CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

EV pertama Perodua berharga RM80,000 dilancarkan

1-12-2025 11:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 991| Komen: 9

 


KUALA LUMPUR – Perodua memperkenalkan kenderaan elektrik (EV) pertama yang dikenali sebagai QV-E pada harga RM80,000, sekali gus menandakan langkah besar jenama itu dalam menyokong agenda nasional membangunkan ekosistem EV.

Pelancaran tersebut disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) di sini hari ini.

Anwar berkata, beliau berbangga dengan kejayaan terbaharu daripada Perodua susulan perkenalan kenderaan EV pertama tersebut.

“Bila Tengku Zafrul (Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz) mengusulkan untuk tetapkan pada September 2023 suatu hala tuju yang jelas menuntut Perodua siapkan unjuran EV, saya rasa sedikit gusar.

“Matlamat itu agak bercita-cita tinggi. Mungkin tak cukup kemahiran, kepakaran tempatan, tapi ini sangat berbangga bukan sahaja peluncuran EV, tapi dihasilkan dengan kepintaran usaha dan kegigihan anak tempatan,” katanya berucap pada majlis berkenaan.


Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, pembangunan model QV-E melibatkan pelaburan sebanyak RM800 juta dan dihasilkan di kemudahan pengilangan terbaharu Perodua, Smart Mobility Plant.

“Pada masa ini, kami boleh mengeluarkan 500 unit kenderaan sebulan, tetapi kami akan menawarkan 3,000 unit kenderaan sebulan menjelang suku ketiga tahun 2026,” katanya.

Beliau berkata, QV-E menggunakan bateri Lithium Iron Phosphate berkapasiti 52.5kW yang mampu mencapai jarak pemanduan sehingga 445 kilometer (NEDC), bergantung kepada cara pemanduan, suhu dan keadaan jalan.

“Model ini juga hadir dengan ciri keselamatan terbaharu termasuk sistem pengesanan dan amaran kanak-kanak (Child Presence Detection),” jelasnya. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote L.U.S.M 2-12-2025 02:28 PM
Battery kete kena sewa tiap2 bulan mat..275 ahahahadoiii
Quote afie_m 3-12-2025 09:44 AM
seriuslah battery kena sewa..
Quote sfrnna 5-12-2025 12:54 AM
Macam byd jerrr design
Quote kemaruk 5-12-2025 01:08 AM
dah nampak dah sentuhan kecundang
Quote ultra78 5-12-2025 07:58 AM
L.U.S.M replied at 2-12-2025 02:28 PM
Battery kete kena sewa tiap2 bulan mat..275 ahahahadoiii

RM275 (sewa) + RM22 (SST) = RM297 sebulan.

Apa yg pembeli kena tanggung nanti adalah loan bank + sewa bateri + kos charging (sama ada di rumah atau di charging station)

Kesemua ini berbalik kepada economics. Di negara lain harga petrol tinggi maka munasabah pengguna beralih kepada EV. Di Malaysia pula ni kerajaan baik hati sangat bagi subsidi kepada rakyat. Rakyat Malaysia yang beli EV pun bukan kerana harga petrol mahal, tetapi lebih kepada nak cuba benda baru
Quote Supersirap 5-12-2025 08:30 AM
Harga dah ok tapi battery kena sewa pula
Quote L.U.S.M 5-12-2025 09:33 AM
ultra78 replied at 5-12-2025 07:58 AM
RM275 (sewa) + RM22 (SST) = RM297 sebulan.

Apa yg pembeli kena tanggung nanti adalah loan bank +  ...

Logik apa ko kata ni...
Tax relief pun dh xde...minyak plak masih murah...so pki EV utk 10tahun lepas tu kete jadi junk car sm mcm HP?
Quote kemaruk 5-12-2025 12:03 PM
L.U.S.M replied at 5-12-2025 09:33 AM
Logik apa ko kata ni...
Tax relief pun dh xde...minyak plak masih murah...so pki EV utk 10tahun le ...

bertepatan dengan konsep MADANI..

"Anwar berkata inisiatif ini bertepatan dengan semangat Malaysia MADANI"

https://bernama.com/bm/news.php?id=2489563
Quote pokokmeranti 5-12-2025 04:35 PM
sebelum keluar asik bayangkan harga kereta dalam RM60K. rupanya meleset. harga yg mungkin mana2 golongan x minat beli

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2025 06:03 AM GMT+8 , Processed in 0.065546 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top