CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penggunaan ‘Muslim Choice’ mengelirukan, tidak sah – Jakim

3-11-2025 08:40 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2665| Komen: 40|Original author: FOTHER-MUCKER





PETALING JAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan penggunaan istilah ‘Muslim Choice’ yang diperkenalkan Pasukan Pemantau Mesra Muslim (Muslim-Friendly Watch – MFW), bukanlah suatu perakuan atau penandaan halal yang diiktiraf oleh pihak berkuasa,
Ketua Pengarahnya, Datuk Sirajuddin Suhaimee berkata, pengguna istillah itu juga boleh mengelirukan masyarakat berhubung status halal sesuatu produk atau premis.

Jelas beliau, berdasarkan peruntukan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, hanya Jakim dan Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri (MAIN/JAIN) diberi kuasa untuk mengeluarkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) serta memberi kebenaran penggunaan logo Halal Malaysia kepada mana-mana pihak yang diperakukan.


Sebarang penggunaan logo, simbol, istilah, kenyataan, atau ungkapan yang
membawa maksud halal dan boleh dimakan oleh orang Islam, yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak selain Jakim atau MAIN/JAIN, adalah tidak sah.

“Ia juga menyalahi peraturan dan boleh menjejaskan integriti sistem pensijilan halal negara serta mengelirukan pengguna Muslim,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Justeru, Sirajuddin mengingatkan semua pihak supaya tidak menggunakan atau mempamerkan sebarang bentuk logo, simbol, istilah, kenyataan, atau ungkapan yang boleh memberi tanggapan halal tanpa pengesahan daripada Jakim atau MAIN/JAIN.

Terdahulu katanya, Jakim telah mengadakan pertemuan dengan MFW pada 23 Ogos 2024 dan telah memaklumkan bahawa pengiktirafan ‘Muslim Choice’ yang dijalankan oleh pertubuhan ini boleh mendatangkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat pengguna serta memohon supaya aktiviti tersebut dihentikan.

Walau bagaimanapun, berdasarkan aduan daripada pihak berkuasa agama negeri, pihak MFW dikesan masih meneruskan aktiviti tersebut.-KOSMO! ONLINE

Sumber : Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 3-11-2025 07:05 AM
Kalau guna istilah 'buatan muslim' mengelirukan juga tak? e.g. Karipap frozen buatan Islam tapi guna tepung buatan Buddha.

btw 'muslim choice' tu tak salah grammar ka... kang ada yg tanya what is problem.
Quote Samerosie 3-11-2025 07:33 AM
Decaffeinated replied at 3-11-2025 07:05 AM
Kalau guna istilah 'buatan muslim' mengelirukan juga tak? e.g. Karipap frozen buatan Islam tapi guna ...

Buddha bangkit dr debu mcm phoenix ke nak buat kan tepung tu? Hehe

Kalau grammar pun cam ifa tu tak silao lagi lah yg buat logo pun melayu yg pass for print kan pun melayu.
Quote Samerosie 3-11-2025 07:38 AM
Btw, awat melayu kat malaysia ni mcm takut dgn bayang2 sendiri.  Duduk negeri yg majoriti muslim, ada jabatan agama negeri, ada pengeluar sijil halal tp masih nak kena buat muslim watch?  Dah kenapa korang?  Korang tak percaya kan authorities atau diri korang sendiri? Terpaling halal dr ereb.
Quote axl_bach 3-11-2025 08:32 AM
Samerosie replied at 3-11-2025 07:38 AM
Btw, awat melayu kat malaysia ni mcm takut dgn bayang2 sendiri.  Duduk negeri yg majoriti muslim, ad ...

Bkn masalah melayu tp masalah pengusaha nk shortcut, xnk comply dgn JAKIM
Quote dagusengett 3-11-2025 08:36 AM
I akan tanya sendiri ingredients apa yg pakai
Was was tak beli la
I bukan terjah page org tanya halal ke tak Lol
Quote Samerosie 3-11-2025 08:38 AM
axl_bach replied at 3-11-2025 08:32 AM
Bkn masalah melayu tp masalah pengusaha nk shortcut, xnk comply dgn JAKIM

So derang ke yg set up ngo ni?
Quote Samerosie 3-11-2025 08:39 AM
dagusengett replied at 3-11-2025 08:36 AM
I akan tanya sendiri ingredients apa yg pakai
Was was tak beli la
I bukan terjah page org tanya hala ...

Same.  
Quote axl_bach 3-11-2025 08:46 AM
Samerosie replied at 3-11-2025 08:38 AM
So derang ke yg set up ngo ni?

