CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Takut buah pinggang rosak, Sarah ‘pangkah’ rawatan pemutihan - Sarah Suhairi

2-12-2025 01:40 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 575| Komen: 5

 


Penyanyi Sarah Suhairi mendedahkan pernah ditawarkan oleh beberapa pihak untuk melakukan rawatan pencerahan kulit namun ditolak kerana bimbang menjejaskan kesihatan dalaman.

Bangga dengan kulit sawo matang dimilikinya, Sarah, 25, berkata pelbagai jenis rawatan diterimanya sebelum ini termasuk memasukkan cecair dikatakan vitamin untuk memiliki kulit cerah dalam tempoh singkat.

“Ada yang tawarkan ‘drip’ vitamin dan sebagainya. Memanglah banyak testimoni positif tetapi saya jenis fikir kesan jangka masa panjang terhadap organ dalaman seperti buah pinggang dan sebagainya.

“Kesan itu memang tidak nampak sekarang tetapi tak tahu apa akan jadi pada masa akan datang sebab badan nak pakai lama.

“Namun, kalau kalian mahu lakukan, saya tak menghakimi sesiapa sebab hak peribadi cuma apa pun, tolong utamakan kesihatan dan jangan menyesal di kemudian hari,” katanya kepada Kosmo! Online pada pertunjukan fesyen Maglifestyle di sini, baru-baru ini.


Tidak mengejar untuk mengubah warna kulitnya, Sarah berkata, wanita yang berkulit sawo matang jangan sesekali berasa rendah diri dan bangga dengan kecantikan dimiliki.

“Jangan rasa rendah diri, risau atau sedih. Kalau kulit tak cerah pun tetap cantik cuma saya tak galakkan terikut-ikut dengan trend mengambil jalan pintas semata-mata untuk memiliki kulit lebih cerah.

“Sebagai wanita yang ada warna kulit begini, saya mahu nasihatkan agar sentiasa percaya dengan kecantikan sendiri.

“Kalian perlu sentiasa puji kecantikan sendiri di depan cermin setiap hari. Siapa lagi nak cakap cantik kalau bukan diri sendiri,” jelasnya.

Dalam masa sama, dia meminta individu yang kurang yakin dengan warna kulit sendiri agar tidak melayan setiap kritikan atau komen negatif orang sekeliling.

Dia juga memberitahu sering menerima komen negatif netizen yang mempertikai fesyen yang digayakan termasuk warna busana dikatakan tidak sesuai dengan warna kulitnya.

“Apa-apa komen daripada luar, abaikan saja sebab kita lebih kenal diri sendiri. Cantik ini bukan pada wajah semata-mata tetapi hati pun penting.

“Tak semestinya kulit cerah itu sentiasa cantik dan sebaliknya. Kalau hati baik, perkara positif dari dalaman itu akan menyerlahkan lagi kecantikan luaran.

“Selain itu, nak nampak cantik ada banyak cara dan perlu berani bereksperimentasi, jangan terlalu mengambil serius pandangan orang,” ujarnya. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukanyanyi 2-12-2025 02:05 PM
Penyanyi bese tak despret sgt nk cantik fake. Plakon yg mostly mcmtu. Sbb org nk tgk muka dia. Yg ni org leh dgr suara je n tgk joget2, so bleh cover
Quote prince_marhaen 3-12-2025 03:27 PM
Ohh dia kulit tanned ke... baru tau.. biasa nampak kelabu2 asap pastel2 je kan guna filter je.. meols google baru perasan..









Quote clueless_gamer 10-12-2025 09:55 PM
there's no such things as rawatan pencerahan kulit.. tu semua nak merosakan kulit asal je, pakai jelah kulit semula jadi tu ye, kita org melayu dah elok kulit mcm ni.. tak payahlah ikut nonsense beauty standard propaganda tu.. fake sangatlah nti sis
Quote likilu 10-12-2025 10:13 PM
Couple ni lepas kawen terus damai bahagia tanpa kontrovesi tanpa laparkan perhatian padahal siap buat lagu time wedding, kurang kurang mesti nak buat cenel utube buat podcast buat live non stop

Ke ada tp korang tak sempat nak gossipkan
Quote mrseller 10-12-2025 10:59 PM
She is rich lah. Takyah nak cari income bersungguh ah

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2025 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.028576 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top