CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Anak-Anak Tak Pernah Bersalaman Dengan Ayah Pagi Raya, Tak Pernah Dapat Ucapan Hari Jadi” - Raja Azura

7-11-2025 04:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4880| Komen: 67

 


Pelakon dan pengacara Raja Azura mendedahkan anak-anaknya tidak pernah bertemu dengan bapa mereka, Adzmin Osman sejak 13 tahun lalu.

Memetik HibGlam, Raja Azura berkata bekas suaminya juga tidak pernah menjalankan tanggungjawab terhadap tiga anak mereka serta termasuk menculas nafkah.

“Kali terakhir dia jumpa anak kami yang bongsu ketika umur 12 tahun iaitu pada 2012 kemudian tidak lagi bertemu.

“Anak saya juga tak pernah bersalaman dengan ayah mereka pada hari raya Aidilfitri dan tidak pernah menerima ucapan setiap kali tiba hari jadi,” katanya.

Menurut Raja Azura lagi, dia tidak pernah menghasut anak-anak untuk membenci bapa mereka sebaliknya meminta mendoakan agar dimurahkan rezeki supaya dapat memberikan nafkah.

“Saya memang didik anak saya menghormati ayah mereka dan tidak pernah menghalang atau meracuni fikiran dengan memburuk-burukkan Adzmin.


“Malah, saya selalu minta anak-anak doakan supaya ayah mereka kaya-raya dan bahagia supaya dapat bagi nafkah,” katanya.

Terdahulu, Raja Azura memfailkan permohonan kebenaran pelaksanaan penghakiman berkaitan nafkah tiga anaknya daripada bekas suami, Adzmin Osman.

Raja Azura berkata bekas suaminya didakwa culas membayar nafkah mengikut perintah mahkamah sejak 15 tahun lalu dan mahu mendapatkan hak anak-anak.


Sumber: – HibGlam, Rotikaya
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukacactus 7-11-2025 04:35 PM
Tak pernah tau pun camtu teruk skali ye ex dia…teruk betul mcm bapak tu dah pindah alam lain je
Sian ank2
Quote BoongaKertas 7-11-2025 04:43 PM
kak zura, ni aib kak. tak baik akak buat pendedahan mcm ni sekali.


kata acik meleis kat ulu banat
Quote mizzmimi 7-11-2025 04:44 PM
Anak sheols grad serentak ke.. sama umo ek.. ke saja2 rembat jubah konvo nak bergambo je
Quote chandrahusin 7-11-2025 04:50 PM
ex dia anak ex MB kan
pun tak dpat nafkah ye
nafkah anak2 ni jatuh pd ayah
& datuk belah ayah
& pak2 sedara belah ayah
Quote cawanmilosuam 7-11-2025 06:24 PM
lamanya senyap kak engku... knp la x bg nfkah, bkn ke kaya apaknya.. zalim betul.. jumpa ank pun x nak
Quote binisupir 7-11-2025 07:10 PM
copy paste betul muka anak dia
Quote kaseh80 7-11-2025 07:12 PM
Dah tua tua baru  nak buka cerita
Napo?

Quote scarflicious 7-11-2025 07:38 PM
bukan masa cerai, anak2 pun tak tahu. act normal. punya lama simpan nak minta nafkah.
Quote lanacondor 7-11-2025 07:58 PM
kaseh80: Dah tua tua baru  na ...
anak2 rindu nak jumpa bpk. Yg bercerai mak dgn bpk. Anak tu xde salah. Bkn nak duit sgt pon. Dia pon mampu cri rezeki
Quote bottombikini 7-11-2025 08:19 PM
anak pompuan dia betul2 copy muka mak dia..mini me la kira

apa ekceli punca depa serai ni
ex dia ramai makwe ke camne
Quote Chah21 7-11-2025 08:25 PM
Sedihnya baca..xpe kak ungku..i faham sbb family i gitu jgk.. raya pertama tu trauma nk hadap.. pg2 raya dh berperang mulut laki bini smpai i decide xnk smbut raya pertama.. bkn nk bersalaman tp berperangan . Nyampah btul..smpai la kawen alhmdulillah merasai momen raya yg sbnar.. xde pulak rasa teringin nk bersalaman dgn parent msa hari raya muahaaaha
Quote zuriey 7-11-2025 08:40 PM
Bukan dulu sheols kata ex nya selalu dtg tidur rmh dia
Quote TravellingBear 7-11-2025 09:45 PM
Gossip dia rahsiakan pasal divorce tahap ex tido rumah dia setakat 2012.... lepas drp tu ex tak balik dah rumah dia , pakej nafkah tak bagi
Quote cm_vungtau 7-11-2025 10:17 PM
Ko arwahkan ajelah macam Ritrud, pastu move on. Habis cerita
Quote cmf_jeangrey 7-11-2025 11:04 PM
After 15 years tiba2 bukak mulut
Something else going on ke

Quote kerani_je 7-11-2025 11:14 PM
Chah21 replied at 7-11-2025 08:25 PM
Sedihnya baca..xpe kak ungku..i faham sbb family i gitu jgk.. raya pertama tu trauma nk hadap.. pg2  ...

Ingatkn kak engku ni kawin dgn anak kerabat or vip dulu..Rupanye ex nye tak bg nafkah..Kesian jgk la die..Patutnye nmpk die mvm rapat dgn ritrud..Rupanye sama2 menderita tak dpt nafkah dari laki yg masih hidup..
Quote kikiharris 7-11-2025 11:44 PM
Tu pasal omputeh disowned je mak bapak tak guna mcm ni. Imagine tak jenguk anak anak & bg nafkah sejak 13 tahun..

Useless father mcm ni esok dah tua, biarkan jelah. Esok lusa buat cerita sedih anak anak tak peduli, tsk jemput kat bus station etc etc..eeiii get lost

Quote naina 7-11-2025 11:58 PM
Dia kan nak beranak kena drive sendiri sampai hospital kan? Fuyooo tabah betol ya dia. Sampai anak2 besar semua. Diam je takda meroyan ke apa. Padahal mulut dia pun bising jugak kalau jadi host tu. Tapi kisah peribadi simpan rapat2
Quote fattymah 8-11-2025 12:09 AM
Kenduri 7 hari 7 malam.. laki hg jaman sekolah tiap tahun tukaq lencana

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2025 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.066464 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top