|
Mengharapkan kebahagiaan berkekalan, penyanyi Datuk Awie meluahkan rasa gembira dan bersyukur apabila teman lamanya, Erra Fazira bakal mendirikan rumah tangga buat kali ketiga bersama usahawan, Ezwan Zain. Menurut Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 57, sudah tiba masanya bekas tunangnya itu mempunyai seorang suami di sisi untuk menemaninya meniti hari-hari tua. “Alhamdulillah, saya sangat gembira bila dengar berita Erra nak kahwin. Kami pernah berkawan, bertunang, bergaduh dan kembali bersahabat. Saya rasa persahabatan kami perlu diteruskan dan tak boleh putus lagi. “Jadi sebagai seorang sahabat saya sentiasa mendoakan kebahagiaan Erra. Semoga dia ceria dengan kehadiran seorang suami di sisi. “Wanita yang sudah berusia 50-an perlukan seorang suami untuk menjaga dia. Saya doakan dia bahagia dan perkahwinannya kekal abadi, InsyaAllah,” katanya ketika ditemui pada sidang media Konsert Sembilu, di sini baru-baru ini.
Ditanya adakah dia akan menghadiri majlis perkahwinan sahabatnya itu nanti, Awie sedia hadir ke majlis resepsi yang bakal berlangsung pada 27 Disember nanti. “Saya sudah terima undangan dan insya-Allah akan hadir di majlis resepsi pada 27 Disember nanti. Untuk majlis nikah saya rasa tak perlu. Biarlah dia nikah dengan aman,” ujarnya. Dalam perkembangan lain, Awie dan Erra bakal disatukan dalam sebuah Konsert Sembilu yang turut disertai Ziana Zain. Konsert yang bakal berlangsung di Axiata Arena pada 7 Februari hadapan itu dianjurkan sempena mengimbau nostalgia filem Sembilu arahan Datuk Yusof Haslam yang pernah mencetuskan fenomena 31 tahun lalu. Sumber: – KOSMO! ONLINE |
Wanita yang sudah berusia 50-an perlukan seorang suami untuk menjaga dia.
Untuk majlis nikah saya rasa tak perlu. Biarlah dia nikah dengan aman
makcun14 replied at 7-12-2025 10:38 PM
apa pula pendapat normiang hakim pak mertua selam ?
edit
- erra kan cinta matik normiang , adakah h ...
pujanggacinta replied at 8-12-2025 04:40 AM
patut awie tackle balik erra
rugi rugi... kan dah melepas dgn adik beruban
BungaKencana replied at 8-12-2025 12:33 PM
berjaya battle tiket murah sembilu hahhaha
izzah_mia replied at 8-12-2025 03:00 PM
saya pun baru je beli. dulu dah tengok masa kat istana budaya
BoongaKertas replied at 8-12-2025 08:36 AM
serius eh cinta mati? wow. sampai now ke chuols? tp geli lah citer movie depa dua dulu tu. muka no ...
makcun14 replied at 8-12-2025 09:02 AM
iya nyah.. yebbi sendirik sedar normiang tu actually nakkan erra bukan yebbi. tak dapat kakak ( fi ...
kubong replied at 8-12-2025 11:44 AM
rasanya pernah dengar dalam youtube, yang awie kata, wifenya ( masa nak buat konsert awie dengan ...
BoongaKertas replied at 8-12-2025 08:36 AM
serius eh cinta mati? wow. sampai now ke chuols? tp geli lah citer movie depa dua dulu tu. muka no ...
BoongaKertas replied at 8-12-2025 08:36 AM
serius eh cinta mati? wow. sampai now ke chuols? tp geli lah citer movie depa dua dulu tu. muka no ...
izzah_mia replied at 8-12-2025 03:00 PM
saya pun baru je beli. dulu dah tengok masa kat istana budaya
ADVERTISEMENT