CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sissy Imann bakal bergelar isteri doktor hujung bulan ini

1-12-2025 06:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3020| Komen: 42

 


Teka-teki fasa bahagia Sissy Imann akhirnya terlerai apabila penyanyi dan pelakon itu mengesahkan bakal berkahwin dengan seorang doktor, bulan ini.

Sissy atau nama sebenarnya Sissy Imann Mohammad Kamil, 29, berkata keputusan besar itu hadir selepas hubungan yang bermula ringkas tiba-tiba berkembang menjadi ikatan lebih bermakna.

“Betullah, saya sahkan Insya-Allah akan berkahwin dalam masa terdekat. Itu sahaja boleh dikongsikan setakat ini

“Saya mohon maaf tarikh secara spesifik itu tidak boleh maklum sebab hal itu lebih elok disimpan dahulu demi hormat keluarga sendiri dan keluarga pihak sana. Jadi biarlah info lanjut diumumkan pada waktunya.

“Hanya pohon doa semua. Apa boleh disahkan ialah bakal suami bukan rakan industri. Tiada kaitan dengan muzik pun,” katanya kepada Kosmo Online.

Mengulas detik perkenalan, pelantun lagu Mungkin Kamu itu berkata semuanya berlaku pantas seiring takdir.


Pun begitu, dia tidak menafikan sikap hormat lelaki itu terhadap keluarganya menjadi faktor utama.

“Kenal tahun ini. Rezeki kot, mungkin dah sampai masa. Persiapan pun dalam 70 peratus. Dia seorang doktor

“Apa buat saya yakin, dia sangat menghormati keluarga. Itu keutamaannya. Usia dia tak dapat dikongsikan dahulu, nanti bila sudah sah semuanya barulah saya cerita.

“Sekarang kami belum bertunang. Terus nikah, cuma akan ada sesi bertunang dahulu sebelum akad nikah. Hujung tahun, Insya-Allah,” ujarnya pada pelancaran lagu terbaharunya berjuful Dengan Kamu, di sini, hari ini.

Paling penting kata pelakon Kariah Cak Pong itu, hubungan mereka tidak bermula sebagai cinta, sebaliknya hanya sekadar kenalan sebelum lelaki berkenaan menyatakan hasrat serius.

“Kami tak bercinta pada mulanya. Kawan sahaja. Sampailah satu hari dia minta izin untuk jumpa ayah. Ingatkan nak bincang soal kolaborasi. Rupanya dia datang bagi tahu niat sebenar.

“Ayah pun tanya, kalau nak ke fasa seterusnya, bila nak kahwin? Lelaki tu cakap paling cepat tiga bulan, paling lambat enam bulan. Kami semua terkejut tapi itulah perjalanan takdir,” dedahnya.

Bercerita lanjut mengenai perkenalan mereka, Sissy mendedahkan kisah cinta itu tercetus secara tidak dirancang apabila takdir mempertemukannya dengan jejaka berkenaan ketika sedang mendapatkan rawatan.

“Masa saya kenal dengan dia, dia tak tahu pun saya penyanyi. Dia memang tak tengok televisyen.

“Dia sebenarnya seorang doktor dan kami mula berkenalan pada tahun ini.

“Permulaan kami berkenalan pun sewaktu saya menjadi pesakitnya ketika itu,” jelasnya.

Terdahulu, Sissy mencetuskan tanda tanya dalam media sosial apabila memuat naik perkongsian menunjukkan dia memakai cincin, seolah-olah sedang melalui fasa bahagia.

Dalam perkembangan lain, Sissy turut melancarkan single baharunya Dengan Kamu, yang kini sudah boleh didengari di semua platform digital. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missbigrockstar 1-12-2025 08:50 PM
Best juga cara dia bertemu dgn bakal suami. Boleh cerita dgn anak cucu nanti
Quote Carcosa 1-12-2025 09:00 PM
Sentence default retis tersangkak Malaya :

"Dia taktau pun saya penyanyi/pelakon /pengacara"

Utoh. Nak ckp kau just being you lah. Utoh lagi sekali.
Quote Incanto 1-12-2025 09:07 PM
Carcosa replied at 1-12-2025 09:00 PM
Sentence default retis tersangkak Malaya :

