|
Baru-baru ini, tular video siaran langsung yang dimuat naik semula di TikTok memaparkan pelakon Fazura bersama anaknya, Nur Fatima Aisya. Menerusi video tersebut, Fazura bertanyakan kepada anaknya soalan daripada netizen jika kanak-kanak itu mahukan ‘daddy’ baru. “Nak,” jawab Fatima. “Fatima kata dia nak pilih sendiri, Fatima kena ‘approve’ dahulu,” katanya. Sementara itu, Fazura turut meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya dan Fatima dan soal jodoh adalah urusan Allah. “Kenapa haters nak masuk (live) dan marah bila cakap fasal jodoh saya? Jodoh saya, jodoh sayalah. Doakan yang terbaik. Itu bukan urusan anda semua tapi urusan Allah. Doalah yang terbaik untuk saya dan Fatima,” katanya.
Terdahulu, Fazura pernah mendirikan rumah tangga dengan Fattah Amin pada 2017 namun bercerai pada 2024. Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisha kini berusia lima tahun. Sumber: – Rotikaya |
i dunno what the future holds for faz, tp jika faz ditakdirkan kawen lg, semoga her future spouse adalah seorang yg ikhlas menyayangi faz dan fatima 
sangbara2020 replied at 10-11-2025 11:26 AM
yg nak nya daddy baru....tetibe dpt adik bru plk...

ADVERTISEMENT