|
PERSONALITI media sosial Kasih Iris Leona sekali mencuri perhatian netizen apabila tampil berani menari bersama sekumpulan krew kabin AirAsia di konsert Hausboom Music yang berlangsung meriah pada malam Sabtu. Festival itu diadakan di MAEPS, Serdang, Selangor dan menghimpunkan pelbagai artis serta penghibur tanah air dalam satu konsert berskala besar yang berjaya menarik ribuan pengunjung. Leona, 23, kelihatan lincah menarikan lagu Kopi Dangdut sambil mengenakan busana serba merah yang menyerlahkan auranya di atas pentas. Bukan sekadar menghiburkan penonton, Leona turut berseloroh mengenai bakat baharunya itu yang seakan memberi bayangan ingin menceburi dunia seni sebagai penari dangdut. "Tiba masanya saya mulakan karier baharu sebagai dangdut superstar," katanya. Leona berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di TikTok miliknya pada Ahad.
Aksi spontan namun bertenaga itu nyata menghiburkan ramai, malah, rata-rata netizen tampil memberikan reaksi positif terhadap penampilan Leona yang disifatkan sebagai berani dan penuh keyakinan. Menjengah ke ruangan komen, ramai memuji keberaniannya mencuba perkara baharu selain mengagumi sikap Leona yang tidak mudah terkesan dengan kritikan. "Comelnya Leona, semua benda dia boleh buat. Sekarang dah tunjuk bakat menari pula. "Mek dangdut... Menari pun hebat Leona ni. Saya sahaja ke rasa dia buat apa-apa pun tak rasa nak kecam? "Leona ni seorang yang jiwa kental, dia tak kisah segala kritikan netizen. Dia ada dalam dunia dia sendiri," tulis netizen. Sekadar info, video Leona menari dangdut yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya hampir mencecah 100,000 tontonan dalam tempoh kurang daripada dua jam. Sumber : mStar |
dua_chzy replied at 13-10-2025 11:02 AM
Auntie2 ok ke if anak gelek2 atas pentas pakai gitu? Meols tak ok.

dua_chzy replied at 13-10-2025 11:02 AM
Auntie2 ok ke if anak gelek2 atas pentas pakai gitu? Meols tak ok.

dua_chzy replied at 13-10-2025 11:02 AM
Auntie2 ok ke if anak gelek2 atas pentas pakai gitu? Meols tak ok.
Incanto replied at 13-10-2025 03:07 AM
meols tak okay kalau auntie auntie bergelek camtu atas pentas ....tak kisah pakai apa
doubleA replied at 13-10-2025 03:34 AM
Iols pun tak ok. Kalau ni definisi berani bagi sesetengah orang pun not for me
ADVERTISEMENT