"Dia taktau pun saya penyanyi/pelakon /pengacara"

tapi Sissy ni semi sendu

tak hairan kalau org tak kenal
Quote fadz84 1-12-2025 09:53 PM
Incanto replied at 1-12-2025 09:07 PM
tapi Sissy ni semi sendu

tak hairan kalau org tak kenal

Lagi pulak doktor mana la byk masa nk melayan cerita industri hiburan.. keje dia pun dh bz dgn oncall bagai..
Quote miss_strangers 1-12-2025 10:43 PM
Macam dokter yg muka cam zahnita tu je. Dr zamir hilman.......gigih dokter tu liked posting2 sissy......tapi dokter tu cam dude je?? Sbb pnah nampak dia bergambar dgn anak dia tapi xde tunjuk gambar pasangan........dude la kot
Quote mawarberbisa 1-12-2025 11:27 PM
kawen jela dik kau pun sendu je lps ni duduk rumah je k
Quote fattymah 2-12-2025 12:03 AM
miss_strangers replied at 1-12-2025 10:43 PM
Macam dokter yg muka cam zahnita tu je. Dr zamir hilman.......gigih dokter tu liked posting2 sissy.. ...

Gigih ai p gugel sis.. sebijik eh muka zani
Quote pocongkiutss 2-12-2025 12:06 AM
Carcosa replied at 1-12-2025 09:00 PM
Sentence default retis tersangkak Malaya :

"Dia taktau pun saya penyanyi/pelakon /pengacara"

Dia mmg sendu noks..haha..logik je org tak kenal dia . rasanya kengkawan iols yg bukan jenis layan gosip retis mmg tak kenal dia neh
Quote boudinniA 2-12-2025 12:09 AM
Incanto replied at 1-12-2025 09:07 PM
tapi Sissy ni semi sendu

tak hairan kalau org tak kenal

Ya sheols sendu. Sheols ni jenis artis yang nama pernah dengar tapi tak cam langsung macam mana rupanya. Sekadar tahu nama saja.
Quote awenda507 2-12-2025 12:14 AM
Tahniah nk kawen dah sissy
Quote prince_marhaen 2-12-2025 08:13 AM
miss_strangers replied at 1-12-2025 10:43 PM
Macam dokter yg muka cam zahnita tu je. Dr zamir hilman.......gigih dokter tu liked posting2 sissy.. ...

ni ke uols? ada nmpk jugak podcast dia...mcm duda je.. hihi..

Tahniah Sisi!...


Quote miracle_forever 2-12-2025 08:44 AM
miss_strangers replied at 1-12-2025 10:43 PM
Macam dokter yg muka cam zahnita tu je. Dr zamir hilman.......gigih dokter tu liked posting2 sissy.. ...

nampak rugged & dah agak kertu Dr ni… ok la kalau ngam dgn dak sissy
Quote pocongkiutss 2-12-2025 08:50 AM
miracle_forever replied at 2-12-2025 08:44 AM
nampak rugged & dah agak kertu Dr ni… ok la kalau ngam dgn dak sissy

Rasanya dh 40an tu

Lelaki lg tua lg senang..dgn syarat orgnya bukan spesis buaya la kan..heheh
Quote seibei 2-12-2025 09:20 AM
prince_marhaen replied at 2-12-2025 08:13 AM
ni ke uols? ada nmpk jugak podcast dia...mcm duda je.. hihi..

Tahniah Sisi!...

lawakla korg ckp muka cam zahnita. hihi.. rujukan persamaan itu adalah seorg perempuan
Quote Mimo.mimo 2-12-2025 09:25 AM
Tapi betul eh. Dr ni kalau jumpa kat luar bukan cam dr. Gaya beshe2 je. Pernah dengar dia podcast dengan yousaf
Quote nuhanis 2-12-2025 09:33 AM
betul ke dengan dr tu, aku minat jugak dr tu, macam serabut2 semak rugged.

eh mentang dia dr, dan dan aku pun ok. hahahahah
Quote IzzahF 2-12-2025 09:44 AM
pocongkiutss replied at 2-12-2025 08:50 AM
Rasanya dh 40an tu

Lelaki lg tua lg senang..dgn syarat orgnya bukan spesis buaya la kan..heheh

yg penting bukan gay uhuk
Quote TomyamPuteh 2-12-2025 09:45 AM
Sissy@Poohkey
Quote miss_strangers 2-12-2025 10:32 AM
Edited by miss_strangers at 3-12-2025 08:33 AM
prince_marhaen replied at 2-12-2025 08:13 AM
ni ke uols? ada nmpk jugak podcast dia...mcm duda je.. hihi..

Tahniah Sisi!...


Yup......dia la....doc ni mula liked2 iG sisi pon mula tahun ni.......

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2025 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.041234 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top