CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pura-pura seronok selepas dirogol, mangsa berjaya pujuk pelaku kongsi akaun FB… Tak sampai 24 jam polis ‘kutip’ di rumah

13-11-2025 09:11 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6035| Komen: 21

 


SEORANG wanita berjaya memperdaya lelaki yang merogolnya sehingga polis dapat mengenal pasti dan menahan suspek pada Selasa.

Wanita berusia 20 tahun itu membuat laporan pada pukul 10 pagi, susulan kejadian serangan seksual yang berlaku sekitar pukul 1.30 pagi pada hari yang sama.

Menurut mangsa, ketika berjalan pulang dari tempat kerja, suspek bermotosikal mendekatinya sambil mengacukan pistol dan mengugut akan membunuhnya sekiranya enggan menaiki motosikal.

Mangsa menurut arahan suspek dan dibawa ke sebuah resort sebelum dirogol dalam kejadian yang berlaku di Bangkok, Thailand.

Selepas dirogol, mangsa berpura-pura gembira dan meminta akaun Facebook suspek agar mereka boleh berhubung.

Suspek yang tidak mengesyaki apa-apa kemudian berkongsi akaunnya sebelum melepaskan mangsa.

Mangsa kemudian memberikan maklumat tersebut kepada polis untuk tindakan lanjut.


Menggunakan maklumat daripada akaun Facebook suspek, polis berjaya menjejaki dan menahan suspek dikenali sebagai Raewat di rumahnya di Jalan Phadung Phan.

 Polis turut merampas pistol dan motosikal berwarna merah-putih yang digunakan dalam kejadian.

Menurut laporan, Raewat mendakwa dia memperoleh wang melalui perjudian dalam talian dan membelanjakannya untuk dadah.

Dia berkata mengambil dadah menyebabkan nafsu seksualnya meningkat, lalu mendorongnya melakukan serangan tersebut. -Agensi


Sumber – mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alesandra 13-11-2025 09:23 AM
Nanti kalo pura2 seronok perogol tu boleh kata consent.lagipun boleh ke pura2 seronok dirogol?nauzubilllah
Quote BoongaKertas 13-11-2025 11:26 AM
kimek nya jantan ni. bodonya sbb dadah!
Quote Firenzza 13-11-2025 11:37 AM
No wonder la ramai org suka pg siam, nk kong$#@ sambil hisap dadah tmbh power
Quote Cpkay 13-11-2025 11:44 AM
betul ke hisap dadah meningkatkan napsu uolss ?
Quote PULANGKAN 13-11-2025 11:50 AM
Cpkay replied at 13-11-2025 11:44 AM
betul ke hisap dadah meningkatkan napsu uolss ?

mungkin kot. sebab beberapa tahun kebelakangan ni, macam makin ramai pengguna dadah, ubat kuat bagai kat thailand ni. macam makin menjadi2 kes diorang. barang senang dapat agaknye. yang muda pun terjebak sama
Quote Suchi 13-11-2025 01:11 PM
Cpkay replied at 13-11-2025 11:44 AM
betul ke hisap dadah meningkatkan napsu uolss ?

Bukan ke mmg itu fungsinya mcm pil pink yaba tu namanya juga pil kuda kan
Malah acik2 porem sering menganjing isteri pendadih terus bertahan sayang nk tinggal laki dek kerana kesan dadih terhadap hubungan badan.
Quote silance 13-11-2025 01:34 PM
Kuat mental adik tu untuk berlakon seronok apatah lagi tak tau rupa jantan sial tu ntah macam apa. Kot rupa tu can do ok lagi nak berlakon  bersembang minta acc facebook.
Quote Decaffeinated 13-11-2025 02:13 PM
Mangsa menurut arahan suspek dan dibawa ke sebuah resort sebelum dirogol

kelas ko dek nak merogol siap bawa ke resort

btw sembang dgn orang Thai dorang kata 'resort' tu rupanya hotel bajet ja
Quote copy_paste 13-11-2025 02:35 PM
alesandra replied at 13-11-2025 09:23 AM
Nanti kalo pura2 seronok perogol tu boleh kata consent.lagipun boleh ke pura2 seronok dirogol?nauzub ...

