CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

8 tahun kahwin, akhirnya Indah Ruhaila bakal timang zuriat

2-12-2025 02:01 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1331| Komen: 14

 


Doa dan penantian lapan tahun penyanyi Indah Ruhaila akhirnya bakal menjadi kenyataan apabila kini hamil dan bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi.

Indah atau nama sebenarnya Siti Ruhailah Hussein,38, berkata kurniaan Allah itu merupakan anugerah terindah yang diberikan kepadanya dan suami, Ahmad Shariff Ahmad Taufik.

“Sesungguhnya Allah sebaik perancang, Alhamdulillah. Lapan tahun penuh keajaiban,” katanya dalam hantaran di Instagram.

Menerusi perkongsian sama, penyanyi lagu Percayalah itu turut menunjukkan beberapa gambarnya dengan perut yang semakin membesar.

Begitupun, Indah tidak memperincikan usia kandungannya, namun rata-rata netizen meneka dia sudah memasuki trimester ketiga kehamilan.

Ramai rakan artis serta pengikutnya menyampaikan ucapan tahniah selain menitipkan doa terhadap kesejahteraan pasangan terbabit.


“Alhamdulillah, tahniah buat kalian berdua,” tulis penyanyi, Anuar Zain.

“Terima kasih Ya Allah kerana memakbulkan doa sahabat ku ini,” kata seorang netizen.

Terdahulu, Indah dan Shariff, 43, mendirikan rumah tangga pada 24 Disember 2017. Menerusi perkahwinan terdahulu, Shariff mempunyai dua cahaya mata. 


Sumber – Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukanyanyi 2-12-2025 02:03 PM
Alhamdulillah, tahniah. Kerjaya sendu pun takpe, dapat rezeki lain
Quote prince_marhaen 2-12-2025 04:07 PM
Alhamdulillah....Tahniah Lela...jiran masa kecik
Quote awenda507 2-12-2025 04:14 PM
Alhamdulillah tahniah. Moga sihat selalu da dipermudahkn urusan
Quote supernaturalee 2-12-2025 04:25 PM
ada 1 rancangan mskn jemput dorg berdua hos dlm 1 episod

lakinya nmpk sgt tak interested utk program tu

mcm dipaksa2

sian indah cam beria

Quote orkid_amani 2-12-2025 05:30 PM
Biasa 1st to 5y mmg memberontak gila nak pregnant..ntah mcm nak buktikan dekat sapa pun xtau..tp bila kita dah berhenti berharap..mcm dah redha kan time tuu la Allah hadirkan zuriat..ni apa yg aii tengok org sekeliling aii..padahal xdak sapa pun tanya pasal ank sbb kita semua tau rezeki ank ni xsemudah sebut di mulut. Teruskan berjuang utk warrior double line.. aii warrior 1st line
Quote orkid_amani 2-12-2025 05:30 PM
Biasa 1st to 5y mmg memberontak gila nak pregnant..ntah mcm nak buktikan dekat sapa pun xtau..tp bila kita dah berhenti berharap..mcm dah redha kan time tuu la Allah hadirkan zuriat..ni apa yg aii tengok org sekeliling aii..padahal xdak sapa pun tanya pasal ank sbb kita semua tau rezeki ank ni xsemudah sebut di mulut. Teruskan berjuang utk warrior double line.. aii warrior 1st line
Quote ninja boy 2-12-2025 05:53 PM
Lagu raya indah ruhaila
Quote papadomku 2-12-2025 05:58 PM
Alhamdulillah, tahniah. Semoga mummy dan baby dlm kandungan sihat selalu
Quote Akalditipumata 2-12-2025 09:22 PM
Waaa.. alhamdulillah.. seronok dgr rezeki2 ank..
Quote MsIda 2-12-2025 09:43 PM
Tahniah
Quote TeropongThaico 2-12-2025 09:55 PM
Alhamdulillah tahniah
Quote Prickford 3-12-2025 03:47 PM
Tahniah Siti Ruhailah
Quote marchikobonzo 5-12-2025 03:30 PM
Alhamdulillah, semoga semua selamat
Quote LaskarHijayu 7-12-2025 08:25 AM
Alhamdulillah. Tahniah. Moga dipermudahkan sehingga selamat melahirkan. Maaf nak ckp, gambar tu kalau aku tak baca caption yg laki aku igt kan si tauke pelawak yg tak bape klaka tu huhu

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2025 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.033173 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top