|
PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik perhatian ramai apabila berkongsi video persembahan artis popular Korea Selatan, G-Dragon di TikTok beliau, malam tadi. Menerusi perkongsian hantaran itu, Anwar berkata ramai peminat K-Pop di Malaysia memintanya berkongsi persembahan bintang ternama tersebut yang dipercayai berlangsung sempena Majlis Malam Malam Gala APEC 2025 (APEC). “Ramai peminat K-Pop di Malaysia minta saya kongsikan persembahan G-Dragon malam ini. Jadi, saya kongsi sedikit detik persembahan beliau supaya tak menghampakan para peminat,” ujarnya. Hantaran tersebut turut menggunakan tanda pagar #APEC2025 dan #KpopForever, sekali gus menunjukkan keterlibatan Malaysia dalam acara bertaraf antarabangsa dengan kehadiran ikon global seperti G-Dragon. Terdahulu, Kosmo! melaporkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke APEC di Republik Korea untuk memperkukuh dua hala yang konstruktif serta kerjasama ekonomi global.
Perkongsian tersebut pantas meraih perhatian peminat yang teruja melihat pemimpin negara turut meraikan budaya pop Korea, selain memperlihatkan sisi santai beliau sebagai seorang pemimpin. “Terima kasih PMX. Kalau boleh nak minta tolong PMX untuk beri keutamaan kepada peminat tempatan sekiranya G-Dragon buat konsert di sini,” komen @Deeyana. “Macam ayah-ayah kita cuba melayan nak tunaikan permintaan anak,” komen @Gwentea5. “Terima kasih PMX! Tolong bisik dekat G-Dragon, BIGBANG 2026 in Kuala Lumpur dan proses pembelian tiket kena pakai kad pengenalan,” komen @Nananotour. Sumber:– KOSMO! ONLINE |
batmana replied at 1-11-2025 12:22 PM
ngade2 peminat ni
cam PM xde keje lain
alesandra replied at 1-11-2025 01:09 PM
aku pun x kenal sapa G dragon neh dgn suara sengau tak sedap.tapi masalahnya bukan pmx sorang yg ...
hayrin86 replied at 2-11-2025 09:02 AM
Kan. Kalau penyanyi kita kita tahu la cuma lagu zaman sekarang termasuk Kpop dah tak padu lagi mel ...
cmf_almondpecan replied at 2-11-2025 01:34 PM
Terasa ketinggalan sebab tak pernah dengar nama G-Dragon sebelum kecoh PMX rekod ni.
balance la dgn anak2 muda mat rempit PN 
cmf_almondpecan replied at 2-11-2025 05:34 AM
Terasa ketinggalan sebab tak pernah dengar nama G-Dragon sebelum kecoh PMX rekod ni.
ADVERTISEMENT