CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Takut terjerumus benda tak elok, baik saya berhenti berlakon’ - Amar Asyraf

7-12-2025 12:32 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2216| Komen: 30

 


MEMULAKAN karier lakonan sekitar 2011, figura dengan nama pentas Amar Asyraf itu terkenal dengan watak Zain Hakimi. Penampilannya dalam naskhah Setia Hujung Nyawa bersama Nellydia Senrose meledak-ledak menjadikan wajahnya mudah dijadikan pelaris drama.

Karakter lelaki ‘green flag’ dalam drama bersiri berkenaan membawa tuah buat pemilik nama lengkap Amar Asyraf Zailuddin sekali gus memahat namanya sebagai hero kegemaran.

Namun atas pilihan sendiri, dia memperlahankan rentak seni apabila mahu menumpukan perhatian terhadap perniagaan walaupun masih menerima beberapa tawaran.

“Saya tak ada aktif apa-apa pun. Ada orang nak ajak saya mengarah video muzik dan teater tapi saya dah tak buat sebab memang fokus bisnes.

“Dahulu saya meniaga juga sebelum PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), jadi saya nampak perniagaan tak boleh tinggal. Lagi pun saya lagi puas dekat sini (berniaga).


“Bukan saya tak buat benda-benda kesenian tapi untuk kegunaan syarikat. Kalau orang minta saya buat ‘review’ pun saya tak buat dah,” katanya kepada HibGlam.

Sebagai pelajar lulusan Akademi Seni Kebangsaan (Aswara), walaupun ada rindu menyapa rasa, memujuk agar kembali beraksi, beberapa situasi ketika penggambaran membuatkan Amar mengambil keputusan untuk berhenti demi menjaga batas diri.

“Rindu itu ada tapi memang tak boleh. Malas satu benda, berlakon bukan haram tapi ada masalah di belakang tabir.

 
 


“Contohnya, ini dalam konteks saya sendiri bukan orang lain. Masa tengah penggambaran yang tak melibatkan saya, tiba-tiba saya terpaksa duduk dalam satu bilik dengan perempuan lain.

“Saya rasa tak boleh, saya takut nanti terjerumus ke benda-benda tak elok, jadi lebih baik saya berhenti terus,” ujarnya lagi.

Meletakkan jeda dalam dunia seni, lelaki berusia 39 tahun itu kini aktif menguruskan perniagaan minyak wanginya bawah jenama House of Amar yang dibangunkan hampir lima tahun lalu.

Sudah resam berniaga, perjalanan perniagaan Amar juga itu tidak sunyi daripada cabaran. Antara dugaan paling besar adalah ditipu hingga menyebabkan kerugian puluhan ribu ringgit.

Kena scam

“Saya pernah berhadapan kes penipuan. Kerugian boleh katakan selalu juga, contohnya ‘scammer’ bagi link untuk isi borang tiba-tiba hilang RM20,000.

“Itu paling tinggi yang lain ada juga RM7,000, nasib baik juga penipu ambil dalam akaun kecil dan satu akaun sahaja. Kalau dia ambil semua akaun, habis saya.

“Orang yang buat perkara itu memang kawan saya yang lama tak jumpa. Boleh kata tiap bulan saya menghadapi benda begini, “ujarnya.
Menurut anak jati Melaka itu, kebanyakan penipuan datang daripada individu yang pernah dikenalinya.

“Ingat dia nak berhubung kembali tapi ada udang di sebalik batu. Ramai juga kawan yang saya terpaksa putuskan hubungan.

“Maksudnya, saya pesan supaya jangan hubungi saya. Saya cuba mengelak sebab dia berkali-kali minta duit.

“Sebenarnya lagi takut orang yang kita pernah kenal. Dia akan tanya berminat tak untuk buat pelaburan. Saya terjerat sebab dia pernah baik dan tolong saya,” jelasnya lagi.

Selain kes penipuan, Amar turut berdepan kecaman terhadap perniagaan minyak wanginya.

“Tak ada sampai nak menjatuhkan saya tapi biasalah, bila jual sesuatu pasti ada kecaman.

“Perniagaan minyak wangi di Malaysia baru nak berkembang, Orang ingat kita bancuh sahaja pati minyak wangi, kadang-kadang saya geram saya cakap juga. Saya berhabis puluh ribu nak belajar buat minyak wangi. Kelas saya bukan murah, satu kelas tiga hari RM5,000.

“Jadi bukan buat minyak wangi ini memandai-mandai saja. Ada teknik kena ikut.

“Kadang-kadang kita bagi kesedaran. Ada jenama lokal kita dah masuk pameran di Dubai. Dia orang Melayu pertama yang masuk Beauty World Dubai,” tuturnya.

Meskipun tampak kuat, dia mengakui turut terasa hati dengan kecaman yang memperlekehkan usahanya.

“Kadang-kadang kecil hati sebab kita dah tunjuk proses (pembuatan minyak wangi), itu pun kena kecam juga.

“Susah nak mengubah mentaliti orang. Saya rasa memang orang kita suka mengecam.

“Orang kita suka cari silap tapi ada juga suka tolong orang. Saya tidak tahulah orang yang sama atau tak, tapi kalau hati tak baik, kata-kata pun tidak baik.

“Tak ada istilah mulut begitu (jahat) tapi hati baik. Memang Rasulullah sendiri dah cakap,” luahnya.

