|
Teluk Intan: Seorang lelaki cedera akibat dibaham buaya dalam kejadian di kawasan kebun di Kampung Sungai Buaya, di sini Sabtu lalu. Difahamkan, mangsa mengalami kecederaan pada lutut kiri. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak, Yusoff Shariff berkata, laporan kejadian diterima pihaknya jam 6.30 petang Sabtu lalu, dengan mangsa yang cedera kemudiannya dirawat di Hospital Teluk Intan. Menurutnya, pihaknya tidak menolak kemunculan buaya yang menyerang lelaki itu datang daripada limpahan dari tali air berdekatan susulan banjir yang melanda kawasan sekitar. "Memang ada kes itu. Kita terima laporan jam 6.30 petang Sabtu lalu. "Kemungkinan, buaya itu terlepas di situ disebabkan banjir, dan ya, ia kemunculan pertama buaya di kawasan berhampiran di situ," katanya ketika dihubungi malam ini.
Menurutnya, setakat ini tindakan yang diambil pihak Perhilitan adalah melakukan pemantauan di samping memasang papan tanda amaran. Sejak semalam, tular di aplikasi WhatsApp mengenai seorang lelaki mengalami kecederaan serius susulan diserang buaya sewaktu sedang menjaring ikan di kawasan kebunnya di Kampung Sungai Buaya. Berdasarkan tular itu, buaya dikatakan masuk melalui kawasan pintu air yang terdapat sekitar kawasan kampung yang mana ia didapati bersambung dengan Sungai Perak. Pada jam 8 malam Sabtu lalu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan terdapat 11 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka susulan banjir yang melanda daerah Hilir Perak yang kawasan Teluk Intan berada di dalamnya, membabitkan 1,950 mangsa daripada 587 keluarga. Sumber – Harian Metro |

KamikuP replied at 2-12-2025 08:26 AM
pATUT LEr nama Kg Sungai Buaya.. tempat buaya rupanya

ke iols silap paham. Skuau replied at 2-12-2025 11:56 AM
Dah KAMPUNG BUAYA...AWAT depa pi ceroboh...tak heran la buaya marah...
kotakbaju replied at 2-12-2025 06:51 PM
Bukan buaya semenanjung jenis tak kokak makan orang ke, sebab dulu2 ada perjanjian antara kaum buaya ...
Jitu replied at 2-12-2025 09:43 PM
hanya sungai pahang
tp kesahihan tak dpt dipastikan

ADVERTISEMENT