CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Tak mahu pandang belakang, apa berlaku biarlah berlalu’ - Aliff Aziz

31-10-2025 08:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1695| Komen: 24

 


Bukan menghilang selepas terpalit kontroversi, penyanyi Aliff Aziz sebaliknya memilih menjalani hidup tenang dan pandang ke depan.

Aliff atau nama sebenarnya Mohammad Aliff Aziz, 34, berkata, dia percaya dengan rezeki kurniaan Ilahi, sekali gus yakin jalan masih terbentang luas untuknya.


“Saya tidak menghilangkan diri, cuma sekarang saya lebih percaya pada rezeki dan apa yang Allah dah susun untuk saya. Apa yang sudah berlaku dan akan berlaku.

“Daripada terlalu stres memikirkan masa depan atau rezeki ada di mana, lebih baik saya teruskan hidup dengan tenang.

“Paling penting, setiap hari kita melangkah ke depan, ‘one foot forward’, insya-Allah,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran Havoc Trio Festival 2025 di World Trade Centre (WTC), hari ini.

Tambah selebriti asal Singapura itu, selepas berdepan pelbagai kontroversi, dia meluangkan masa bersama keluarga dan banyak muhasabah diri.

“Saya banyak luangkan masa dengan famili, refleksi diri dan fikir tentang kehidupan. Tapi saya tak mahu ulas panjang fasal perkara lepas.

“Fokus saya sekarang adalah untuk maju ke depan. Kita dah hampir masuk 2026, insya-Allah. Saya lebih tumpukan pada langkah yang sedang dirancang dan apa yang saya nak capai tahun depan,” ujarnya.

Kata juara GegarVaganza musim ke-9 (GV9) itu lagi, dia enggan lagi menoleh ke belakang, selain ingin menjadikan setiap hari sebagai peluang baharu dalam memperbaiki diri serta karier.

“Saya tak nak pandang ke belakang. Bagi saya itu tak sihat dan tak perlu pun nak ulang-ulang kenangan lama. Apa yang dah berlaku, biarlah berlalu,” katanya.

Menurut Aliff lagi, meski tidak kerap muncul di televisyen, dia masih aktif menerima tawaran persembahan dan nyanyian termasuk di majlis korporat.

“Saya ulang-alik antara Malaysia dan Singapura. Alhamdulillah, setakat ini masih ada tawaran menyanyi di acara korporat, majlis perkahwinan dan sebagainya.

Ditanya pula hubungan dengan dua anaknya, lelaki berstatus bapa tunggal itu lebih selesa tidak mengulas perkara yang dianggap terlalu peribadi.

Begitu juga dengan pertanyaan mengenai bekas isterinya, Bella Astillah kerana bimbang sebarang maklum balas disalah tafsir sehingga mencetuskan isu.

“Saya doakan yang baik-baik untuk semua orang. Semoga yang baik-baik juga berbalik kepada diri kita. Macam saya cakap, untuk berkata lebih soal peribadi mungkin tidak,” ujarnya.

Terdahulu, Aliff pernah mendirikan rumah tangga dengan Bella Astillah pada 9 September 2016 dan berpisah pada 13 Jun 2024.

Mereka pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula ketika masih dalam tempoh idah.

Hasil perkongsian hidup, pasangan terbabit dikurniakan dua cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Mengenai pembabitan di Havoc Trio Festival 2025, penyanyi juga pelakon terbabit akan turut serta dalam festival yang akan berlangsung di WTC Kuala Lumpur pada 4 hingga 7 Disember 2025.  

Sumber:– KOSMO! ONLINE 
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lightheaded67 31-10-2025 09:55 AM
Edited by lightheaded67 at 1-11-2025 08:52 AM

ok la tu
(acik ckp cenggini sbb bini dia dh lepas dek, kalau dia tak lepas kasi smua org hidop aman aman, pasti acik hamun dek)
Quote PULANGKAN 31-10-2025 10:14 AM
tanak, hmph
Quote JiEunTak 31-10-2025 10:31 AM
woiiii alipppp amik berat sama pasai anak2 hang!
Quote BungaKencana 31-10-2025 10:37 AM
1631044312301.jpeg


iras tak? takde motip sje panaskan keadaan..

Quote OyenLemas 31-10-2025 03:09 PM
“nampak bijak tak saya jawab kalini?”
Quote ashilalat 31-10-2025 03:16 PM
Kenapa dah gemok? Dah x hensem dah. Kurus dlu hensem
Quote Mastermind97 31-10-2025 04:54 PM
Alip najis who?
Quote boudinniA 31-10-2025 06:00 PM
BungaKencana replied at 31-10-2025 10:37 AM
iras tak? takde motip sje panaskan keadaan..

Siapa arzmy ni?
Quote L.U.S.M 31-10-2025 07:37 PM
Gempal2 gini dh ghupe adik aku plk.. haha
Quote sharlenetexas 31-10-2025 08:20 PM
boudinniA replied at 31-10-2025 06:00 PM
Siapa arzmy ni?

Omputih


Quote hyie 31-10-2025 08:55 PM
BungaKencana replied at 31-10-2025 10:37 AM
iras tak? takde motip sje panaskan keadaan..

si amy ni dah berpunai atau masih berkaripap iya?
Quote DARSITA 1-11-2025 12:45 AM

Kaki celup ~ ewwww!
Quote MisXoXo 1-11-2025 08:14 AM
Malas nk ulas sbb bass kuat pengaruh.jd diam2 aja udoh aliff.
Quote SalinaSiraj 1-11-2025 08:28 AM
Semuga Aliff terus maju jaya
Quote brunesss 1-11-2025 09:08 AM
dah tak ada job punya coverline. hahahahahahahahaha loser
Quote zuriey 1-11-2025 09:08 AM
Tunggu acik porem terpaling kwn retis masuk komen
Nnti dia cuci la segala najis ko
Quote ashilalat 1-11-2025 09:29 AM
BungaKencana replied at 31-10-2025 10:37 AM
iras tak? takde motip sje panaskan keadaan..

Lah...aku baru perasan. Gambar ko post ni amy af3 kan? Yg kata dah bertukar jd lelaki kan? Aku mula2 ingat jantan mana lah tadi. Ada iras pulak bila alip dah gemok. Time alip kurus hensem. Hahahha.
Quote sukacactus 1-11-2025 10:39 AM
sharlenetexas replied at 31-10-2025 08:20 PM
Omputih

Omputih apa, bkn ni amy pengkid/trans af3 ke
Quote mrsLucky 1-11-2025 10:58 AM
Muka Aliff dah cubby...
Actually dia ni multi talented, handsome dan tinggi pula...sayang banyak kali buat hal...

https://www.straitstimes.com/singapore/courts-crime/actor-singer-aliff-aziz-sentenced-to-two-weeks-jail-and-fine-for-theft-and

Apa pon I hope ada yang ambil dia jadi model dan teruskan jadi penyanyi...sayang bakat tu...

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2025 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.047328 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top