CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Spa songsang: Lelaki sudah berkahwin mengaku minat lelaki…

29-11-2025 01:42 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 15610| Komen: 307

 


KUALA LUMPUR – Seorang jurutera yang bekerja di Sarawak mengakui mempunyai minat terhadap lelaki meskipun sudah mendirikan rumah tangga.

Lelaki itu yang enggan dikenali berkata, kegiatannya tidak pernah terbongkar oleh kerana hubungan jarak jauh bersama isteri.

“Saya jarang balik rumah di Kuala Lumpur. Kebanyakan masa saya berada di Miri. Tempat ini pun saya baru tahu,” katanya ketika ditemui dalam serbuan di sebuah pusat spa dan kesihatan di Chow Kit, di sini semalam.

Lelaki berusia 40-an itu ditemui bersama seorang remaja berusia 19 tahun yang disyaki melakukan aktiviti tidak bermoral atau songsang di dalam sebuah bilik di premis berkenaan.

Sementara itu, remaja terbabit yang juga pelajar kolej berkata, ia merupakan kali kedua dia mengunjungi premis berkenaan.

Menurutnya, dia mengetahui kewujudan premis tersebut menerusi rakannya sebelum ini.


“Tempat ini memang popular. Saya datang kali pertama dua minggu lalu dan luangkan masa selama tiga jam di sini. Awalnya nak cuba sahaja tetapi tak sangka jadi macam ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, seorang doktor berusia 50-an berkata, dia sudah beberapa kali mengunjungi premis terbabit yang diketahui menerusi media sosial.

“Saya selalu datang sini sebab nak elak kesesakan trafik selepas kerja. Boleh ‘healing’ sekejap layan sauna dan jakuzi,” ujarnya.

Dia yang sudah berkahwin dan mempunyai empat anak, mengakui terdapat kegiatan songsang dalam kalangan pengunjung di situ.

“Saya tak nak komen mengenai apa yang saya buat tapi aktiviti sedemikian ada berlaku,” jelasnya.

Tiga lelaki itu antara 201 individu yang ditahan dalam serbuan di sebuah premis di Chow Kit, di sini semalam yang dijalankan Bahagian D7 (Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd. Azani Omar berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana persetubuhan luar tabii. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 29-11-2025 01:54 PM
Bulu kaki shave???
Quote kemaruk 29-11-2025 01:57 PM
dah la kuat rasuah, kuat meliwat jugak
Quote PULANGKAN 29-11-2025 02:05 PM
realitinya, ramai jenis macam ni. dah kahwin beranak pinak tapi bersemburit. kadang2 mulut iols gatal je nak bagitau anak bini diorang, laki/bapak ko ada boyfriend kat luar. kalau takde hubungan, jenis touch n go pun ramai.

laki sejantan-jantan lelaki, anak 2-3 orang, tapi jadi isteri dengan boyfriend dia
ada tu memang jenis bela anak ikan, atau cari sebaya, senang camouflage sebagai kawan.

moga ramai lagi kantoi di luar sana, kesian tengok anak bini jadi mangsa
ada tu dah bercucu pun tak ubah perangai
Quote B40tastePosh 29-11-2025 02:10 PM
PULANGKAN replied at 29-11-2025 02:05 PM
realitinya, ramai jenis macam ni. dah kahwin beranak pinak tapi bersemburit. kadang2 mulut iols gata ...