perogol tu ambil dadah mungkin boleh kot beri kesan seronok pada mangsa,tp da namanya rogol mestilah mangsa tetap akan report
Quote Tinot7 13-11-2025 06:56 PM
Kuat betui semangat minah tu
Quote krustykrab 13-11-2025 07:35 PM
Resort tu resort berhantu ke sampai takde org.
Quote B40tastePosh 13-11-2025 07:58 PM
Cpkay replied at 13-11-2025 11:44 AM
betul ke hisap dadah meningkatkan napsu uolss ?

Tu yang ramai hisap Syabu dan wife defend suami hisap syabu
Quote dani-rox 13-11-2025 08:04 PM
Menurut mangsa, ketika berjalan pulang dari tempat kerja, suspek bermotosikal mendekatinya sambil mengacukan pistol dan mengugut akan membunuhnya sekiranya enggan menaiki motosikal.


Seboleh2nya JANGAN pergi ke second location bersama rapist atau kidnapper. Tempat sunyi jauh dari org ramai, menyenangkan kerja jahat dia dan ko takkan dpt melarikan diri. Selalunya nasib mangsa akan berakhir dgn nasib yg lebih teruk.
Walaupun penjenayah tu bersenjata tapi peluang utk selamatkan diri lebih tinggi di 1st location, masih ada org/saksi yg bole datang membantu dan korang tahu selok belok kwsn tersebut.
Quote kemaruk 13-11-2025 08:20 PM
Tengok tajuk, teka lokasi

Adeh kali ni salah

20 kali teka, baru kali ni salah
Quote slyfynx 13-11-2025 09:50 PM
Ce lah kalau bukak thread, tajuk tu letak la Luar Negara, or at least mula artikel mcm org tulis berita

BANGKOK - bla bla bla.

Ni dh perenggan kedua baru nk tulis kt mana kejadian
Quote supernaturalee 14-11-2025 08:26 AM
dani-rox replied at 13-11-2025 08:04 PM
Seboleh2nya JANGAN pergi ke second location bersama rapist atau kidnapper. Tempat sunyi jauh dari  ...

teringat filem Promising Young Woman
lbh kurang mcm u ckp ni

dia setup nk kenakan laki yg sgt berpengaruh ni

end-up die yg fucked-up

sungguhpun plan die menjadi



Quote supernaturalee 14-11-2025 08:28 AM
slyfynx replied at 13-11-2025 09:50 PM
Ce lah kalau bukak thread, tajuk tu letak la Luar Negara, or at least mula artikel mcm org tulis ber ...

hahaha

sama jgk dgn berita2 dr india

dh perenggan ke berapa baru mention

kitanye dh debor2 dah kes rogol sadis/bunuh kat mana la pulak niiii

sekali masuk perenggan dh ke berapa baru la tau, india

big exhale terus



Quote ipes2 19-11-2025 04:30 AM
boleh caya ke ni
Quote airfilterkotor 19-11-2025 09:02 AM
Zaman dulu², wartawan akan tulis lokasi pada awalan ceria untuk memudahkan pembaca.
Zaman sekarang, dah suku atau separuh cerita baru bagitau lokasi cerita.
Akan datang, dia letak lokasi kejadian di penghujung cerita.

Nak menyampaikan satu² berita, biar jelas biar ikhlas.
Yang korang tulis tu berita, bukan novel.
Jangan jadikan pembaca sama bodo macam penulisan korang, sebab pembaca sekarang ramai yang bijak macam kancil.
Ngerti gaa...?

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2025 04:29 AM GMT+8 , Processed in 0.069871 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top