CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PAS tak umum calon PM kerana belum cukup kuat nak bentuk kerajaan sendiri - Tun M

3-11-2025 08:05 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 790| Komen: 4

 


PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa PAS memilih untuk tidak menamakan calon perdana menteri mewakili parti itu kerana sedar statusnya yang belum mempunyai sokongan mencukupi untuk membentuk kerajaan secara bersendirian.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, PAS sedar mereka tidak mampu untuk memenangi kerusi yang cukup untuk menguasai Putrajaya tanpa sokongan lebih meluas, terutama di luar kawasan tradisi mereka di Pantai Timur.

Bercakap kepada FMT, Mahathir berkata tindakan menamakan calon perdana menteri terlalu awal boleh menyebabkan PAS sukar untuk meraih sokongan lebih besar daripada pengundi dari negeri-negeri lain.

"PAS tahu mereka tidak boleh jadi perdana menteri hanya dengan kekuatan sendiri. Mereka perlukan sokongan parti lain di seluruh negara.

"Jumlah kerusi yang mereka ada tidak cukup untuk membentuk Kerajaan Persekutuan. Jadi mereka perlu bergabung dengan parti lain. Sebab itulah mereka tidak menamakan calon perdana menteri.


"Mereka boleh terima jika ada beberapa nama dipertimbangkan dan terbuka memilih mana-mana yang paling sesuai.

"Tapi mereka lebih berhati-hati untuk umumkan awal kerana bimbang itu akan menyukarkan mereka mendapat sokongan sepenuhnya," katanya.

PAS ketika ini mempunyai 43 kerusi di Dewan Rakyat, menjadikannya parti dengan kerusi terbanyak mengatasi DAP, PKR dan juga rakan gabungannya dalam Perikatan Nasional (PN) iaitu BERSATU.

Sebelum ini BERSATU menamakan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri sekiranya berjaya mengambil alih Putrajaya.

Bagaimanapun Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata parti itu belum memutuskan calon untuk jawatan terbabit dan perkara berkenaan juga belum dibincangkan di peringkat PAS mahupun PN.

Presiden PAS, Tan Sri Hadi Awang juga menegaskan parti itu mahu memberi tumpuan kepada kemenangan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) terlebih dahulu, sebelum memikirkan calon perdana menteri.

Bagaimanapun beliau menegaskan PAS mempunyai ramai tokoh yang berkelayakan untuk memegang jawatan itu, namun tidak mahu menunjolkan diri kerana menganggap tugas itu sangat berat.

Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pula mengingatkan BERSATU bahawa keputusan mengenai calon perdana menteri harus mendapat persetujuan semua parti dalam gabungan PN.

Sumber: BH
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Suchi 3-11-2025 08:39 AM
Benarlah tiada yang kekal abadi dalam politik, kawan tidak selamanya, musuh tidak selamanya

Btw siapa dalam pas tu yang bebetul bekemampuan yaaa
Kalau ada yang berpendidikan tinggi pun pengalaman dia belum meluas.
Setakat ni bertukar laa parti mana jadi gomen tetap laa juga yang jadi PM tu asal dr UMNO
Jujurnya pemimpin ni takleh terlalu extrim beragama dan takleh juga terlalu urbanistaaa liberalina
Parti yang sederhana dalam semua tu selama ni Umno tu pasal lama leh pegang tampuk pemerintahan.

Quote theotherfriend 3-11-2025 10:54 PM
PAS jadi pembangkang pun gagal. Cakap bising, fakta out
Quote manopp 5-11-2025 09:15 PM
Ye ke tak kuat?

Kuat mengkafirkan orang, kuat tabur pitenah, kuat menagih duit kerajaan pusat, kuat tebok tin milo, kuat jaga konsert, kuat jaga aurat pramugari, kuat nak jadi taliban of  south east asia...etc

Kah kah kah
Quote kemaruk 6-11-2025 07:10 AM
Pas memang dari dulu kuat sembang

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2025 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.031770 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top