|
Pelakon Linda Hashim meluahkan rasa kesal apabila suaminya, Beego tidak hadir ke acara penting anak kedua mereka yang menyertai International Choir Festival, Menerusi perkongsian di Insta Story, Linda berkata batang hidung Beego tidak kelihatan sehinga dia perlu menanggung kerugian kerana sudah membeli tiket. “Anak masuk International Choir Festival kot. Batang hidung pun tak nampak. Burn je lah tiket aku beli. Sambut birthday kawan hari-hari boleh pula,” katanya. Sementara itu, Linda turut meninggalkan komen di TikTok video permohonan maaf Beego terhadap anak mereka dimana aktres itu mendedahkan suaminya sering meluahkan masa dengan kawan-kawan.
“Pergi goyang boleh je hari-hari. Sambut birhday kawan-kawan, datang hari penting anak-anak tak pernah muncul langsung. “Anak ambil anugerah tiap tahun pun batang hidung tak pernah nampak. Tak rasa rugi ke tak dapat momen ni dengan anak-anak?” katanya. Terdahulu, Linda memfailkan perceraian atas alasan tiada persefaham namun sehingga kini proses perceraian mereka masih belum dapat diselesaikan secara baik. Sumber : Rotikaya |
doubleA replied at 9-11-2025 07:07 PM
Redflag berkibar2 jantan ni

meah_kelabu replied at 10-11-2025 08:20 AM
tapi tetap lehhh ade betina nak menghimpit
kdang tak paham ekk
ADVERTISEMENT