CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mickey Ayo kongsi detik perkenalan dengan Nora Danish, tidak saling ‘follow’ sebelum rapat

14-11-2025 05:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3698| Komen: 48

 


LELAKI yang kini dikatakan sedang rapat dengan aktres Nora Danish akhirnya terbuka berkongsi detik perkenalan mereka berdua. 

Mickey Ayo yang merupakan seorang perunding kewangan menegaskan detik pertemuan pertemuan mereka bukanlah menerusi media sosial seperti sangkaan sesetengah pihak. 

Malah dia juga menjelaskan tidak wujud situasi disekat oleh Nora selepas memberi satu mesej di medium berkenaan. 

"Bukan melalui Instagram. Kami tak pernah pun saling follow di media sosial. Saya hanya gurau bila kata saya block Nora. 

"Sebenarnya tiada sesiapa yang block sesiapa, ia hanya gurauan saja," katanya.

Mickey berkongsi perkara itu ketika membuat siaran langsung menerusi aplikasi TikTok.

Bercerita lanjut, dua kepada dua anak ini, mengatakan perkenalan mereka berlaku secara tidak sengaja menerusi seorang kawan yang mengajak kedua-duanya keluar makan bersama. 


Mickey dalam masa sama enggan terlalu berbuka untuk bercakap kisah hubungan mereka kepada umum. 

"Perkenalan kami bermula melalui seorang kawan. Kami keluar makan dengan beberapa orang kawan, dan dari situlah kami mula kenal antara satu sama lain. 

"Apa-apa pun, saya doakan yang baik-baik.

"Nora bukan jenis yang mudah merajuk. Dia ada hati yang keras, 'heart of steel'," ujarnya.

Sebelum ini, nama Nora kembali menjadi perhatian ramai selepas dia memuat naik foto seorang lelaki berpakaian kopiah putih, yang mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai status hubungan mereka. 

Selain itu, tular juga sebuah kad jemputan dengan huruf M dan N serta tarikh 8 September 2025, yang menguatkan lagi desas-desus mereka mungkin akan berkahwin tidak lama lagi.

Bagaimanapun, Nora tampil menafikan khabar angin tersebut dan menegaskan tiada perancangan seperti yang disangka oleh ramai pihak.

Untuk rekod, Nora pernah mendirikan rumah tangga dengan Nedim Nazri pada 30 Mac 2017, namun bercerai pada 19 Jun 2024. 

Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Neqayl yang kini berusia 7 tahun. 

Sebelum itu, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli (Jejai) pada 2006 dan bercerai pada 2008. 

Hasil perkongsian hidup tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Putra Rayqal, yang kini berusia 17 tahun.

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote telracs 14-11-2025 05:29 PM
Tak hensem di mata saya.
Quote apedehal 14-11-2025 05:57 PM
telracs replied at 14-11-2025 05:29 PM
Tak hensem di mata saya.

Setuju..rsa jejai hensem lg kalau nk dbuat pbandingan lah
Quote cintasuraya 14-11-2025 06:26 PM
Sukati ko lah nora

Quote noor2 14-11-2025 06:32 PM
Moga berjodohan....
Quote pocongkiutss 14-11-2025 07:29 PM
8 September 2025 bukan dh lepas ka
Quote sharlenetexas 14-11-2025 07:48 PM
Heshe terlebih lipgloss kah?


Quote bellaamsar 14-11-2025 08:53 PM
Xtau la kenapa bila tengok dia ni terbayang muka laki baru yenna
Quote sukanyanyi 14-11-2025 08:56 PM
So inilah miki ayoyo yg sume org sebut tu.. hmm betul la, nowa ni tak tgk rupa.. tgk poket tu meols tatau.. kayo kah yg ini juga? Ke pilih yg alim pulak kali ni, berkopiah bagai? Walopun meols bersukur la nowa berhijrah ape sgala, deep down i will alwez lg suke seseorang retis tu mase deyols preehair.. bleh cuci mata lebih sket.. sowry..
Quote sukanyanyi 14-11-2025 08:58 PM
apedehal replied at 14-11-2025 05:57 PM
Setuju..rsa jejai hensem lg kalau nk dbuat pbandingan lah

Absolutely..both ned n miki tak dpt menandingi kemachoan jejai.. jejai forever..haha
Quote sukanyanyi 14-11-2025 09:00 PM
pocongkiutss replied at 14-11-2025 07:29 PM
8 September 2025 bukan dh lepas ka

Aik, baru prasan. Mungkin ayat lepas tu dia nk ckp "telah berkahwin"..tp tertulis "akan berkahwin".. ataupon ni artikel lama n TT lambat copy...?
Quote sphinx 14-11-2025 09:01 PM
sukanyanyi replied at 14-11-2025 08:56 PM
So inilah miki ayoyo yg sume org sebut tu.. hmm betul la, nowa ni tak tgk rupa.. tgk poket tu meols  ...

ke sheols ni mmg takde taste..xpun yg nie je yg berani approach n ngorat sheols..
jejanz kaya yg sedap dipandang pun ramai je sebenarnya cuma mungkin diaorg mmg jenis tak minat retis or berhaluan bengkok
Quote pilut 14-11-2025 09:08 PM
Dia ni ex student Msu..byk redflag. Nikah pun 2x dah… goodluck nora
Quote talia 14-11-2025 09:12 PM
apedehal replied at 14-11-2025 05:57 PM
Setuju..rsa jejai hensem lg kalau nk dbuat pbandingan lah

Setuju dgn dua2 jwpn di atas
Quote dua_chzy 14-11-2025 09:37 PM
Patutlah Nedim merempan lawo2 ex aku ujung2 dapat ke muka gini ja what makes him betta than me hah? Hah? kata meols menyelami nurani Nedim.
Quote miu84 14-11-2025 10:01 PM
lelaki yg pendek, kaki selfie tp acah macho. red
flag. ND biar betul
Quote NuansaBiru 14-11-2025 10:13 PM
Dari umur 20an, pilih jantan yg jenis begitu
Ke umur 30an, masih juga pilih jantan yg begitu
Hingga umur 40an, tehtapppp juga jantan sebegitu yg dipilihnya
Lantak ko lah nora
Quote I.K.A888990 14-11-2025 11:35 PM
lawak komen2 ramai kata muka mickey mouse ni macam soeb adoi nasiblah labu
Quote Shuji_Okishima 15-11-2025 12:04 AM
Beliau ni ade keluar produk lipgloss sendiri kah? Aternye pinke bebenau bibirnye lahai
Quote sfrnna 15-11-2025 12:06 AM
Dah macam acik2 dah muka nora. Kahkahkah bila takda filter takda la hot mana.

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2025 05:51 AM GMT+8 , Processed in 0.060882 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top