CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

4 selebriti jelita semakin menyala selepas cerai

1-11-2025 12:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1796| Komen: 40



BERCERAI bukan noktah kebahagiaan, kadangkala itulah permulaan baharu yang membuka pintu rezeki, memperindah jiwa dan menyingkap sinar sebenar dalam diri seorang wanita.

Dunia glamor sering menyaksikan bagaimana air mata di sebalik senyuman akhirnya menukar duka menjadi cahaya. Kini, perceraian bukan lagi stigma sebaliknya diterjemah sebagai bentuk keberanian wanita untuk berdiri teguh, memilih diri sendiri daripada terus terperangkap dalam kesedihan.

Sama ada pelakon mahupun penyanyi, ramai selebriti Malaysia kini tampil lebih yakin dan berseri selepas menoktahkan ikatan rumah tangga.

Jika diperhatikan di kamar mahkamah syariah, barisan selebriti yang hadir memfailkan perceraian kebanyakannya wanita, menggambarkan betapa ramai golongan isteri memilih jalan reda berbanding derita.

Gala minggu ini menampilkan empat selebriti wanita yang meskipun mengakhiri perkahwinan dengan perceraian, sinar bahagianya tidak padam.




Nora Danish

Nora Danish membuktikan, apabila Allah memanggil hati untuk berubah, tiada apa mampu menghalang. Selepas bercerai dengan Nedim Nazri pada 19 Jun lalu, pemilik nama sebenar Nora Mohd. Danish Hanif itu memilih untuk berhijab dan mendekatkan diri kepada Pencipta.
Perubahannya mendapat pujian ramai, penampilannya kini lebih sopan, namun tetap menawan.

Nora menemui ketenangan selepas badai rumah tangga dan fokusnya kini lebih kepada keluarga kecil dan amal kebajikan. Tidak sekadar tawaran lakonan, Nora semakin laris disambar jenama produk sebagai duta atau wajah kempen promosi. Di tengah perjalanan rohani dan kelangsungan hidup, desas-desus cinta baharu turut bertiup. Nama Mickey Ayo, seorang perunding kewangan, dikaitkan dengannya.

Meskipun belum mengesahkan hubungan tersebut, kemesraan mereka cukup membuat peminat tersenyum gembira melihat kebahagiaan yang kembali bertandang. Penampilannya menjadi bukti ketabahan wanita yang berdamai dengan masa lalu dan sedang menulis bab baharu.



Ziana Zain

Penyanyi bersuara lantang ini pernah menyulam bahagia selama dua dekad, namun akhirnya takdir menentukan haluan berbeza.

Pemilik nama sebenar Siti Roziana Zain itu memilih untuk reda dengan ujian rumah tangga yang berakhir pada Julai 2018. Kini, pelantun lagu Berpisah Jua itu fokus kepada kerjaya dan membesarkan empat anak kesayangan.

Dia wanita cekal yang memaafkan masa lalu dan memilih untuk terus maju tanpa menoleh ke belakang.
Kendatipun terduduk dek badai rumah tangga, sinar figura 56 tahun itu terus bersinar dengan aktiviti seni yang tidak surut. Terbaharu Ziana baru selesai konsert Empat Live in KL.



Bella Astillah

Nama Bella Astillah kini sinonim dengan kebangkitan selepas kekecewaan.

Bercerai pada 13 Jun tahun lalu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga, pemilik nama sebenar Dayang Ara Nabellah Awang Astillah itu tidak menoleh ke belakang.

Pahit kelat terpaksa ditelan untuk melalui episod gelap tersebut nyata membuahkan hasil apabila sinar karier wanita berusia 31 tahun itu kian terang.

Tawaran lakonan datang tanpa henti, wajahnya menghiasi pelbagai kempen fesyen dan kecantikan, malah menjadi duta beberapa produk utama seolah-olah fasa baharu ini benar-benar menjadi miliknya.

