CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

AS akan hentikan secara kekal migrasi dari negara dunia ketiga - Trump

28-11-2025 03:32 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2604| Komen: 40

 

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) akan hentikan secara kekal migrasi dari semua negara dunia ketiga bagi membolehkan sistem imigresen negara itu pulih sepenuhnya.

Presiden AS, Donald Trump, bagaimanapun tidak menamakan negara terbabit atau menjelaskan maksud di sebalik negara dunia ketiga termasuk tindakan mahu 'hentikan secara kekal'.

Beliau berkata, rancangan itu turut membabitkan kes-kes yang diluluskan di bawah pentadbiran bekas Presiden AS, Joe Biden.

"Saya akan hentikan secara kekal migrasi dari semua negara dunia ketiga bagi membolehkan sistem AS pulih sepenuhnya, menamatkan kesemua jutaan kemasukan haram dilakukan di bawah pentadbiran Biden.

"Ia termasuk yang ditandatangani menggunakan 'Autopen Sleepy Joe Biden' dan mengusir sesiapa sahaja yang bukan aset bersih kepada AS," katanya menerusi platform media sosialnya, Truth Social.

Selain itu, Trump berhasrat menamatkan semua faedah dan subsidi Persekutuan untuk bukan warganegara, sambil menambah beliau akan membatalkan kewarganegaraan pendatang yang menjejaskan ketenteraman domestik.

Beliau juga mahu mengusir mana-mana warga asing yang dianggap membebankan negara, risiko keselamatan atau tidak serasi dengan tamadun Barat.

Trump membuat kenyataan itu susulan kematian seorang anggota Pengawal Kebangsaan yang ditembak berhampiran Rumah Putih dalam satu serangan hendap, dilakukan oleh seorang warganegara Afghanistan.

Terdahulu, pegawai dari Jabatan Keselamatan Dalam Negeri berkata Trump mengarahkan semakan meluas terhadap kes-kes suaka yang diluluskan di bawah pentadbiran Biden dan kad hijau yang dikeluarkan kepada warga 19 negara.

Menurut satu fail kerajaan AS yang dilihat Reuters, suspek penembak itu menerima suaka pada tahun ini di bawah pentadbiran Trump.

Perkhidmatan Kewarganegaraan dan Imigresen AS pada Rabu lalu bertindak menghentikan semua proses permohonan imigresen membabitkan warga Afghanistan untuk tempoh yang tidak ditetapkan.

"Matlamat ini akan dilaksanakan dengan tujuan mencapai pengurangan besar dalam pendudukan haram termasuk yang menimbulkan masalah," kata Trump. - REUTERS

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote belilies 28-11-2025 08:42 PM
You better watch out hanis haizi binti tokmid!
Quote kemaruk 28-11-2025 10:09 PM
yang gay2 kaki liwat dan suka diliwat je yang masih sokong trump
Quote Purplehaz 28-11-2025 11:14 PM
cakap jer lah..propa jer lebih ni. lps tu terkubur atau buat sikit sbb desakan, lps tu lantak lah.
Quote stingerkaypoh 29-11-2025 12:31 AM

[twitter]https://twitter.com/wajahatali/status/1994153212195033221?s=61[/twitter]
Quote Dwdrum 29-11-2025 07:49 AM
Negara yang paling banyak asylum seeker dari negara muslim... Tak kan lah negara islam tidak aman....
Quote PULANGKAN 29-11-2025 08:14 AM
Purplehaz replied at 28-11-2025 11:14 PM
cakap jer lah..propa jer lebih ni. lps tu terkubur atau buat sikit sbb desakan, lps tu lantak lah.

biasa la Trump, tin kosong. bunyi je lebih, cakap gebang. lepas tu tak jadi salahkan orang lain. tapi tu la, US takde pilihan. antara orang tua nyanyuk, atau budak kecik tua warna oren masa pilihan raya
Quote Decaffeinated 29-11-2025 09:17 AM
Yang migrate ni jenis berduit especially dari third world countries e.g. Malaysia, Iran. Yang itu biasa dorang tak tolak. Neighbour aku ada duit biji rumah, tinggal kosong tau2 satu dah migrate ke US, satu lagi suka post gambar dari Canada, rumah put up for sale.
Quote Dwdrum 29-11-2025 09:26 AM
Edited by Dwdrum at 28-11-2025 05:30 PM

Tolong jangan sama kan dengan asylum seeker... Sama seperti europe

Example... Alvin tan bukan semua immigrant di US asshole seperti alvin tan
Quote stingerkaypoh 30-11-2025 03:30 AM

[twitter]https://twitter.com/damaan4u33/status/1994708363284738411?s=61[/twitter]
Quote Dwdrum 30-11-2025 08:39 AM
Bukan kata boycott... Hahaha
Quote Skuau 30-11-2025 12:47 PM
Apa nak pening...MALAYSIA VOLE ada.
Quote silance 30-11-2025 02:11 PM
Saiya negara tada ini macam. Bini pun bole dapat.
Quote B40tastePosh 1-12-2025 02:42 PM
Beban kepada USA adalah sampah sarap dan debu dalam rumah rumah di USA.. sebab tu terpaksa guna illegal maid dari Filipina
Quote B40tastePosh 1-12-2025 02:43 PM
Dwdrum replied at 29-11-2025 07:49 AM
Negara yang paling banyak asylum seeker dari negara muslim... Tak kan lah negara islam tidak aman... ...


Bukan ke dari India(Hindu), Ukraine, Korea , Vietnam dan Filipina ke??
Quote B40tastePosh 1-12-2025 02:46 PM
stingerkaypoh replied at 29-11-2025 12:31 AM

Colonizer is going colonized
Quote Dwdrum 2-12-2025 07:56 AM
B40tastePosh replied at 30-11-2025 10:43 PM
Bukan ke dari India(Hindu), Ukraine, Korea , Vietnam dan Filipina ke??

Asylum seeker...seperti biasa article misleading... List ko bagi selalu nya ber mula dengan working visa/study... Spouse visa etc... Kecuali vietnam sebab vietnam war.. If malaysian guna golden pass semua sudah macik/pocit sebab kena ada millions dalam account...so far aku jumpa chinese

Banyak dari negara afrika... Middle east di SEA region.. Burma and laos (rohinya) ...

Malaysia kata nya top list nationality overstayed/foreign offender  di UK..

Quote B40tastePosh 2-12-2025 02:03 PM
Dwdrum replied at 2-12-2025 07:56 AM
Asylum seeker...seperti biasa article misleading... List ko bagi selalu nya ber mula dengan workin ...

Okey la tu siapa suruh diorang jadi Colonizer.
Quote Dwdrum 2-12-2025 02:12 PM
Edited by Dwdrum at 1-12-2025 10:15 PM
B40tastePosh replied at 1-12-2025 10:03 PM
Okey la tu siapa suruh diorang jadi Colonizer.


Different di antara colonize untuk improvement vs backward ideology..compare yang di colonize seperti OZ.. NZ and north amerika... Aku visit some countries  di panggil 3 world country ini specially anti barat... Bukan theorical lagi failure pan arabism... GCC pun pro west or else jadi seperti syria... Iraq.. Afghanistan... Rakyat sendiri lari... Malays... Masih merepek... Kadang pro communist but mahu migrate ke west... Bila la mahu ada akai...

Aku bukan religion enabler
Quote sharlenetexas 2-12-2025 02:38 PM
Dasar amareka bodoh.


Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2025 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.038040 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top