CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syukur saya duduk rumah, suami sediakan segala keperluan – Anzalna

1-12-2025 11:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2245| Komen: 27

 


Pelakon Anzalna Nasir bersyukur atas rezeki dan peluang yang dikurniakan dalam rumah tangganya terutama apabila suami memberi kepercayaan untuknya hanya fokus terhadap keluarga.

Menurut Anzalna atau nama penuhnya Nur Anzalna Md Nasir, 37, sebagai seorang isteri, dirinya tidak pernah berhenti mendoakan agar Allah mempermudahkan urusan pekerjaan teman hidupnya itu selain meluaskan lagi pintu rezeki mereka sekeluarga.

“Sebagai seorang isteri, saya selalu doakan agar Allah permudahkan kerja suami dan murahkan rezekinya.

“Saya bersyukur dia mengizinkan saya untuk berada di rumah kerana dia mampu menyediakan segala keperluan kami.

“Menjadi suri rumah bukan bermaksud kita tidak berkemampuan, tetapi kerana kita memilih untuk memberi tumpuan kepada membesarkan anak-anak dan menjaga keluarga,” katanya dalam Threads.

Tambahnya lagi, setiap wanita memiliki jalan hidup dan pilihan masing-masing namun, jika dikurniakan suami yang memahami, menyokong dan mampu menyediakan segala keperluan keluarga itu adalah nikmat yang wajar disyukuri.


“Setiap wanita ada pilihan masing-masing. Jika dikurniakan suami yang menyokong dan mampu menyediakan segalanya, alhamdulillah.

“Sekurang-kurangnya, kita dapat membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang, perhatian dan ketenangan,” jelasnya lagi.

Untuk rekod, Anzalna mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Hanif Zaki, pada tahun 2016.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Mohamad Eidrees, 6, dan Mohamad Emirhan, 3. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 2-12-2025 10:36 AM
bagus laaaaaaaaa
Quote elzy 2-12-2025 04:45 PM
Rezeki masing-masing, so bersyukurlah..
Quote sukanyanyi 2-12-2025 04:48 PM
Kenape meols bace rase mcm humble brag? In fact, most things yg kuor drpd sheols meols rase mcmtu, mcm pasal jd bridemaids ritu, psl baju putih ritu.. ade lg, psl ms universe ritu..
Quote kalchi 2-12-2025 04:55 PM
Dia memang humble brag la ..dr zaman muda lg mcmtu. Yep dia cantik, tapi tak kenan personaliti dia. Dahla sikit sikit ketawa, kadang bnde tu xkelako pun. Tak penah rs nk tenggek tgk live dia. Bosan
Quote helicornia 2-12-2025 04:57 PM
Untunglaaaa
Quote siasia 2-12-2025 06:05 PM
Suami dia bisnes apa
Quote talia 2-12-2025 07:32 PM
sukanyanyi replied at 2-12-2025 04:48 PM
Kenape meols bace rase mcm humble brag? In fact, most things yg kuor drpd sheols meols rase mcmtu, m ...

I pun rasa yg sama. Macam insecure pun ada jugak.
Quote cmf_Strawberry 2-12-2025 08:55 PM
I hope anak dia tak jadi lembut.besar nanti sbb asyik petah is okay tp mcm pasal aksesori perempuan.
Quote AWEKSAMURAI 2-12-2025 09:01 PM
Semenjak dua menjak ni aku dh x minat dia ni.. dlu minat skrg x minat dh mcm makcik2 tua je topik berckp
Quote AWEKSAMURAI 2-12-2025 09:01 PM
siasia replied at 2-12-2025 06:05 PM
Suami dia bisnes apa

Bisness kereta mewah mcm laki Juliana Banos
Quote prince_marhaen 3-12-2025 10:06 AM

One of main luxury car dealers, mula2 dulu Toyota, pastu Chevrolette, skrg bnyk brand dah dia bawa masuk..

Btw, Anzalna herself dah memang anak orang berada, dia punya job dulu pun banyak big brands... so takde lah cuci kaki sangat.. she made her own fortune kan.. kira yang husband dia sediakan tu bare minimum semua husband kena bagi kan, cuma level & jumlah RM tu berbeza lah...
Lately she macam suka nak brag itu ini kan...esp her husband...hati2 nok, babi penyondol memerhati je tu..
Quote songket_merah 3-12-2025 10:12 AM
prince_marhaen replied at 3-12-2025 10:06 AM
One of main luxury car dealers, mula2 dulu Toyota, pastu Chevrolette, skrg bnyk brand dah dia bawa ...

kira bisnes ke atau Sales person kereta mewah ni?
Quote Hoola 3-12-2025 10:13 AM
ermmmmm
Quote Mekgadis16 3-12-2025 10:36 AM
prince_marhaen replied at 3-12-2025 10:06 AM
One of main luxury car dealers, mula2 dulu Toyota, pastu Chevrolette, skrg bnyk brand dah dia bawa ...

I takdela minat dia and takde la x minat. Neutral je. To  me dia ni cantik la jugak tapi tu la, i do notice jugak yg dia macam asyik brag pasal laki dia je sekarang. Adakah sebab orang duk puji laki dia lawak la, setia la apa semua tu?
Quote pembacagosip 3-12-2025 11:28 AM
jgn beriya sgt oiii
diam2 sudah
Quote burberry99 3-12-2025 11:37 AM
humble brag manjang tak minat
Quote MsKathryn 3-12-2025 12:01 PM
Nampak sgt humble bragnye tu
Quote becir 3-12-2025 12:04 PM
anzalna try hard, nak apa sebenarnya?
Quote SisLena 3-12-2025 12:17 PM
Ntahla biasanya too good to be true ni berakhir dengan duka

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2025 05:44 AM GMT+8 , Processed in 0.083431 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top