CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kejohanan WWC tidak dapat kelulusan KBS – Hannah Yeoh

3-11-2025 08:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1065| Komen: 12|Original author: FOTHER-MUCKER



  


PETALING JAYA – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memaklumkan bahawa kejohanan Warzone World Championship (WWC) tidak mendapat kelulusan.
Menterinya, Hannah Yeoh berkata, sebarang penganjuran sukan, khususnya yang melibatkan penyertaan antarabangsa, perlu mendapat kelulusan daripada Pesuruhjaya Sukan Malaysia selaras dengan Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576].

“KBS menasihatkan semua pihak agar mematuhi peraturan bagi menjamin integriti dan keselamatan sukan negara.

“Bagi sebarang penganjuran acara sukan antarabangsa yang tidak mendapatkan kelulusan PJS, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 36, Akta 576,”kongsinya di laman Facebook hari ini.


Terdahulu, kejohanan tersebut mengundang beberapa kontroversi ekoran gimik yang dikatakan agak keterlaluan dibuat oleh petarung Malaysia iaitu Yusuf Azmi dengan petarung Indonesia, Yunus Martin.

Difahamkan, kedua-dua petarung itu akan berentap pada (WWC) International Influencer Super Lightweight Champion yang dijadual berlangsung pada 6 dan 7 Disember depan.

Ekoran gimik tersebut, jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali tampil menegur Pengasas Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia itu.
Menurut Johan atau lebih dikenali sebagai Jojo, teguran itu bukan untuk menunjukkan sikap kurang ajar dengan orang lebih dewasa.

“Tapi kalau orang tua perangai macam budak sapa nak hormat. Jojo, family (keluarga) Jojo and ramai lagi orang orang dalam komuniti combat sports (sukan tempur) ada dalam bidang ni lama sebelum pakcik (Yusof Azmi) datang.

“Kita naikkan Muay Thai dari 0 (tiada apa-apa), pakcik datang bila dah hype (terkenal) pastu buat perangai bangang, sapa tak marah pakcik,”luah Jojo.-KOSMO! ONLINE



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 3-11-2025 07:18 AM
Walaupun aku tak tau hujung pangkal, nak setuju bab bangang tu. And I don't need any further info.
Quote Samerosie 3-11-2025 07:29 AM
Decaffeinated replied at 3-11-2025 07:18 AM
Walaupun aku tak tau hujung pangkal, nak setuju bab bangang tu. And I don't need any further info.

Dia ingat ni wwf buat gimick masa interview ke pc apatah lepas tu bergaduh. Yg perasan gengster malaya tu dia pergi serang and slapped opponent dia.  Bodoh otak corot gitu lah.  Dah la opponent dia indon x silap.
Quote Decaffeinated 3-11-2025 07:36 AM
Samerosie replied at 3-11-2025 07:29 AM
Dia ingat ni wwf buat gimick masa interview ke pc apatah lepas tu bergaduh. Yg perasan gengster ma ...


'... International Influencer Super Lightweight Champion...'

Kisahnya.... btw aku baca ayat ni ja cukup
Quote KamikuP 3-11-2025 09:22 AM
Bagus Jojo 19 tahun sekolahkan pakcik semboyan makan duit org nih.. ekekekeke
Quote ahhhhhhhh 3-11-2025 10:16 AM
Ya ampun.. Gini ke skrg usop.. Dulu mcm beserban kan?
Quote BungaKencana 3-11-2025 10:24 AM
kanda dinda anakanda usop patut lawan dgn abg koroy je..
Quote pooh~key 3-11-2025 10:27 AM
ahhhhhhhh replied at 3-11-2025 10:16 AM
Ya ampun.. Gini ke skrg usop.. Dulu mcm beserban kan?

Sekarang dah jadi ahli neraka tunjuk pusat untuk akak yang thirsty sissy.
Quote batmana 3-11-2025 10:34 AM
saje buat viral, nk jana side income ke cmne ni?

klu takat2 tahan acah nk gaduh, nmpk berlakon sgt
Quote honam 3-11-2025 10:39 AM
gang gang forex tak sponsor ka?
Quote kucingitam 3-11-2025 11:34 AM
cemana la boleh ada lagi yg sokong dia ni..buta ke? bodoh sangat ke pun...
Quote Purestteam1 3-11-2025 04:08 PM
bisnes baju dah slow.. kena buat produk baru la... hahah... tidak nnti kete kena tarik lagi
Quote Tinot7 3-11-2025 04:20 PM
Tatau pulak penyertaan antarabangsa kena ada kelulusan

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2025 12:11 PM GMT+8 , Processed in 0.044917 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top