Ditanya sekiranya setiap selebriti perlu mencari pelan sokongan untuk masa depan, Amar tidak menolak perkara tersebut selain menegaskan tanggungjawab keluarga terletak kepada orang lelaki.

“Saya setuju sangat (artis perlu buat back up plan) sebab kalau budaya Jepun mereka memang bekerja sampai umur 95 tahun. Memang mereka pilih begitu.

“Budaya kita pula sampai 65 tahun dah pencen. Tapi sebenarnya pandangan saya untuk seorang lelaki perlu bekerja sampai akhir hayat.

“Kalau nak pencen pun kena ada perancangan, perlu bina sesuatu yang diwarisi anak.

“Jadi, kalau berlakon memang memerlukan kita berada di situ tapi kalau bina perniagaan, sekiranya berjaya kita perlu pantau sahaja,” tutupnya. 

Sumber: – KOSMO! ONLINE

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote telracs 7-12-2025 01:05 PM
“Contohnya, ini dalam konteks saya sendiri bukan orang lain. Masa tengah penggambaran yang tak melibatkan saya, tiba-tiba saya terpaksa duduk dalam satu bilik dengan perempuan lain.
Saya rasa tak boleh, saya takut nanti terjerumus ke benda-benda tak elok, jadi lebih baik saya berhenti terus,” ujarnya lagi.


Hmmm ..


Saya bersangka baik... yang dia telah insaf dan menjalani kehidupan yang lebih baik.
Quote blekkep 7-12-2025 01:19 PM
telracs replied at 7-12-2025 01:05 PM
Hmmm ..



Ngan arna pun dah cerai dh..arna deserved better
Quote asfaz 7-12-2025 01:20 PM
telracs replied at 7-12-2025 01:05 PM
Hmmm ..



Msa tgh hot cerita dia kawin kali ke 3 tu ,ada jumpa komen sepupu isteri pertama,cerai jugak sebenarnya.
Quote slyfynx 7-12-2025 01:26 PM
Sebenarnye dah x laku kan?
So create la cite yang beliau yang x nk berlakon
Quote pocongkiutss 7-12-2025 02:00 PM
blekkep replied at 7-12-2025 01:19 PM
Ngan arna pun dah cerai dh..arna deserved better

Arna ni yg no bape? Yg terbaru tu iols mcm menyampah sket..sejenis spesis "i can fix him" gitew
Quote adelea 7-12-2025 02:21 PM
slyfynx replied at 7-12-2025 01:26 PM
Sebenarnye dah x laku kan?
So create la cite yang beliau yang x nk berlakon

koh koh koh
Quote NazRysha 7-12-2025 02:39 PM
gemoknya dia sekarang
Quote missyL 7-12-2025 03:26 PM
Ko xde self control ke
Quote missyL 7-12-2025 03:26 PM
pocongkiutss replied at 7-12-2025 02:00 PM
Arna ni yg no bape? Yg terbaru tu iols mcm menyampah sket..sejenis spesis "i can fix him" gitew

Arna first
Quote blekkep 7-12-2025 04:55 PM
pocongkiutss replied at 7-12-2025 02:00 PM
Arna ni yg no bape? Yg terbaru tu iols mcm menyampah sket..sejenis spesis "i can fix him" gitew

Arna 1st..
Quote DeLuna85 7-12-2025 04:57 PM
Kiranya dia tau dia tak mampu kawal nafsu. Ni komen aku yang hanya baca artikel lompat2. Panjang sangat.
Quote Carcosa 7-12-2025 09:32 PM
Budget hot
Abes kau ingat, bila kau dlm ruang menunggu dgn perempuan je, perempuan tu gear auto lah nak toncit engko?? Yihhhhhh Lambert lagiii. Ko ingat ko herlok sgt ke muka???
Quote sharlenetexas 7-12-2025 09:37 PM
Nmpk dah gundu heols ni. Tapi shahjazel lagi teruk gundunya.


Quote sleepandream 8-12-2025 01:58 AM
dia tau kot kelemahan dia waniterrr... jadi dia avoid la kononnnya...
somehow ramai betul founder keluarkan minyak wangi sekarang nih...
Quote emera 8-12-2025 05:32 AM
Xde benda lain ke nk jual?? Ada org jual perfume bukak kedai terus kat mall, gila konfiden org beli wpun murah RM30 je.. tgk botol mmg set2 oem.. bau pun bau murahan.. x sampai setahun, katup terus. Xde sapa pun yg aku nmpk org singgah kedai tu wpun gigih pakai kot dok luar kedai bg sample. First day bukak kedai tu aku dh kata apa ke bodo owner ni? Perasan betul product dia akan laku wpun ciri2 tu xde langsung yg menarik.

Lg satu, jgn ler tipu org jual perfume reject kononnya. Manade company perfume besar2 tu reject & benarkan perfume tu bertebaran utk dijual. Yg reject, dilupuskan terus ler.. jaga nama.
Quote lucky_peace 8-12-2025 08:40 AM
Ko beakon bukan best pon, lontaran suara jenis pitch tinggi mengelebeh
Quote KamikuP 8-12-2025 09:18 AM
Gundunya ko mat.. ekeke
Quote cawanmilosuam 8-12-2025 09:19 AM
eeeiuuuu sgt
Quote aciksenah 8-12-2025 09:52 AM
Awat mcm dah umur 50an ni?

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2026 05:03 AM GMT+8 , Processed in 0.051808 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top