Setakat kini aku x jumpa sapa yg set up.....
Quote axl_bach 3-11-2025 08:46 AM
dagusengett replied at 3-11-2025 08:36 AM
I akan tanya sendiri ingredients apa yg pakai
Was was tak beli la
I bukan terjah page org tanya hala ...

X perlu terjah page org.... Cukup check di website JAKIM
Quote Samerosie 3-11-2025 08:48 AM
Edited by Samerosie at 3-11-2025 08:51 AM
axl_bach replied at 3-11-2025 08:46 AM
Setakat kini aku x jumpa sapa yg set up.....


Tengok kat website tel code 07 johor hehe

Ada news article bulanay tahun ni pasal HDC collaborating dgn MFW ni. Dlm artikel ada sebut MFW president Noorman Kamsani.
Quote kotakbaju 3-11-2025 08:51 AM
Sorry nak ot jap.

Sedara meols ada kasi coklat whittakers almond gold tu. Meols tak penah makan coklat ni. Belek labelling takde logo halal pun. Cek kat website dia kata company diorg ada apply halal utk coklat ni. Soklannya, ada pengesahan halal ke coklat ni?
Quote Samerosie 3-11-2025 08:55 AM
kotakbaju replied at 3-11-2025 08:51 AM
Sorry nak ot jap.

Sedara meols ada kasi coklat whittakers almond gold tu. Meols tak penah makan cok ...


Whittaker ni masa iols duduk australia mmg melambak sbb dia product nz and ada halal cert.  Tak sure yg kat malaysia ni manufactured kat mana. Tp kalau dah rum and raisin ke apa baca la ingredients for sure la x halal kan sbb dah ada rum. Tp rasa tak de kat mesia kut kalau yg rum and raisin..

Cuma x minat choc whittaker ni keras.
Quote axl_bach 3-11-2025 09:13 AM
kotakbaju replied at 3-11-2025 08:51 AM
Sorry nak ot jap.

Sedara meols ada kasi coklat whittakers almond gold tu. Meols tak penah makan cok ...

Yg aku jumpa Whittakers ni product NZ, bukan produced locally kan.... Yg dari NZ kalau ada Halal certified by FIANZ mmg bleh mkn sbb FIANZ ni recognised by JAKIM standard dia....
Quote AnBulisia 3-11-2025 09:20 AM
Dah ada badan berautoriti mengenal halal iaitu JAKIM. Dan perkara ini melibatkan hal ehwal orang islam. Apa perlu MFW ini yang majoriti di dalam nya bukan islam. Mengapa mereka pula sibuk nak menentukan hal hal berkaitan halal yang sepatutnya diuruskan oleh orang islam.
Quote shernazz 3-11-2025 09:47 AM
Teringat dedolu ada IFRC, logo halal swasta...
Masa tu berlumba2 kedai2 cina letak termasuk area opis iols dolu..
Pastu senyap ...takde dah pasang logo halal swasta ni...
Quote kotakbaju 3-11-2025 10:03 AM
Samerosie replied at 3-11-2025 08:55 AM
Whittaker ni masa iols duduk australia mmg melambak sbb dia product nz and ada halal cert.  Tak su ...

Oo, ada cert halal dri australia ye. Meols dh tengok ramuan dia memang takde rum raisin tu. Ok tq info. Boleh makan tanpa was2
Quote kotakbaju 3-11-2025 10:05 AM
axl_bach replied at 3-11-2025 09:13 AM
Yg aku jumpa Whittakers ni product NZ, bukan produced locally kan.... Yg dari NZ kalau ada Halal c ...

Ya ini coklat import dari NZ. Ok thanks info. Meols jarang2 makan coklat apatah lagi coklat import. Ini sebab sedara kasi buah tangan kita pun terima saja.
Quote axl_bach 3-11-2025 10:38 AM
kotakbaju replied at 3-11-2025 10:05 AM
Ya ini coklat import dari NZ. Ok thanks info. Meols jarang2 makan coklat apatah lagi coklat import ...

Kalau halal by FIANZ insyaallah diyakini halal... Recognised by JAKIM.....
Quote zafira 3-11-2025 10:43 AM
kotakbaju replied at 3-11-2025 08:51 AM
Sorry nak ot jap.

Sedara meols ada kasi coklat whittakers almond gold tu. Meols tak penah makan cok ...

so far whittakers ni memang ostolia ke NZ gitu & direct sana mari... rasanya xde manufacturer kat south east asia ni mcm msia, thailand, indonesia yg selalunya ada logo halal..

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2025 12:53 PM GMT+8 , Processed in 0.076547 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top