Mak mak, nak bakal menantu engineer, doctor, kerja government..... Bukan nya nak cari yang ada agama... Mendapat laa
Quote hyie 29-11-2025 02:15 PM
kalau yang lelaki straight pun ada ke? rasanya lebih kepada ummah lemari yang berkahwin pastu tak boleh ubah perangai lama atau tak pernah buat tapi perasaan tu membuak2 gichu nak cikcur

kalau yang str8 macam tak je chuolss..paling2 pon main pendon je la kot
Quote PULANGKAN 29-11-2025 02:43 PM
B40tastePosh replied at 29-11-2025 02:10 PM
Mak mak, nak bakal menantu engineer, doctor, kerja government..... Bukan nya nak cari yang ada aga ...

jenis alim keje kampung pun ada je chuols, antara cerita tersebar atau tidak jepaling2 pun, bercerai atas alasan tak sehaluan. tanak jejaskan hidup anak-anak, tanak malu laki bini
Quote B40tastePosh 29-11-2025 02:45 PM
PULANGKAN replied at 29-11-2025 02:43 PM
jenis alim keje kampung pun ada je chuols, antara cerita tersebar atau tidak jepaling2 pun, bercer ...

Alim tu ko nampak ke si alim tu dia mengaji Al Quran ? Jangan tengok pakaian orang.

Kalau rajin baca AL Quran isnsyaAllah ayat tu sendiri akan jaga kelakuan orang tu dari maksiat.
Quote edayildiz 29-11-2025 03:57 PM
agaknya dorg lavender marriage kot eh
Quote kakikuDibibirmu 29-11-2025 04:32 PM
Ummah LGBTQ+ gay dalam almari tersenyum sinis

Quote sharlenetexas 29-11-2025 05:32 PM
Engineer minyakkah?


Quote sharlenetexas 29-11-2025 05:33 PM
kakikuDibibirmu replied at 29-11-2025 04:32 PM
Ummah LGBTQ+ gay dalam almari tersenyum sinis{: ...

Cer terbalikkan bendera.


Quote sharlenetexas 29-11-2025 05:34 PM
Pakai towel je ke?


Quote sharlenetexas 29-11-2025 05:34 PM
Miri. *hell kah?


Quote sharlenetexas 29-11-2025 05:35 PM
sharlenetexas replied at 29-11-2025 05:34 PM
Miri. *hell kah?

Kelig forumerkah?


Quote monreyes 29-11-2025 05:47 PM
masa banjir teruk kat Shah Alam dulu aku selalu lah check update banjir kat X coz my son study sana..
my keyword is "banjir shah alam"
so mcm2 posting keluar..termasuk 1 posting sorang Malay guy ni desperate cari ubat HIV, so aku gatai p klik nak tau, then baru lah aku tau rupanya HIV dah ada ubat, supply sebulan harga RM1K, so ramai la respond nak kasi pinjam...semua ummah meleis, ramai juga yg kena HIV, dan aku p klik2 ID dorang ni...barulah aku tahu betapa membiaknya aktiviti songsang dikalangan meleis, tanpa segan silu tunjuk anu dan pelbagai sembang yg meloyakan..aku terus uninstall x...
Quote Decaffeinated 29-11-2025 06:27 PM
The more you intimidate these groups, the deeper they move underground and the more dangerous it becomes. Only God can make them pupus but heshe didn't. Why?

Berdamai ja lah dengan takdir. Let people live as what they are, among themselves. Kita semua ada our own little corner of this world to enjoy. Life is short death is real, why waste it.



Quote sharlenetexas 29-11-2025 07:14 PM
Yang mana satu doktor patologi hkl ni? Ptd pun ada. Asal bukan pts.


Quote sharlenetexas 29-11-2025 07:15 PM
Decaffeinated replied at 29-11-2025 06:27 PM
The more you intimidate these groups, the deeper they move underground and the more dangerous it bec ...

Bila hiv+, live the best to the fullest. Bak kata nowa, kita enjoyyyy!


Quote mrsamz 29-11-2025 07:46 PM
sharlenetexas replied at 29-11-2025 07:14 PM
Yang mana satu doktor patologi hkl ni? Ptd pun ada. Asal bukan pts.

bukan patologi chuolls..proktologi aka pakar bedah kolon lah gitu meolls baca kat fesbok..sesuweiii sangat lah dia ada situ

Lihat semua komen(307)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2025 05:08 AM GMT+8 , Processed in 0.096135 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top