Menambah sensasi, hubungan mesranya dengan figura politik muda, Syed Saddiq, sering mencuri perhatian. Biar belum ada pengesahan cinta, ramai menganggap janda dua anak itu kini sedang menikmati fasa hidup yang penuh warna dan matang tanpa lagi dibayangi masa silam.

 

Fazura

Setelah bertahun mencipta kisah cinta bak drama romantik, Fazura akhirnya memilih untuk menamatkan rumah tangga dengan Fattah Amin pada 7 Oktober tahun lalu. Lafaz talak dibuat di hadapan hakim syarie, menandakan penutup kepada bab yang pernah disulam dengan cinta dan doa.

Fazura mengakui lebih bahagia dan kini terus fokus kepada bisnes fesyen dan kecantikan yang kian berkembang. Penampilannya tetap elegan, setiap kemunculan bagaikan magnet fesyen yang menjadi rujukan pemuja bakatnya.

Sumber:– KOSMO! ONLINE 
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mrsLucky 1-11-2025 12:35 PM
Yang paling mendunia pas bercerai...Bella....
Nak kata rupawan dan berbakat tak juga...mungkin ramai yang kasihan...

Entah bila sendu balik...dah letih tengok fyp Bass....

mungkin vitamin yang disuap pada public tipu2 untuk marketing jer kot...

SS serius ker dengan dia or maybe both use each other untuk fame dan money...
Quote alesandra 1-11-2025 01:17 PM
apa yg menyala fake tu?sendu je....
Quote supernaturalee 1-11-2025 01:32 PM
Kendatipun terduduk dek badai rumah tangga, sinar figura 56 tahun itu terus bersinar dengan aktiviti seni yang tidak surut. Terbaharu Ziana baru selesai konsert Empat Live in KL.


57 lah sissy

Quote dua_chzy 1-11-2025 01:35 PM
Edited by dua_chzy at 1-11-2025 05:36 AM
mrsLucky replied at 1-11-2025 04:35 AM
Yang paling mendunia pas bercerai...Bella....
Nak kata rupawan dan berbakat tak juga...mungkin ramai ...


Betul. As much as I hate to admit it, sheol terpaling menyala2 banding yang lain. Sheol shared the same stage with Tun Siti Hasmah kot buat persembahan. Dapat ikon ibu ntah hapo tu lagi. Demit meols jeles.
Quote AWEKSAMURAI 1-11-2025 02:41 PM
Bella ketegori JELITA?? Sakit otak ke? Acik forum. Dlm ni jauh lagi jelita dari si kemek tu.


Dgn katik.. punggung xde.
Nenen xde .. jalan bersepah ngen kang... Pengotor hahahha jelita jadahnya.
Quote AWEKSAMURAI 1-11-2025 02:48 PM
dua_chzy replied at 1-11-2025 01:35 PM
Betul. As much as I hate to admit it, sheol terpaling menyala2 banding yang lain. Sheol shared the ...

1- perform dgn Tun Hasmah .. dorang yg mintak utk perform atas kapasiti NGO n kemek dh bayar duit beli Table.. sesapa saja yg spend duit beli table dlm program NGO .. akan boleh special requests... Kemek beli table 10k so itu program Ngo. malam amal sume NGO2. xde yg nk d bangga kan pon tiap tahun ada peogram tu. Tahun lepas kat Bangi .. pelawak MAT SABAH dapat highlight sbb dia perform secara percuma n tolong jual tiket kutipan tu bg kat NGO.

2- dapat gelaran IkOn ibu tunggal tu sbb Nancy tu pun org Borneo . Apa yg special nya dia dapat gelaran Ikon tu ? Org Borneo ni kan mmg depa support org depa gila2 itu yg kemek tu buat....

