CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Soal keselamatan sekolah tanggungjawab penuh pentadbir – Fadhlina Sidek

3-11-2025 09:24 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 807| Komen: 7

 


GEORGE TOWN – Kementerian Pendidikan (KPM) menggesa semua pihak sekolah memberi tumpuan dan tanggungjawab sepenuhnya terhadap soal keselamatan pelajar terutama melibatkan infrastruktur di sekolah.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya telah mengambil pendekatan yang sangat progresif dalam memastikan soal keselamatan pelajar di sekolah diberi keutamaan.

Ini rentetan insiden seorang murid tahun tiga yang dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam saluran pembetung di sebuah sekolah di Lenggeng, Nilai, September lalu.

“Saya juga telah bercakap dengan pihak JKR (Jabatan Kerja Raya) dan pihak keselamatan dan juga pihak sekolah secara keseluruhannya, bukan sekolah yang terbabit saja, bahawa soal-soal keselamatan ini mesti diberikan tumpuan penuh khususnya terkait rapat dengan infrastruktur.

“Jadi soal keselamatan ini mesti menjadi tanggungjawab penuh pentadbir, memastikan keseluruhan dan kejadian ini tidak berulang,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir merasmikan Wacana Fikrah Siddiq Fadzil di Institut Pendidikan Guru, Kampus Pulau Pinang di sini, hari ini.

Dalam pada itu, katanya lagi, KPM telah mengambil pelbagai intervensi dan juga mekanisme dalam menambah baik aspek keselamatan di sekolah termasuk di kawasan kemalangan ataupun lokasi yang tidak dijangka.

“Begitu juga dengan penyelenggaraan, ini juga aspek yang sangat penting yang pentadbir harus bertanggungjawab dan juga ambil maklum dengan segera serta aspek-aspek lain termasuk menambah baik aspek keselamatan dan juga fasiliti di sekolah.

“Jadi mudah-mudahan semua tindakan ini diberikan tumpuan oleh pentadbir dan kita tambah baik untuk mengelakkan kejadian seperti ini berulang di masa hadapan,” katanya.

Semalam, media melaporkan kes murid sekolah terjatuh dalam saluran kumbahan di sebuah sekolah di Lenggeng, Nilai pada 27 September lalu diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad dilaporkan berkata, ia selepas siasatan mendapati kejadian itu merupakan satu kemalangan dan tiada unsur pengabaian.  

Sumber: – Kosmo
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 3-11-2025 10:00 AM
Nanti ada gak yg merepek suh dia turun.  Kau la turun sendiri meeting pibg sekolah suruh organize buat safety walkabout.  Ini tak, sibuk nak hantar anak drpan gate sekolah, kisah lah blocking traffic ke apa atau against traffic.  Complain je tau mak pak tp sendiri x nak pro active.
Quote pooh~key 3-11-2025 10:06 AM
Syukurlah budak tu meninggal awal takdak dosa lagi buleh masuk sorga express lane sissy.
Quote pooh~key 3-11-2025 10:07 AM
Ini last kot komen merapu bang pooh, dek @Jitu
Quote Jitu 3-11-2025 10:11 PM
pooh~key replied at 3-11-2025 10:07 AM
Ini last kot komen merapu bang pooh, dek @Jitu

bkn tak blh nak komen merapu
cuma kena keadaan la jugak
jgn la semua thread nak merapu
Quote nisako 4-11-2025 09:54 AM
hmmmmm
Quote batmana 4-11-2025 10:24 AM
kalau guru sekolah jatuh maut dalam tangki septik sekolah cmtu, kes NFA juga ke?
Quote kemaruk 4-11-2025 10:31 AM
Bangkem setuju dengan menteri pendidikan

Sebab di zaman madani ni, menteri tak pernah salah

Kecuali zaman najib dulu, masa tu jamban rumah rosak pon salah najib

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2025 01:03 PM GMT+8 , Processed in 0.060160 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top