CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Henti jadikan SPRM ‘punching bag’ politik - Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim

28-11-2025 04:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 257| Komen: 2

 


PETALING JAYA – Semua pihak peru berhenti menjadikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai ‘punching bag’ politik, sebaliknya memberi ruang kepada agensi itu menjalankan tugas secara profesional dan bebas daripada tekanan mana-mana pihak.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, pihaknya mengambil maklum laporan sebuah portal berita bertarikh 27 November 2025 serta kenyataan bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa wujud defisit keyakinan terhadap SPRM.

Beliau berkata, dakwaan-dakwaan tersebut perlu diperhalusi secara fakta kerana beberapa isu yang diketengahkan tidak tepat dan boleh mengelirukan masyarakat.

Katanya, isu pemilikan saham bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, telah disiasat sepenuhnya oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) pada 2021 dan SC mengesahkan tiada pelanggaran undang-undang berlaku.


“Menjadikan isu lama yang telah diselesaikan untuk menyerang SPRM adalah tidak adil dan tidak wajar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jais berkata, siasatan SPRM terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Allahyarham Tun Daim Zainuddin juga bukan berpaksikan tekanan politik, sebaliknya berasaskan maklumat serta aduan yang diterima.

Katanya, semua prosedur dilakukan mengikut peruntukan undang-undang tanpa pilih kasih.

Sehubungan itu, MCW menyeru semua pihak lebih profesional dan menghormati proses siasatan yang sedang berjalan, serta mengelak membuat tuduhan tanpa bukti yang boleh mencemar imej institusi negara. 

Sumber: – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Purplehaz 28-11-2025 10:47 PM
buat satu RUU(pindaan), cth apabila kerajaan baharu dibentuk, perlantikan ketua SPRM adalah lantikan PM/Agong atau kekalkan yg sedia ada, timbalan2 ketua adalah lantikan dari parti pembangkang majoriti terbesar yg menang kerusi pilihanraya, atau boleh kekal yg sedia ada.

Quote Purplehaz 28-11-2025 10:51 PM
meriah SPrm nanti , adil saksama , kurang tekanan parti politik, semua pihak berjaga jaga

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2025 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.029986 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top