Ramai lagi artis yg boleh d angkat n lebih baik kerekter .. pencapaian. Tp nk buat cmne kerajaan skrg lebih utama kan org yg ada kontroversi
Quote apedehal 1-11-2025 02:53 PM
Bella la plg who aa yus sekali...sbb cerai dgn aliff boleh la menyala nyali
Quote Missjass 1-11-2025 03:27 PM
apedehal replied at 1-11-2025 02:53 PM
Bella la plg who aa yus sekali...sbb cerai dgn aliff boleh la menyala nyali

yang 3 lagi tu memang popular pun, bella tu kenal pun sbb ex aliff aziz kalau tak buat cerita sedih tkde nye orang minat dia pastu sekarang duk ngekor SS demi content
Quote LauraRichis 1-11-2025 04:41 PM
alesandra replied at 1-11-2025 01:17 PM
apa yg menyala fake tu?sendu je....


ko lek jek kot.. mcm awal sgt hamak jugak nak idolat ko dpt title mcm retis2 ni.. bawak bersabar k
Quote dua_chzy 1-11-2025 04:46 PM
AWEKSAMURAI replied at 1-11-2025 06:48 AM
1- perform dgn Tun Hasmah .. dorang yg mintak utk perform atas kapasiti NGO n kemek dh bayar duit  ...

Tapi bukan suma worang dapat gesel2 comolot dengan Tun Hasmah performed sesama on stage. Rezeki dia la.
Quote sukanyanyi 1-11-2025 04:50 PM
apedehal replied at 1-11-2025 02:53 PM
Bella la plg who aa yus sekali...sbb cerai dgn aliff boleh la menyala nyali

Meols pon tgh fikir mcmni bila scroll list tu. Nora, zz n faz dh mmg popular sblm kawin lg kot.. bella tu memaaaang who r yus sangaaaat b4 kawin. Haizzz..
Quote sukanyanyi 1-11-2025 04:52 PM
Missjass replied at 1-11-2025 03:27 PM
yang 3 lagi tu memang popular pun, bella tu kenal pun sbb ex aliff aziz kalau tak buat cerita sedi ...

Tulah. Tp bace tajuk dia ckp menyala lepas serai. So..yeah..boleh la dia masuk list tu sbb mmg menyala ONLY selepas serai. Sighhh
Quote putericahaya999 1-11-2025 05:23 PM
Mana emma maembong
Quote sukacactus 1-11-2025 05:35 PM
Yg no 3 tu paling aku heran dikaitkan dgn perkataan jelita
Quote burberry99 1-11-2025 05:42 PM

tak cukup menyala kot sis
Quote brainbiru 1-11-2025 05:42 PM
mrsLucky replied at 1-11-2025 12:35 PM
Yang paling mendunia pas bercerai...Bella....
Nak kata rupawan dan berbakat tak juga...mungkin ramai ...

Mau x serious... Screenshot_20251101_174035_Facebook.jpg
Quote brainbiru 1-11-2025 05:44 PM
sukanyanyi replied at 1-11-2025 04:50 PM
Meols pon tgh fikir mcmni bila scroll list tu. Nora, zz n faz dh mmg popular sblm kawin lg kot.. b ...

Bella Sebelum kawin: 114915l5df5f98ti5pxwat.jpg
Quote shalalat 1-11-2025 05:47 PM
mrsLucky replied at 1-11-2025 12:35 PM
Yang paling mendunia pas bercerai...Bella....
Nak kata rupawan dan berbakat tak juga...mungkin ramai ...

Bella ni ada produk seni ke lepas cerai? Rasanya income dia mostly jd duta sana sini dgn ss. tp dia pon pandai, tak kaut produk timbang kilo or pmw. Sale 11.11 copi muka dia dgn terlajak laris
Quote brainbiru 1-11-2025 05:51 PM
AWEKSAMURAI replied at 1-11-2025 02:41 PM
Bella ketegori JELITA?? Sakit otak ke? Acik forum. Dlm ni jauh lagi jelita dari si kemek tu.



Takpe lah.. janji ada kuku palsu.. rambut palsu... boleh la naik kan sikit kualiti appearance...
Pagi2 buta nak kejar ss berlari/training pun berkuku palsu..berambut palsu...tambah sikit filter.. jelitalah sikit..asal filter beri kerjasama... mua aus dah lari.. terpaksa la cari mua baru.. 20251007_004956.jpg

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2025 11:46 AM GMT+8 , Processed in 0.092617 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top