scrocth 9-10-2025 12:10 PM
Bgabung dgn joe dan mus/mael buat konsert wings circa lena diulit intan & biru mata hitamku pun ok. Tok sawie ni mmg macam2 la.
Quote hotmak 9-10-2025 12:20 PM
kucingitam replied at 9-10-2025 10:27 AM
mana nak beli tiket? apsal takde dgr2 nak buat konsert? KRu pun senyap2 je nak buat konsert bulan de ...

follow ig sayap sayap wing, apa2 aktiviti konsert show semua admin dia share
Quote epalgebuu 9-10-2025 12:26 PM
kucingitam replied at 9-10-2025 10:27 AM
mana nak beli tiket? apsal takde dgr2 nak buat konsert? KRu pun senyap2 je nak buat konsert bulan de ...

yeke sbb you tak follow kot. banyak je keluar iklan kru buat konsert finale.
Quote epalgebuu 9-10-2025 12:27 PM
rasa mcm tiket dah sold out juga kan. seb baik xbeli haha
Quote kucingitam 9-10-2025 12:33 PM
epalgebuu replied at 9-10-2025 12:26 PM
yeke sbb you tak follow kot. banyak je keluar iklan kru buat konsert finale.

oo mmg takde hebah kat tv eh.. kitonyo mmg tak follow.. ig pun tah 2-3 bulan sekali baru buka.
Quote hyie 9-10-2025 12:46 PM
iols baca satu komen karatz wings kat fb, katanya sawie macam bertegas nak bawak masuk eddie ke edrie entah namanya, dan lagi sorang, pastu yang lelain macam tak setuju. Pastu geng2 yang keluar sebelum ni buat group nama Barbaric dan lagi meletop daripada wings katanya. Sori i tak folo diorang so tak faham pon, ni taip balik je
Quote dua_chzy 9-10-2025 03:21 PM
kucingitam: mana nak beli tiket? apsal tak ...


KRU tak senyap. Meka uar2kan di socmed terutama Insta. Wings pun uar2 di sana. Tapi Wings selow sikit publisiti.
Quote alesandra 12-10-2025 10:26 AM
org menganjing je...





Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2025 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.085809 second(s), 46 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top