CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Doktor kena langgar tahi bintang semasa pandu Tesla

3-11-2025 08:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 848| Komen: 3

 


CANBERRA – Seorang doktor haiwan di Australia berdepan detik cemas apabila serpihan meteorit atau tahi bintang jatuh menimpa cermin kereta Tesla yang baru dibelinya, lapor portal berita MailOnline. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 9 malam (waktu tempatan) di Lebuh Raya Augusta, kira-kira 40 kilometer  dari bandar Port Germein, 19 Oktober lalu.

Andrew Melville-Smith berkata, objek angkasa lepas itu jatuh ketika dia dalam perjalanan pulang selepas mengambil Tesla Model Y terbaharu.  

“Saya sangat terkejut. Saya masih ingat saya cuba membuang zarah-zarah kaca daripada  muka saya sambil berasa keliru,” kata Smith. 

Dia bertambah terkejut selepas mendapati cermin hadapan keretanya kelihatan seperti mencair. 

Menurut Smith, dia memandu pada kelajuan 110 kilometer sejam tanpa hujan atau kilat semasa kejadian. 


Sementara itu, Muzium Australia Selatan telah memohon kebenaran untuk mengakses kereta tersebut bagi siasatan lanjut selain berharap dapat mencari serpihan meteorit tersebut . 

Saintis-saintis percaya insiden tersebut adalah pelanggaran pertama meteorit dengan kenderaan yang sedang bergerak – AGENSI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Pumpkinhead 3-11-2025 01:44 PM
pulak dah
Quote B40tastePosh 4-11-2025 12:11 PM
Membuang zarah zarah kaca di muka tu macam mana?

Acik pulak yang keliru
Quote any42 4-11-2025 03:40 PM
Meteorit nk tompang merasa naik tesla

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2025 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.031151 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top